Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Laki orang Part 1

Hmmm sebenarnya tak suka sangat cerita kisah silam. Namun bila aku terbaca post Peeja...terdetik untuk aku kongsi perkara ni.. dengan satu niat..supaya boleh jadi panduan atau sekurang-kurangnya buat kaum sejantina ku yang terlibat berfikir sejenak...moga boleh menjurus kepada keputusan yang positif.

Dah banyak...banyak sangat kes rampas suami orang, tunang orang, boyfren orang...semua ni sama je...rampas pasangan orang...tak kisah la siapa mula, siapa salah...yang penting pengakhirannya bagaimana...setuju?

Apa yang jadi kat aku macam ni...aku berkenalan ngan sorang mamat ni...lepas beberapa kali ngedate tu masing-masing berkenan lah...pada tahap nak berkenalan dgn lebih maju semaju perut dia tu...aku ada rasa tak sedap hati...tapi masa tu tak tau apa...tambah pulak ada few times bila nak keluar je ada je halangan. Macam skali tu dia cakap tayar dia pancit...tu yg dia lambat...dah la pancit...hujan lagi, lepas tu lama tunggu bantuan...aku yang menunggu di sudut sini pon dah kering...haishh...ada skali tu...masa jumpa aku...bila nak balik helmet kena curi...walhal helmet buruk gila...huhu...ada lagi la beberapa kejadian...sampai aku pnah tanya dia...payah sangat nak jumpa aku...hubungan kita ni tak berkat kot?? heh..boleh pikir gitu...dating pon dah salah kan?? =_=


Ada skali tu dia nak balik kampung..aku tak tau napa laju je mulut aku, "Nak balik kampung ke nak jumpa anak bini?" boleh aku tanya macam tu??

Taaapiii bila aku call dia tak jawab...pastu dia kata kol lepas kol 8 kan aku macam....apehal??

Then the relationship went as usual for few weeks...tiba-tiba kan...mamat ni menyepi sesepinye mcm dah mati...sms xreply..aku kol 10 kali tak angkat...weiii kalau nak clash gtau je la...takde la aku risau benda-benda lain...kot ko sakit tapi aku tak tau tak ke ralat?? konon la masa tu...lepas seminggu dia ada sms aku cakap nak jumpa...nak bincang skit...

Masa jumpa tu kitorang gi KFC dulu...masa makan aku tanya la..apa yang dia nak cakap...dia suruh makan dulu...huh...macam la aku hadap sangat nak makan...lepas tu dalam kereta dia cakap ada benda nak bagi tahu...tapi tak cakap-cakap...payah benar...aku terus je cakap..

Aku: Nak bagi tau awak ada bini ngan anak kan?
Dia: *Ala-ala terperanjat* Mana awok tau?
Aku: *Senyum* Tu tak penting...kalau betul itu yang awak nak cakap saya dah dapat tahu cuma nak kepastian dan pengakuan dari awak je.
Dia: Awak tak marah ke? Boleh kita kawan macam biasa?

Kepala otakkkk kaaauuu tak marahh??? Kawan macam biasaa..?? No wayyyyyyyyyy....

Aku: *Senyum sinis* Takpe lah saya tak nak awak contact saya lagi..saya tak nak kita berhubung lagi.

Dia dah sedu sedan nangis...wehh ko apa hal?? sapa yang kena tipu ni?? sapa yang patut kecewa..?? Aku masa tu lebih pada sakit hati daripada keciwa..so air mata takdak..

Dia: *Saya nak kawan macam biasa...kita kawan macam biasa boleh ? *sedu-sedu*
Aku: Awak dah ada anak kan?
Dia: *Angguk*
Aku: Umur?
Dia: X (aku lupa) bulan...
Aku: *Mendengus* jaga la anak bini awak tu dulu...anak pun kecik lagi...
Dia: Saya pun tengah ada masalah dengan bini saya...sebab tu saya nak mintak kawan dengan awak...kami dah tak tinggal sama

Hapaaa...???? Owww suka-suki kau je kannn? Kau ingat sana masalah ko boleh cari lain dan lari dari masalah?? Na'uzubillah..apa ke la pendeknye akal kamu sampai pikir macam tu?? Memang la kau tak duduk sama...ko keje KL...anak bini kat Kelantan...!

Aku: Masalah awak dengan bini awak tu selesaikanlah dulu...jangan la tambah masalah awak lagi...saya tak boleh terus kawan dengan awak. Tak akan.
Dia: Tolong lah awak...saya merayu...

Okay aku tak tambah ayat ye..mmg dia ckp mcm tu..aku bukan super diva sampai laki nak merayu..tapi aku tak tau la napa mamat ni macam ni...dia ingat sebab aku lady yg biasa2 senang nak cair kott??senang nak rebah??? SORRY!!

Aku: Dah la awak...pergi la balik...saya nak balik.
Dia: Tolong la awak..kita kawan ye...tolong la..
Aku: Balik la..balik...*Dah keraskan suara*
Dia: *Makin laju sedu sedan* Tolong la...
Aku: Balik la...balik... *Marah dah*

Dia pun keluar kereta pastu tengok je keta aku pergi. Aku banjir sepanjang perjalanan balik...sedih la weh...dah mula sayang...tetibaaa...? Laki orang...dah ada anak lagi...! Aku tak sanggup...terfikir perasaan bini dia bila tau laki dia duk keluar ngan perempuan lain...lagi laju air mata aku mengalir...aku tak sanggup...sebab tu aku tak nak teruskan...

Okay citer ni tak habis sini...ada lagi drama-drama dia...nanti aku sambung la..dah panjang benor...

Wednesday, July 29, 2009

Dalam Kenangan

Aku tak ada nak tulis apa-apa sangat..tidak berada dalam 'mood' menulis...

Hmm..selain dari isu-isu politik yang tak henti-henti (tak ambil peduli sangat sebenarnya..ya aku sangat gagal menjiwai politik..huhu..teruk!), isu ragut yang semakin galak, isu wabak H1N1..aku sebenarnya lebih terganggu dengan pemergian Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Ya..aku sedih dengan kehilangan ikon filem yang galak mengulit isu perkauman dan agama. Beliau berfikiran jauh dan luas dan sememangnya aku kagum dengan kemampuan beliau menghasilkan filem-filem yang berkualiti tinggi. Aku sangat minat dan mengagumi bakat beliau...sangat. Dan sebenarnya (Eh, macam lagu Yuna..!) aku menantikan iklan beliau untuk musim perayaan...tak kesampaian..

Ya aku sedih dengan pemergian arwah, tetapi yang lebih menyedihkan adalah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap arwah...betul ke salah ke perkara yang lepas tu sudahlah. Berdosa besar kamu membuka keaiban orang jika ia perkara benar...lebih besar lagi dosa jika ia tidak benar kerana ia telah menjadi fitnah.

Tak takutkah menjatuhkan tuduhan "pencemar Islam" ????
Berani mengungut keluarga arwah "terimalah balasan Allah!" ???

Kamu siapa nak menjatuhkan hukum?? Jika benar menghayati Islam, kamu doakanlah arwah diampunkan dosa..bukan menuduh atau menggembar-gemburkan perlakuan arwah semasa hayat. Hentikanlah......aku merayu hentikanlah...

Al fatihah buat arwah...

P/S: sebelum menulis entri ini sebenarnya aku sedang membaca blog arwah...sememangnya aku mengikuti blog beliau, The Storyteller dan The Storyteller Part 2.

Wednesday, April 1, 2009

Pelayan/Penjaga Kaunter

Aku ingin berkongsi pengalaman aku berdepan dengan masalah jatidiri orang Melayu. Aku bukan nak mengutuk bangsa sendiri tetapi rata-rata yang berlaku (98% sepertimana pemerhatian aku-samada berlaku pada aku atau melalui cerita orang lain) adalah dikalangan bangsa sendiri.

1. Lokasi : Pusat Bowling, Plaza Alam Sentral.

Selesai aku membuat bayaran, aku ke bahagian kanan kaunter untuk mendapatkan kasut sewa (bukan kereta atau rumah sahaja yang boleh disewa ya..). Makcik yang memakai kot bertanya kepadaku..

"Saiz...?"

"7.." Ya, kalau aku kahwin esok rasanya kena buat alas dulang saiz XXL untuk hantaran kasut .

"7? 6 ke 7?" Eh, makcik ni..aku cakap 7 tak mahu percaya pulak. Baik hulur je kasut saiz 6 macam ni. Aku dah selalu datang sini la...

"7..saya biasa pakai..."

Makcik itu dengan muka yang kurang menyenangkan memberi aku saiz 6..."Cuba dulu...!"

APAKAH???

Haish...! Aku pun cuba (walaupun tahu akan gagal!) masukkan kaki aku, lantas dengan muka yang bengang meletakkan semula kasut itu..

"Tak muat..." Suara agak bergetar menahan kebengangan.

Barulah memberikan kasut saiz 7 tanpa rasa bersalah, buat muka menyampah lagi adalah. Eh, salahkah kaki aku saiz 7?? Lagipun rugikah kau bagi aku kasut saiz 7? Kalau kaki aku saiz 6 pun, aku nak pakai saiz yang lebih besar sedikit..ada masalahkah?

2. Lokasi : Kedai Gambar Fotozoom, Taman Putra, Ampang.

Aku sedang berdiri dikaunter menunggu giliran untuk dilayani. Minah (Gadis tak sesuai untuk orang yang kurang sopan seperti beliau) berskirt sangat pendek itu sedang sibuk melayani pelanggan lain. Dalam masa yang sama, seorang pakcik bertanyakan kepada minah itu..

"Adik@Anak(aku tak pasti) ambil gambar pasport berapa ringgit?"

"15!" tanpa memandang langsung ke arah pakcik itu...(dimaafkan..eh apa kes aku nak maafkan tiba-tiba?)

"Berapa dik@nak?"

"15..!!" dengan nada yang meninggi dan masih tidak memandang pakcik itu...

Eh, kau sedar tak pakcik itu pelanggan kau? Atau sekurang-kurangnya kau hormat dia sebagai orang yang lebih tua..! Pada umur itu sudah tentu pakcik itu mengalami masalah pendengaran...kau pula tak memandang kepada dia semasa menjawab...ceh..!! Kau ingat kau make up macam tepung gomak dan pakai skirt pendek yang kalau tunduk sikit nampak dalaman tu kau sangat tinggi martabat?? Heh..menjatuhkan lagi ada..!

Aku terus berlalu dari kedai itu tanpa meneruskan hajat aku. Cari kedai lain!

3. Lokasi : Pusat Bowling, Midvalley.

Selesai membayar, minah (Sekali lagi gadis tidak sesuai!) itu memberitahu nombor lane kami. Aku kurang dengar kerana kebisingan, aku bertanya kembali...

"73 atau 33?"

"33..!!"

"33 ye?" Aku meminta kepastian. Nak baca resit pun bukan boleh nampak, gelap!

"33..!!!" Muka dia kelihatan sedikit bengang..heh kalau susah-susah nak jerit lain kali jangan pasang lagu sekuat alam.

Aku berlalu untuk mengambil kasut pula, tetapi minah tu memanggil aku supaya mendapatkan resit dulu. Oh, aku terlupa...sebaik aku hendak berpusing semula ke kaunter kasut, aku terlihat minah itu menggeleng-gelengkan kepala sambil mencebik. Ya, seolah-olah aku ni perak gila la...tak hormat langsung pada pelanggan. Mungkin dia fikir aku tak lihat, tapi adik-adik aku masih dibelakangku. Maknanya masih didepan minah itu. Kalau nak kutuk pelanggan pun belakang la..jangan depan pelanggan!

................................

Banyak lagi kes-kes lain aku pernah jumpa, tetapi ini contoh-contoh yang aku masih ingat. Seperti yang aku nyatakan diperenggan pertama, melayulah yang selalunya terlibat.

Adakah kerana kau bukan pemilik perniagaan itu?

Oh...! Kau makan gaji sahaja ya..?! Apa kau peduli tentang jualan atau pelanggan ya? Eh, kalau pelanggan menyampah, jualan kurang, perniagaan tutup..Kau ingat gaji tetap jalan ke? Konsep ini yang kau tak faham dan tak pernah nak faham. Cuba kau pergi kedai-kedai cina, mulut sikit punya manis. Walaupun kadang-kadang ada unsur berlebih-lebih atau lakonan semata-mata atau hipokrit sebab nak duit kita, tetapi mereka memegang prinsip yag betul iaitu pelanggan adalah rezeki mereka, jadi ditatang sebaik-baiknya.

Aku selalu terkilan..bagaimanakah Melayu mahu maju kalau mentaliti masih ditahap lapuk? Aku tidak kata semua, tetapi golongan sebegini masih banyak. Aku gusar sikap ini akan memakan bangsa sendiri.....fikirkanlah wahai minah-minah atau mamat-mamat sekalian!

Thursday, March 26, 2009

Peringatan Kepada Umat Islam - GREEN BEAN SOY DRINK

Ingin berkongsi maklumat yang saya terima dari email yang saya terima:

" Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya......

Cuba lihat kat pic ini.

Cuba lihat dekat-dekat......


Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!


Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini."