Monday, March 30, 2009

Ketupat Sotong

Rata-rata orang memperkatakan tentang kempen menyejukkan bumi...kita diseru (jangan salah seru, nanti tak boleh pandang belakang..! ehehe...) untuk menutup lampu. Ditekankan, menutup lampu sahaja. Bukan memadamkan semua peralatan elektrik.

Teringat tingkah laku seorang ipar makcikku,beliau mengalami tekanan mental akibat kematian suami beliau (jika aku tidak salah, inilah yang diceritakan kepadaku oleh saudara rapatnya) dan penyakit yang sememangya sudah diwarisi terus menyerang. Beliau sering menjadi bahan sendaan, bukanlah ditindas...sekadar penyeri suasana. Tidak lebih dari itu. Pernah suatu hari ketika makcikku kerumah beliau untuk menziarahinya, beliau membiarkan air mengalir dari sebuah paip (betul tak penjodoh bilangan aku?). Makcikku dengan ralat atas pembaziran itu bertanya...

"Kenapa Along biarkan air ni terbuka...?"

Beliau dengan spontan menjawab..."Bumi panas...."

Kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Lihat! Beliau yang kurang sempurna pemikiran juga lebih prihatin. Bagaimana dengan kita?

Oh ya! Pada malam itu aku sememangnya membiarkan semua lampu terpadam kerana aku dan adik-adikku tiada di rumah. Ibubapaku masing-masing ke Terengganu dan Seremban atas urusan kerja. Kami ke Midvalley main bowling. Dan pusat bowling itu sememangnya gelap kerana berkonsepkan "Bersinar Dalam Gelap" (Glow in the dark) Hahahaha...! Jadi secara tidak langsung kami sememangnya menyertai kempen itu. ;)

Kenapa ketupat sotong? Sebab aku tengah menikmatinya, menu baru yang emakku bawa pulang dari terengganu. Hehe...Seorang rakan pejabat beliau membekalkan ibuku dengan menu ini. Ia adalah sotong yang disumbatkan dengan pulut didalamnya, dan berkuahkan santan. Terdapat biji alba dalam kuah tersebut. Rasanya ala-ala nasi dagang. Menarik!

Ni dia..

Sunday, March 29, 2009

Yasmin Ahmad - Dua Ibu Jari Untuknya!

Ini merupakan filem Yasmin Ahmad yang ke-3 aku tonton di pawagam. Sememangnya hasil karya beliau tidak pernah menghampakan. Dan hari ini filem beliau telah mampu membuai perasaan aku, membuatkan aku 'banjir'. Sehinggakan sudah keluar dari pawagam, aku masih rasa tak puas melepaskan kesedihan dek pukulan jalan cerita dan gaya persembahan yang begitu menyentuh perasaan.

Aku amat mengagumi bakat pelakon yang membawa watak Hafiz itu, tampak begitu neutral. Begitu juga watak Mahesh dan ibunya. Lakonan tiga watak ini amat memberi kesan dihati aku. Jacklyn juga tidak kurang hebatnya, beliau tidak nampak kekok dan berjaya menghayati watak dengan baik.

Isu-isu yang diutarakan dalam jalan cerita ini adalah isu yang berlaku dikalangan masyarakat kebanyakan...
....kisah dugaan anak menjaga seorang ibu yang sakit,sedang beliau sendiri bergelut dengan tanggungjawab untuk menuntut ilmu
....kisah tentangan perhubungan antara lelaki dan perempuan atas dasar agama dan kaum
....kisah rakan seperjuangan yang cemburu dengan kejayaan kita

Semua isu-isu yang biasa, tetapi cara penyampaian beliau yang unik membuatkan watak itu terlalu dekat dihati kita. Maka ia lebih terkesan. Contoh, beliau tidak perlukan penggambaran di sekolah yang canggih untuk menjadikan jalan cerita itu gah, mungkin hanya 5% daripada masyarakat Malaysia yang bersekolah dibangunan seperti itu.Disebaliknya beliau telah memilih sebuah sekolah bangunan lama sebagai lokasi. Dinding batu koridor yang telah tertanggal cat, dewan sekolah yang terhasil daripada pemisah setiap kelas yang dibuka (fahamkah apa yang aku cuba gambarkan?), dan Kebanyakan kita dan anak-anak kecil sekarang masih menggunakan bangunan seperti itu, maka dengan cara ini kita akan berasa lebih dekat dengan cerita itu...

Bagi saya, filem beginilah yang mampu menaikkan martabat filem Malaysia. Saya tidak sabar menunggu filem Yasmin seterusnya !!

Saturday, March 28, 2009

Definisi SANGAP

Sesungguhnya aku teramat bosan dan dungu menunggu begini. Walaupun aku rasa terbeban kerana terpaksa menghurung komputer riba aku dek kerana langsung ke Midvalley dari pejabat. Namun begitu, objek ini juga yang menemaniku pada waktu ini dan memberikan hiburan ketika aku menunggu ketibaan yang ditunggu.

Muka yang sangat kebosanan

Perkataan pertama yang terlintas ketika hati aku mengeluh akibat penantian ini adalah 'sangap'. aku tidak pasti samaada perkataan ini sebenarnya wujud atau tidak dalam tatabahasa Bahasa Malaysia. Rasanya sudah begitu lama aku tidak menyelak kamus Bahasa Malaysia. Kali terkahir aku rasa ketika aku galak menyertai peraduan teka silang kata Utusan suatu ketika dahulu. Hampir 5 tahun yang lalu...

Untuk memuaskan hati aku, aku buat carian perkataan ini. Hasil yang pertama adalah Urban Dictionary. Selainnya? Semua berkaitan dengan isu porno. Huh....! Balik nanti aku nak cari kamusku! (Eh, silap. Bapa aku yang punya..! Hiks..)

Dah...nak solat Maghrib..macam mana aku nak uruskan komputer nih...haih..!

Apa pun berbaloi beli air RM12.80 ni. Dapat berehat sambil melayari internet dan berhubung dengan beberapa rakan..walaupun aku berseorangan tetapi hakikatnya ramai yang menemani. ;)

Dah...dah...! Sembahyang mak kata...!

Thursday, March 26, 2009

Majlis Pertunangan Anak ke - 3 En. Abdul Ghani

Tanggal 22 Mac 2009, berlangsunglah majlis yang dinanti-nantikan oleh ahli keluarga dan saudara mara. Pada hari ulangtahun ke-4 hubungan istimewa Dila (adik aku) dan Azhar ini, mereka telah diikat dengan tali pertunangan. Sesungguhnya majlis ini amat dinanti-nantikan baik saudara-mara sebelah ibu aku atau sebelah ayah aku. Masing-masing begitu teruja dek kerana sudah lama tidak diadakan majlis kenduri-kendara apatah lagi yang dianjurkan oleh keluarga aku. 2-3 minggu sebelum majlis, telefon ibuku agak sibuk menerima panggilan dari saudara-mara ibuku yang kenyakkannya menetap di selatan tanah air. Mereka kerap kali bertanyakan persediaan kami. Maklumlah nak tolong jauh, jadi bertanya khabar sebagai tanda berbahasa. Mak Long yang tinggal berdekatan juga sering bertanyakan jika kami memerlukan bantuan. Namun begitu, kami tidak mahu membebankan beliau yang menjaga kedua nenek dan datukku. Sudahlah beliau yang memikul tanggungjawab itu, takkan lah kami nak meminta bantuan beliau pula..

Dua bulan sebelum majlis, kami telah pergi ke sebuah gudang menjual bahan-bahan hantaran dan persiapan perkahwinan. Tempatnya luas, terletak di Balakong. Oleh kerana tidak berpengalaman dalam perkara sebegini, kami mengambil masa selama hampir 3 jam di sana. Menelek contoh, mereka hiasan dan memilih bahan. Sampaikan pakcik india (ketrampilan beliau kelihatan agak ganas jika dibandingkan dengan kerjaya beliau sebagai pelayan di gedung barangan perkahwinan) yang melayan kami tertawa melihat telatah kami yang kalut dan kekok. Semua hantaran kami (3 anak dara dan emak) yang hasilkan sendiri, kecuali sirih junjung dan lipatan kain pasang kami tempah. Ikut rancangan asal kami akan membalas dengan 7 dulang hantaran, tetapi 2 insan bermurah hati telah menyumbang menjadikan jumlah bertambah kepada 9 dulang.

Memandangkan adik aku menetap di Shah Alam dan kakak sulungku menetap di Seremban, maka hujung minggu merupakan hari bekerja untuk persiapan. Maka setiap minggulah mereka akan pulang dan dua bulan sebelum majlis merupakan hari minggu yang amat sibuk. Dipendekkan cerita, kami seolah-olah melakukan perubahan lebih kurang 80% ruangan atas rumah sama ada perabot, cat dan susun atur. Maklumlah sejak(1993) menetap di rumah ini, inilah pertama kali kami melakukan baikpulih dan menghias rumah secara besar-besaran. Dah alang-alang kan, teruskan sahaja.

Pada hari Jumaat, 2 orang makcik aku dari JB tiba sebelah petang. Salah seorang makcik aku ini adalah penyumbang hantaran. Beliau memang pakar roti dan kek. Seperti yang aku ceritakan didalam entri TERIMA KASIH, beliau membawa 2 biji kek bersama beliau dan telah menempah satu kerusi untuk kanak-kanak sebagai tempat meletak kek tersebut. Sebaik mereka tiba dirumah kami, kami mengerumuni buah tangan beliau itu. Wah...! Cantiknya !! Kami amat kagum dengan kecantikan kek yang beliau hasilkan.



Setelah bertungkus-lumus dengan persiapan yang rapi (Alhamdulillah), hari yang dinantikan pun tiba. Oleh kerana kepenatan merapikan hantaran pada malam sebelumnya, aku terjaga pada jam 7.30 pagi. Itupun setelah terhidu aroma nasi lemak, secara automatik perutku berlagu riang..hehehe...Sebaik turun ke ruang tamu, kelihatan makcik-makcikku bersama yang lain-lain sedang menikmati hidangan yang aku ceritakan tadi. Aku sahaja yang terlambat...

Selesai makan, tugas pun dimulakan. Kami mula mengeluarkan perabot-perabot yang ada di ruang tamu ke luar. Saudara-maraku yang lain mula tiba pada jam 9.00 pagi ke atas. Ada yang terus membantu didapur, menyediakan sarapan bagi saudara yang baru tiba. Ada yang sibuk dibilik kami menyusun atur hantaran untuk diambil gambar. Adik-beradik emak aku sahaja sudah 12 orang (cuma seorang yang tidak hadir lantaran menjaga nenekku yang uzur dikampung), adik-beradik bapaku pula 7 orang (juga seorang tidak hadir kerana berada diperantauan)belum masuk sepupu-sepupu dan anak-anak buah. Ada yang membantu persiapan di khemah. Sekejap aku ke atas, sekejap ke bawah. Membantu apa yang patut. Sungguh sibuk dan meriah! Bagaikan majlis perkahwinan mini..!

Jurusolek tiba kira-kira jam 11.30, Tidak lama selepas itu jurukamera pula tiba. Adikku yang tidak betah memakai kanta lekap mengalirkan air mata dek pemakaian tersebut. Sebaik hilang kemerahan matanya, beliau terus disolek rapi. Selepas memastikan semua keperluan jurusolek dan jurukamera disediakan , aku turun kebawah melayan rakan-rakan beliau dan tetamu lain yang mula tiba. Nasi lemak dan karipap menjadi hidangan bagi tetamu-tetamu yang tiba awal. Rumahku begitu hidup dengan kemeriahan tetamu yang hadir. Saudara-maraku ligat membantu melayan tetamu. Sepupu-sepupu dan anak-anak kecil berkeliaran di ruang tamu bermain sesama mereka. Ah, rindu betul kemeriahan ini. Kali terakhir majlis keramaian kami adalah majlis perkahwinan makcikku yang bongsu sebelah emak. Sudah lebih 3 tahun rasanya. Beliau pun dah mengandungkan anak kedua.

Lebih kurang jam 12.00 tengah hari, makanan dari 'caterer' pun sampai. Kini makcik dan pakcikku yang diluar sibuk mengarah petugas-petugas 'caterer' itu menyusun makanan seperti yang dikehendaki. 2 biji khemah disediakan untuk tetamu. Pada mulanya kami berat untuk membuka 2 khemah kerana segan, bagaikan beriya benar. Tapi memikirkan saudara yang ramai, kami buka juga dua khemah. Keputusan itu amat tepat! Satu setengah khemah sahaja dipenuhi saudara-mara. Hehehe...

Lebih kurang jam 1.00 tengah hari semua jemputan dijemput makan. Sebaik azan berkemundang, solat jemaah zuhur dilangsungkan diruang tamu. Bacaan doa selamat dan tahlil dilakukan sebaik sahaja selesai solat zuhur. Alhamdulillah masanya tepat, tidak lama selesai tahlil, rombongan lelaki tiba. Acara berbincang pun bermula, sungguh meriah. Pihak kami diwakili pakcik aku yang memang berpengalaman luas dalam acara ini. Kerap kali tawa pecah akibat dari lelucon yang galak dihasilkan oleh kedua-dua wakil. Perbincangan dihadiri oleh 2 saksi utama iaitu jiran kami, orang kuat surau qari'ah kami. Ruang tamu begitu penuh, termasuk yang duduk di ruang anak tangga rumah kami. Aku juga berdiri di anak tangga sambil merakam perbinicangan untuk disaksikan oleh adik aku kemudian nanti. Sebaik selesai perbincangan, aku diarahkan oleh pakcikku untuk memanggil adikku. Beliau turun diiringi rakan-rakan beliau yang membawa dulang hantaran. Aku segera meletakkan alas duduk di hadapan ibu Azhar. Ketika ibu Azhar menyarung cincin, kedengaran bunyi keletik kamera-kamera..

Klik...! Klik..! Klik...! Klik..! Klik..!

Memancar-mancar lampu dari setiap kamera, maklumlah cahaya perlu dilebihkan sedikit kerana yang menjadi objektif tu..

Uhuk...uhuk...batuk pula... eh..di mana tadi ya...?

Bagaikan artis pula! Sebaik cincin tersarung, Dila menyalam ibu Azhar. Kedengaran suara-suara menjerit kecil...

"Lama sikit (salam)...!"

Kemudian ada pula suara berkata..

"Nangis sikit..!"

Hehehe....bukannya nikah..!

Sebaik selesai upacara menyarung cincin, pakcikku menjemput rombongan dan hadirin lain menjamu selera. Sementelah itu, aku melayan tetamu-tetamu lain yang masih berada di dalam rumah termasuk dua sahabatku yang turut memeriahkan majlis (Terima kasih ya Kak Intan dan Kak Yani). Aduh..mudanya aku! Ihikss...

Tidak lama selepas kami selesai menukar dulang hantaran, pihak lelaki selesai menjamu selera. Sesi fotografi pasangan bersama keluarga kedua belah pihak diadakan. Kemudian rombongan pun pulang berbekalkan bontrot (owh, rupanya boleh dijumpai di internet jika dibuat carian perkataan ini dan aku juga telah terjumpa sebuah blog yang menggunakan 99% bahasa Jawa! seronoknya baca! Rasa rindu pada kampung!).

Kami bersyukur semua berjalan seperti yang dirancang, emakku segera melakukan sujud syukur sebaik majlis selesai (Ini yang aku kagum, ibuku jarang sekali alpa). Menjelang 6.30 petang semua saudara-maraku telah pulang. Hanya makcikku yang bongsu bersama suami dan seorang anaknya yang sangat comel bermalam dirumahku malam itu. Petang itu kami terus mengemas semula semua permaidani dan meletakkan semula permaidani yang asal. Perabot diangkut semula kedalam.

Selepas solat Magrib, kami habiskan mengemas seba-sedikit sambil melayan keletah anak comel ini



Beliau sangat gemarkan saluran Oasis terutama bacaan ayat-ayat suci atau nasyid. Gambar diatas diambil ketika beliau khusyuk menonton bacaan ayat-ayat Al-Quran. Kau buatlah apa sahaja untuk menarik perhatiannya, kau tetap akan diabaikan. Hehe...

Malam itu kami dikunjungi jiran dari rumah berhadapan kami. Beliau hadir awal sebelum majlis bermula pada siang hari, cuma makan kemudian terpaksa ke majlis lain. Jadi kunjungan mereka sebagai berbahasa kerana tidak dapat berada semasa majlis berjalan. Budi bahasa masyarakat kita masih tinggi, tapi sayang hanya segelintir...

Malam itu kami semua tidur awal, kepenatan..! Isnin kami masih cuti, selesaikan urusan mengemas. Adikku yang bongsu sahaja bekerja, beliau memprotes dengan tidak mahu bersarapan. Walhal kalau ada nasi lemak, tidak kurang 2 pinggan adalah wajib! Hehe..rugilah kau adik! Emak dan abah tak layan protes kau...hehehe...beliau terpaksa bekerja dengan muka empat segi..

Ketika aku, abah dan akakku memunggah semula pasu-pasu bunga belaan emakku ke garaj hadapan semula...makcikku berbual dengan emakku. Perbualan beliau 80% berkisarkan perancangan perkahwinan adik aku!

Hahaha...Dila...kau tak perlu cari "Wedding Planner"...! Dan majlis kau jangan ditunda lama-lama...Makcik kita dah tak sabar tau...! Ihikss !!!


Gambar-gambar semasa majlis..


Dila & Azhar

Hadirin

Hidangan

Rakan-rakan adikku


Dari kiri: mak Long, Mak Teh dan Isteri Haji Junid.

Sekian celoteh panjang aku...nak lihat lebih gambar sila ke sini.

Peringatan Kepada Umat Islam - GREEN BEAN SOY DRINK

Ingin berkongsi maklumat yang saya terima dari email yang saya terima:

" Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya......

Cuba lihat kat pic ini.

Cuba lihat dekat-dekat......


Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!


Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini."

Wednesday, March 25, 2009

TERIMA KASIH

Sementelah menunggu jam 6.45, menunggu waktu kepulangan si tembun. Aku mahu mengambil kesempatan atas keterluangan ini untuk mendedikasikan terima kasih kepada saudara-maraku yang banyak menyumbang tenaga,masa dan modal dalam bentuk material dalam menjayakan majlis pertunangan adikku (Sila klik sini dan sini untuk mengetahui serba sedikit tentang majlis. Aku malas bercerita lagi).

1. Auntie Jamal dan Kak Ina - Jaga hidangan di khemah
2. Mak Long - Bekalkan tapai (Sedap lah!)
3. Auntie Is - Bekalkan ulam Raja, kuih cucur badak,kuih karipap
4. Auntie Jah - Dua biji kek (1 untuk hantaran dan 1 untuk dilahap). Ya, beliau bawa dari JB menaiki bas dan satu tiket kanak-kanak telah dibeli khas untuk menempatkan kek-kek tersebut. Karipap sardin buatan beliau.


5. Uncle Rosli - Jurucakap pihak perempuan
6. Uncle Zul - Menyusun aturcara dan mengawal hidangan
7. Auntie-auntie yang lain - Menguruskan hidangan di dapur, mem"bontrot"(aku rasa kalau kau google pun tak dapat maksudnya!) untuk saudara-mara.
8. Zana & Ami - Merakamkan video dan gambar.
9. Faiz & Faiq - membantu pihak katering menyediakan hidangan.
10. Nurul - Membantu aunti-auntie di dapur.

Buat saudara-mara yang lain, terima kasih atas bantuan-bantuan yang dihulurkan atau sekurang-kurangnya hadir memeriahkan majlis. Majlis ini begitu hidup atas kesepaduan kalian, terima kasih. Begitu muafakat...bak kata pakcik aku selaku jurucakap pihak perempuan;

"Kalau ikutkan adik-beradik saya 12 orang, semua nak menyumbang (hantaran)....."

Aku bersyukur semua berjalan lancar, dari segi masa, makanan, aturcara...serba-serbi lancar. Alhamdulillah. Semoga kalian dilimpahi keberkatanNya.

Untuk menjamu mata sila klik di sini.

IKLAN : KERJA KOSONG

Sesiapa yang menganggur dan berumur 35 tahun kebawah, anda dialu-alukan menghubungi saya untuk menjadi wakil Etiqa takaful. Terhad untuk 10 orang terawal, anda akan menerima elaun sebanyak RM300 sebulan dari Kementerian Sumber Manusia selama 18 bulan. Hari terakhir mendaftar untuk skim ini adalah pada 27hb Mac 2009 (Jumaat).

Jika anda penganggur atau pelajar yang menyara diri sendiri, ini adalah peluang yang baik! InsyaAllah...

Monday, March 23, 2009

Letih

Banyak perkara nak dikongsi, tapi idea-idea tidak mengalir keluar. Aku mahu rehatkan mental dan fizikial dahulu...

Adik aku dah selamat bertunang..! Tahniah wei...bak kata pakcik kita, bukan lesen untuk berdua selalu! ;)

Thursday, March 19, 2009

Tekanan Mental Siri-2

Pagi tadi ketika aku kelegaan dapat tiba di pejabat sebelum 8.30, sambil menunggu lif..telefon bimbitku berbunyi...

Eh,siapa pula yang menelefon nombor Maxisku ini? Jarang sekali ada orang menelefon nombor ini.

"Hello, Wani dimana?" Terdengat suara Kak As di talian.

"Oh, akak. Saya tengah tunggu lif ni..." Jawabku.

"Ok..ok..."

Aku periksa telefon aku yang satu lagi. Oh, kehabisan bateri.

Setibanya di tingkat 2, kelihatan 4 orang sedang menungguku. Oh, Kak Ara tidak masuk ke pejabat hari ini, beliau ke Kuala Lumpur menghadiri kursus. Patutlah mencari aku yang sentiasa tiba sipi-sipi pukul 8.30. ;) Aku pun menguis-nguis isi beg tanganku, mencari segugus anak kunci.

"Eh..mana ni..?" Sambil menguis lagi..setiap celah aku mencari. Gagal.

"Aduh, tak kan tinggal di dalam bilik?" Aku sudah mula risau. Mencari lagi..

"Akak, memang tak ada ni...takkan kita nak pecahkan pintu, sayang. Rosak nanti."

"Tak apa, kita kopek yang ini aja..." Cadang Kak As.

"Aduh ralatnya (jadi macam ni)" Aku berkeluh..

Kak As pantas menelefon A (Nama dirahsiakan), "A tolong naik kejap, pintu tak boleh bukak.."

Dalam 15 minit juga menunggu A tiba. Rupa-rupanya beliau sedang menikmati sarapan pagi, ya waktu kerja sudah bermula. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kelihatan tubuh sasa keluar..A dah tiba. Aku lega, tetapi dalam masa yang sama hati aku sakit sebab A buat muka empat segi. Sambil menuju ke pintu yang dimaksudkan..belia megomel..

"Macam mana boleh tertinggal kunci ni...?"

Ya Rabbi...kau fikir aku mahu ke? Aku tidak sengaja la pandai! Tidak disengajakan. Tanpa niat. Aku pun tak mahu susah begini.

Sebaik kami masuk, dia terus berlalu. Tanpa sempat kami memohon lagi bantuan untuk memasuki lagi 2 pintu; pintu bahagian akaun dan pintu bilik aku.

"Tak mengapalah, kita cuba sendiri dulu..." bisik hatiku.

Salah seorang kerani (perempuan) bertindak pantas menggunakan kad prabayar telefonnya menguis selak pintu. Gagal. Kad terlalu lembik.

Aku keluarkan kad permulaan (Starter Pack) Maxisku. Berjaya dengan mudah (Jangan harap kau orang nak pecah masuk opis aku semudah itu). Aku ada rahsia.

Tiba pintu terakhir, pintu bilikku. Hampir 10 minit mencuba tidak berjaya juga. Mahu atau tidak terpaksa menghadap lagi muka yang bertanggungjawab tetapi tidak gemar menjalankannya, A. Beliau tiba sekali lagi. Beliau terus ke pintu bilikku sambil mencampakkan (ya, beliau campak. Kurang sopan bukan?) beg peralatan beliau. Aku meminta pendapat beliau tentang beberapa perkara sebab aku mahu kerosakan seminima mungkin. Tiada jawapan ku terima. Sekali lagi kurang sopan bukan?

Lalu aku membuat keputusan supaya A mengumpil pintu aku. Sekali sahaja beliau lakukan,telah berjaya. Mudah bukan? Daripada aku terkial-kial buat tadi, dia buat sekali sahaja. Tidak susah bukan? Ya, itulah gunanya pekerja bahagian penyelenggaraan. Dikala pihak pengurusan atau pekerja lain memerlukan khidmat beliau, atau sekurang-kurangnya pendapat beliau yang berpengalaman dalam mengendalikan perihal premis. Beliau sepatutnya membantu dan berusaha dengan seikhlasnya. Kerosakan bukan hari-hari berlaku. Tambahan pula premis kami beroperasi ini kecil sahaja. Tetapi setiap kali diperlukan, beliau tiada. Bila meminta sesuatu, sentiasa ada sahaja yang beliau ngomelkan. Kerapkali juga bila pihak penyelenggaraan kontrak dari luar ingin melakukan pemeriksaan berkala, beliau tiada. Aku yang terpaksa menguruskan.

Bukan aku mahu berkira kerja, tetapi kalau dah kerap kali. Tak perlulah diwujudkan jawatan tersebut bukan? Kalau dah mesin kredit kad bermasalah, aku yang selesaikan. Masalah talian telefon, Eksekutif HR atau aku yang selesaikan. Kerap kali sebutharga penyelenggaraan, aku yang bincang dengan bos. Gaji serah pada aku dan Eksekutif HR sahajalah. Oh, aku dah meleret.

Sudahlah semasa menunggu A tadi, datang seorang Doktor. Dari jarak kira-kira 4 langkah dari aku, beliau bertanya.

"Wani, cek saya ada? Kalau selepas 15hb tak ada orang (Dato') boleh sain. Cari la alternatif lain. Ni sudah berapa haribulan.." Sambil terus berlalu pergi tanpa memberi peluang aku menjelaskan. Staf-staf lain yang sama-sama mengunggu untuk memasuki pejabat terpinga-pinga mendengar pernyataan itu.

Dimanakah sifat professional semua orang???

Baiklah, untuk menenangkan hati aku yang bergelora dari tadi. Biar aku ceritakan keadaannya. Aku tau keraniku telah menyediakan cek tersebut awal-awal lagi. Malah cek-cek lain telah siap ditandatangani dan sudah mula diserahkan kepada penerima.

Disebabkan beberapa prosedur, cek beliau perlu ditandatangani oleh Pengarah di Shah Alam. namun begitu kelewatan telah berlaku kerana pengarah tersebut keluar negara. Sebaik mendapat tandatangan beliau, penandatangan kedua pula dimasukkan ke hospital. Oleh kerana cek tersebut sudah dihantar ke pejabat penandatangan kedua tersebut sebelum beliau dimasukkan hospital, kami cuba mendapatkan semula cek tersebut. Namun, nasib tidak menyebelahi kami, pemandu beliau telah membawa cek tersebut ke hospital! Sungguh dedikasi. Saya minta setiausaha beliau menghubungi pemandu tersebut untuk kami dapatkan semula. Tetapi hari ini setiausaha tersebut memberitahuku, cek sudah ditandatangani dan diletakkan di pejabat di Shah Alam.

Semuanya diluar kawalan bukan?

Sudahlah...manusia memang tidak akan berpuas hati. Membuat perubahan itu hampir mustahil kalau mereka sendiri tidak mahu membuka minda. Usaha yang gigih diperlukan. Aku perlu lakukan itu. Doakan supaya aku mampu bersabar.

Terima kasih.

Wednesday, March 18, 2009

Menara Tinjau Hulu Langat (Look Out Point)

Aku menelek semula koleksi gambar-gambar yang terdapat dalam komputer riba aku. Aku lihat semula gambar-gambar yang diambil semasa meraikan majlis hari jadi kakak aku...

Tarikh: 27 Februari, 2009 (Tarikh lahir beliau adalah 26 Februari)
Lokasi: Menara Tinjau Hulu Langat

Yang disambut melihat menu untuk dinikmati..sibuk pula nak bergaya..


Sementara tunggu hidangan, sesi menyampaikan hadiah. Yang depan tu dari aku.. ;)


Eeeeee....comelnya...!! Tengok la siapa yang pilih... ;) ;)


Yang dirai sedang menjamu stik daging lembu beliau...


Keadaan mata terpaksa ditutup, amat menyeramkan...! Inilah akibat makan daging kambing...!!
(Orang-orang tua melebihi umur 55 tidak dibenarkan meniru aksi ini..)


Aku dan adikku berkongsi hidangan..Beriyani Ayam. Tak mampu dihabiskan pun. Bungkus..!


Emak punya Ayam Potong (Chicken Chop)...hehehe...


Abah punya Beriyani Kambing

Minuman aku yang istimewa...

Pasangan yang tak lekang berdua-duaan. Ada lesen ya..!

Oh, gambar Makcik Ani tiada...dia mengelak untuk diambil gambar. Setiap kali aku halakan kamera kepada beliau, pasti disorokkan mukanya disebalik apa-apa yang sempat...

"Tak payah la..."

Malu sungguh...aku tahu beliau tidak berapa dapat menikmati hidangan beliau. Beliau mengambil hidangan yang sama seperti emakku (sila rujuk gambar diatas), tetapi dek kerana tidak biasa dengan hidangan barat. Beliau kelihatan terpaksa menghabiskan makanan tersebut. Muka juga seperti berlakon bahawa makanan itu sangat lazat, tapi aku boleh lihat riak "makanan apa ini? susahnya nak habiskan.."

Hahahah...kesian..

Tuesday, March 17, 2009

Air Tangan Ibu (Emak@Mak)

Soalan yang tidak pernah terjawab semenjak aku pandai membuat penakkulan (sejak umur berapa kurang pasti).

Kenapa kalau aku masak Maggi kari direncahkan dengan telur, rasanya tak akan sama sekali serupa dengan hasil masakan emak. Walhal, bahan dia sama sahaja. Sebungkus Maggi Kari dan sebiji telur.

Pelik kan??

Tu baru Maggi, belum masuk kari ayam, SAMBAL TUMIS (paling hebat), cekodok bilis, mee kari dan yang sedang aku nikmati untuk makan tengah hari ini. Bihun goreng.

Lazatnya lain macam. Lagi-lagi emak aku memang jarang memasak (masuk dapur selalu..hehehe..!). Tidak, bukan emak aku malas tetapi keadaan kesihatannya tidak membenarkan.

Cuma kebelakangan ini, kesihatan emakku agak memberangsangkan. Maka sudah beberapa kali emak aku masak dan kesannya bekali-kali aku makan banyak. Terutama masa hari minggu, dua minggu yang lepas. Emak menghasilkan produk "sangat kuasa" (super power) beliau iaitu sambal tumis ikan bilis.

Aku rasa nak menangis terharu mendayu-dayu makan sambal itu. Apatah lagi ketika kelaparan (macam kebulur juga) setelah kepenatan mengemas rumah (bukan kemas yang tiup-tiup habuk tau, tetapi angkat almari, angkat katil, punggah perabot! Ha..penatkan???) emak menghidangkan ubi kayu rebus! Fuhh....nikmatnya tak boleh diluahkan.Masa tu adik aku bersuara..

"Eh, agaknya macam ni la nikmat orang lepas menoreh makan ubi kayu dengan sambal tumis kan??"

Aku menjawab "Betul-betul..!" Aku iya kan aja, ubi dekat tangan lebih menarik..ahakss!!

Lepas tu kami sambung kerja lagi...kemudian waktu makan tengah hari pula. Lagi sekali lauk sangat sedap.

Ada sambal goreng! Heh, ni bukan sambal merah-merah tu tau. Sambal goreng ni masakan jawa yang dimasak dengan campuran tauhu goreng,tempe goreng,soh on,tauhu kering dan kentang goreng. Rencahnya pula bawang,cili potong (lagi sedap cili hijau),halia,lengkuas,ikan bilis, kicap manis dan masin. Hasilnya? Wallah..!

Walaupun hari minggu itu sangat memenatkan, tapi aku juga mendapat imbuhan yang sangat tidak ternilai. Masakan emakku. Itu yang orang sebut air tangan ibu, kau tirula macam mana pun. Rasanya tak akan sama. Tak akan....

Mak nak sambal tumis lagi! Nanti angah beli ubi kayu...hehe..

Tekanan Mental

Tatkala ini aku rasakan ingin menjerit sekuat hati untuk melepaskan kebukuan hati. Namun begitu, akal yang terhad dan iman yang sangat tipis ini masih mampu mengawal aku supaya bertindak waras. Jadi aku menulis...

Sukarkah menerima pendapat?

Sukarkah mendengar penjelasan sehingga habis?

Sukarkah menolak pendapat secara diplomatik, atau sekurang-kurangnya tidak marah?

Sukarkah sekali-sekala menepis egomu yang setinggi langit?

Sukarkah..??


Muhasabah buat diriku juga...

Sunday, March 15, 2009

LEKAS & Cendol Leman Dawi

Ya, pasti anda berfikir yang aku telah menikmati makanan tersebut. Tett....salah!

Yang aku nak ceritakan disini bukanlah kelazatan cendol tersebut waima rasanya sekalipun tidak. Apa yang aku ingin kongsi disini adalah pengembaraan aku ke Seremban bersama rakan lamaku Tayar (eh bukan sebarang tayar tau..ni nama timangan semenjak sekolah) dan rakan sepermainannya dari kecil, Hafiz (Aku suka-suka terpanggil nama dia Shah..!).

Sebenarnya pemergian kami ke Seremban untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekelas kami semasa di KUSESS dahulu, Shikin. Lokasinya adalah Taman Selasih, Lukut. Dipendekkan cerita, menumpang beliau adalah rancangan saat akhir. Jadi aku sangat menghargai kesudian beliau untuk menjemputku di Kajang sebaik aku habis waktu bekerja (ya aku bekerja hari Sabtu #_#).

Kami melalui lebuhraya yang baru sahaja dibuka hujung tahun lalu, LEKAS. Memang lekas! Dalam masa 30 minit sahaja kami sudah tiba di bandar Seremban. Tayar ada menyebut hasrat untuk ke Leman Dawi...

"Leman Dawi?" Aku bersuara penuh tanda tanya. Bunyinya seperti kedai kopi, tapi lagak ajakannya seperti sebuah tempat terkenal...




"Haah, dia jual cendol. Kau bayar sekali je, untuk tambahan tak perlu bayar...! Kalau sempat kita pergi ya..." Jawab Tayar.

Melihatkan Hafiz begitu mahir memandu arah, jadi aku biarkan mereka berdua memutuskan arah tuju. Aku leka dibelakang melihat-lihat persekitaran. Apabila melalui satu jalan kampung, hatiku mula curiga dan bermonolog..

"Betulke jalan ni?"

Namun begitu Hafiz dan Tayar begitu yakin dengan arah tuju tersebut, ayat dari Hafiz yang paling aku rasa kelakar..

"Eh, betullah ni...PD kan belah selatan..kita ke Selatan la ni..."

Selepas hampir 10 minit, aku terlihat papan tanda bertulis..

Johor Bahru
mkkfljlfjdlajl (Tak ingat)
Gemas

Gemas ???

Terus aku bersuara.."Eh Tayar, betul ke jalan ni? Lain macam je..?"

Hafiz menyangkal.."Betul ni..kita kan ke Selatan ni..."

Tiba-tiba...

"Eh, cendol Leman Dawi la...!!" Jerit kecil si Tayar.

"Wah..Cool...! Dapat juga kita jumpa ya..!" Sahut Hafiz.
Fakta: perkataan kegemaran Hafiz, 'cool' ada hampir 99 kali beliau menggunakan perkataan ini sepanjang perjalanan.

Mereka begitu teruja dapat melihat sendiri gerai tersebut, malah aku juga kagum melihat sambutan orang ramai pada perniagaan tersebut. Macam sebuah kenduri kecil. Mereka tak henti-henti mengekspresikan keterujaan mereka.

Kemudian melepasi satu lagi papan tanda...

Johor Bahru
knlnlfndnflsn (Masih tak ingat)
Gemas

Tak ada Port Dickson!

Tayar pula mula curiga, "Eh, betulke ni Hafiz? Aku dah mula rasa cemas.."

Hahaha...perkataan cemas tu tak tahan!

Selepas beberapa meter, ada sekatan jalan raya oleh JPJ. Mereka memutuskan utuk bertanya kepada pegawai JPJ tersebut. Ya, semua kereta dibelakang terpaksa menunggu pegawai JPJ tersebut menjawab pertanyaan kami. Hahahaha..! Kelakar betul! Kesian pemandu-pemandu dibelakang. Ternyata kami sudah tersasar jauh dari arah sebenar! Kami berpatah balik.

Melepasi semula gerai cendol Leman Dawi...satu kejadian yang julung kali aku saksikan dan menimbulkan lebih rasa kagum...

Kelihatan seorang lelaki berdiri di atas kerusi di tepi jalan, di pintu masuk gerai tersebut sambil memegang sebuah papan tanda sederhana besar bertulis..

"Cendol sudah habis"

Wah..ada pengumunan!

Selesai kagum kali kedua, kami fokus kepada perjalanan kami. Kami bertanya pula dengan seorang peniaga buah berbangsa India. Kali ini kami semakin pasti jalan ini adalah yang sebetulnya.

Jam 2.30 kami tiba di Seremban tetapi hampir jam 4 petang baru kami tiba di rumah pengantin. Bermakna hampir 1 jam setengah kami sesat! Aku tetap bersyukur kerana kami selamat dan dapat juga bertemu pengantin dan dua lagi sahabat lama yang tabah menunggu ketibaan kami yang sesat barat! Hehehe...

Dalam perjalanan pulang, baru aku maklum bahawa Hafiz bukan mahir tentang jalan tetapi buat-buat mahir. Mereka berdua ni memang sepasukan dari segi keselambaan, lawak dan 'cool'.
Jadinya walaupun sesat, aku tak lah terasa sangat sebab tak kering gusi aku mendengar celoteh mereka.

Yang pasti kami menanam azam untuk mengunjungi gerai cendol Leman Dawi suatu hari nanti!

Kau belanja ya Tayar? Hehehe...

Oh ya...tahniah buat Noorashikin Shawaluddin atas majlis perkahwinan beliau. Semoga jodoh berkekalan ke akhir hayat dan dipermudahkan perjalanan hidup berumahtangga.

Gembira.

Saturday, March 14, 2009

Tag 3 dari Along

Aku berniat untuk menulis satu entri, tapi disebabkan otak yang agak lembab pada saat ini aku tangguhkan dulu. Kebetulan kakakku telah memberikan saguhati kepadaku. Mari sama-sama ikuti (harap-harap anda berminat... *_* hikhik ! )

1.Someone tells you they love you, you say…
Sudah pasti "Aku juga cintakan/sayang kamu.." Hargailah sesiapa yang menyayangi anda...

2.If you won a lot of money on the lottery, what would you buy first?
Sudah pasti tidak akan menerima, aku tidak terlibat dengan ini.

3.Do you miss anyone?
Sudah tentu. Tidak lengkap kehidupan seorang insan jikalau tiada perasaan itu.

4.Who was driving the last time you were in a car?
Aku sendiri.

5.Do you like your bed?
Sudah tentu. Malah katil ibuku juga...hehe..

6.Will this weekend be a good one?
Ya, membersih dan mengemas rumah adalah ibadah bukan. Jadi ia sesuatu yang bagus.

7.Do you think you can last in a relationship for 6 months or more?
Ya, sudah terbukti.

8.How is your hair?
Lurus dan panjang.

9.Do you like your life asof now?
Alhamdulillah, menyenangkan

10.Do you wish someone would call or text you right now?
Ya dan baru sahaja terima. ;)

11.Do you drink coffee?
Sangat menggemarinya.

12.Does anyone call you babe or baby?
Gelinya...harap-harap tiada sesiapa yang berniat begitu. Tidak sesuai...! (Long. ..siapa panggil kau begitu??)

13.What were you doing yesterday at midnight?
Mengemas dan menyusun atur pakaian ke dalam almari baru.

14.Do you like surprises?
Suka.

15.What are your plans for the future?
Sambung belajar (tahun depan..) dan memohon status sebagai akauntan berdaftar (Jun..) apabila layak. Mudah-mudahan...

16.Have you ever set foot in a tanning bed?
Apakah? Yang macam cerita Cinderella tu ke? Aku sudah cukup "tanned" lah !

17.Do you make your bed everyday?
Kini tidak lagi, Mak Cik Ani ku...

18.Your best friend tells you she is pregnant what is your reaction?
Teruja dan gembira...!

19.Do you like pasta?
Ya.

20.Whisper or shout?
Dua-dua boleh!

21.Swim or run?
Nak berenang, teringin. Tapi hanya mampu 2@3 kuak sahaja...kemudian..blurrpp...blurrpp...

22.When did somebody tell you they loved you?
Beberapa minit lalu.

23.Last person to annoy you?
Pekerja penyelenggaraan. Asyik aku sahaja yang kena 'cover', mari sini bahagi gaji. Kau seperti biskut 'Chipsmore'.

24.Do you wish your hair was shorter or longer than it currently is?
Dua-dua tidak. Cukup seperti ini, aku suka.

25.Do you have a secret that less than 3 people know about?
Sudah tentu.

26.Have you ever had a phone conversation with someone who lived in a different state?
Ada.

27.Do you and your best friend have the same cell company?
Ya.

28.Are you good at persuading?
Tidak sama sekali.

29.Are there a lot of people in your house?
Tidak.

30.Does the same person call you every single day?
Ya. Terharu.

31.Last call received from who?
Rakan baik merangkap jiran.

32.What are you doing tonight?
Kemas balkoni.

33.Do you have a guy friend you tell everything to?
Ada tetapi 90% sahaja.

34.Are you friends with more guys or girls?
Perempuan semestinya. Aku gadis pemalu.

Aku tak mahu 'tag' sesiapa..

Thursday, March 12, 2009

Assalamualaikum

Rakanku kini tinggal sementara dirumah makciknya. Makcik beliau mempunyai seorang anak kecil dalam lingkungan 4 tahun begitu, Danial. Baru sebentar tadi aku menerima khidmat pesanan ringkas dari beliau.

"Danial buat lawak, dia bagi salam dekat makcik depan"

Aku memang tahu kepetahan anak ini, suara dan percakapannya juga kedengaran nakal tetapi bijak. Lalu membalas..

"Kenapala comel sangat budak tu? Kenapa dia bagi salam kat makik depan?"

Dia hantar makanan agaknya atau menyapa...?
Dan aku menerima balasan...

"Mana boleh, makcik tu bukan Islam!"

Huhuh...Danial nih....

Rasukan Ablaska

Tak, aku belum tonton filem ini.

Cuma nak cerita sedikit 'suasana' pejabat aku. Oh ya, sekarang waktu pejabat. Aku curi masa sebentar sementara menunggu pelajar praktikal menyiapkan tugasannya, maklumla perisian tidak ada punya rangkaian (networking).

Berbalik pada cerita asal. Syarikat aku bekerja adalah sebuah pusat kesihatan swasta. Pejabat kami terletak ditingkat 2 (2 tingkat saja yang ada pun).

Tingkat bawah : Klinik pesakit luar dan klinik pakar

Tingkat 1 : Wad 1

Tingkat 2 : Wad 2 (JARANG dan 80% bilik tidak digunakan) dan PEJABAT

Ditekankan sekali lagi, disini bahawa ini adalah HOSPITAL.

Wad tidak digunakan + hospital + tingkat atas sekali (sunyi) = suka didiami makhluk halus

Jadi, beberapa kejadian pernah aku alami;

1. Datang pejabat, mendapati radio berbunyi. Suis tidak ditutup. Aku ingat-ingat lupa, 70% yakin sudah ditutup. Kali ke 2 terjadi aku yakin bukan aku lupa....

2. Datang pejabat, lampu bilik aku terpasang. Agak meragukan kerana malam sebelumnya aku orang terkahir meninggalkan pejabat, kalau aku lupa aku akan nampak cahaya yang terserlah kerana lampu lain telah dimatikan. Kali ke 2 terjadi aku yakin bukan aku lupa....

3. Datang pejabat, penghawa dingin terpasang. 2 - 3 langkah sebelum tiba di pintu bilik aku dah dapat merasakan kesejukan lantai. Penyelia bil bertanyakan aku, "Cik Wani lupa tutup ya?"

Aku bingung, cuma mengimbas babak aku pulang semalam...lalu menjawab...

"Mungkin agaknya..."

Kali ke 3 terjadi (hari ini) , aku yakin bukan aku lupa...

Apakah yang bermain di fikiran anda..?

Biasanya kalau kerja sedang menimbun, aku akan bekerja sehingga jam 9.00-10.00 malam. Tetapi pernah seminggu aku tidak berani melakukan sedemikian, walaupun aku banyak benar kerja yang perlu diselesaikan. Jadi, aku susun atur kerja-kerja aku. Mana yang boleh diselesaikan di rumah aku tangguhkan. Yang lain aku selesaikan secepat mungkin sementara jam belum menunjukkan pukul 7.00 petang.

Puncanya..?

Aku terdengar (sebenarnya menarik nak dengar, tapi hati takut-takut) pekerja lain yang menceritakan kes-kes terlihat 'mereka' menunjukkan diri. Dan yang pasti adalah ditingkat dua.


Alhamdulillah aku belum pernah dan berdoa takkan pernah mengalami begitu. -_-

Wednesday, March 11, 2009

Produk Pelangsingan Badan

Bayangkan situasi ini....

Anda seorang yang (1) bertubuh gempal dan baru usai membeli-belah. (2)Troli hampir penuh dengan barang-barang keperluan terutama barangan dapur....

Jam menunjukkan waktu 8.40 malam, perut sudah mengalunkan irama etnik (sebab naluri bercampur baur hendakkan nasi atau roti). Lantas tangan leka meneroka beg plastik yang berisi kuih masalodeh (tak pasti ejaannya). Kuih dikuis separuh lalu (3)disuakan kemulut...lalu tiba-tiba...


"Akak, boleh dengar sekejap penerangan dari saya?" Sambil menunjukkan brochure produk pelangsingan badan!

Apakah yang anda rasakan ketika itu? Adakah anda merasakan begini...?

"Isk dah la 70 peratus isi troli aku adalah makanan, aku pula gemuk...tengah menyuap pulak tu!"

Rasa macam orang itu dan orang sekelilingya berkata....

"Anda ditangkap kerana memiliki berat badan berlebihan, dan ternyata ia adalah atas kesalahan anda disebabkan sikap anda sendiri yang kuat makan. Tengok, awak sedang makan walaupun sedang menolak troli. Troli awak pula dipenuhi makanan."

Ini kejadian di Carrefour Ampang beberapa jam yang lalu...


Tamat

Tuesday, March 10, 2009

MyVi SE

Selamat datang ke Hotel California (Lagu kumpulan Eagle yang dialih bahasa)....

Malam ini aku beradu dalam suasana yang baru. Hajat dihati mahu berkongsi resepi, tapi suasana kamar yang baru dan keadaan mata yang tidak menginzinkan, aku terpaksa tangguhkan hajat. Bukan qada' (hajat) ye...hik..

Selamat malam semua...semoga aku dapat mimpi memiliki sebuah MyVi SE berwarna jingga berkilau (metallic).



Heh..aku tau mesti kamu semua pelik, mimpi MyVi SE je...?? kalau nak mimpi biarlah canggih-canggih?? Porsche ke...

Sekurang-kurangnya aku tau mimpi aku tu 90% boleh menjadi kenyataan. Kalau setakat porche aku tunggu Anuar Zain je la kahwin dengan aku. Ya dia memiliki Porsche.

Selamat malam sekali lagi.

Selasa Yang Biru (Tuesday Blues)

Seronok layan sekejap, ambil 5 (take five)...hahaha...berehat sebentar..


video



video

Harap-harap kita takkan melalui hari-hari begini, kalau ada perlu direnung-renungkan apa agaknya dosa yang kita telah lakukan. Betul begitu?

Sunday, March 8, 2009

Jotun - Hasil tangan K.A.M.I

Bilik tembun


Bilik tiga dara


Kami puas hati dan gembira.

Oh! Wonderpad...Wonderpad..!

Apa yang penting, kerjasama...! Hehe...sejak kebelakangan ini, aku dan ahli keluarga yang lain sangat sibuk bekerjasama menghiasi dan membaik pulih hiasan, struktur rumah dan susun atur perabot kediaman kami (milik ibubapa... ye..aku belum mampu memiliki rumah sendiri..bila ya? )

Pada 3 hb lalu, aku meringankan tulang mengemas bilik satu-satunya anak teruna kepada kedua orang tuaku (tua? 54 tua tak?). Aku sangat teruja kerana telah terjumpa sarung kakiku yang aku beli ketika aku sedang menjalani praktikal (Eh, apa fasal ada dekat dalam laci kau ni?). Sarung kaki ini aku sangat gemari kerana keunikannya. Jenis ini aku mula gunakan sejak aku belajar di pusat matrikulasi, aku gemarkan Soxworld. Tapi yang ini bukan dari Soxworld, tetapi Hot Market...hehe...

Aku jenis tak berapa tahan dengan kesejukan, jadi sering menggunakan sarung kaki ketika di pejabat di mana aku menjalani latihan praktikal. Pejabatnya, sejuk tak terkira. Jadi memakai sarung kaki adalah wajib bagiku. Sebaik aku menyarungkan sarung kaki yang (sangat) hijau ini terus salah seorang (ahli-ahli pejabat sememangnya suka memberi dan bertukar pendapat) daripada kakak disitu menegur...

"Wah...wani hijaunya...!! Eh...eh...macam mana stokin kau ni wani?" Yang mana aku pun dah lupa siapa yang menegur.

Aku sengih je..

"Eh stokin kau ade jari-jari ye...? Ehehehe..."

Lalu mulalah babak belek-membelek...aku pun macam artis menjawab soalan-soalan yang berbaur rasa ingin tahu dan hairan, antaranya;

"Sedap (macam aku makan sarung kaki pulak!) Wani?" (Merujuk kepada keselesaan)

"Mana kau dapat ni Wani?"

"Berapa hengget (perkataan kegemaran kami) ni Wani?"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini aku menghadiri satu kursus, dalam usaha menjana pendapatan sampingan. Mungkin satu hari nanti akan menjadi pendapatan utama, InsyaAllah..Ia memerlukan aku menduduki satu peperiksaan. Jadi, sebagai persediaan aku dikehendaki menghadiri kursus tadi. Rasa macam seronok pula dapat melakukan semula perkara yang dah lama kita tinggalkan.



Ya, mencatit nota yang dipaparkan di layar dengan pantas ketika pengajar berceloteh dihadapan. Sambil tangan pantas menulis, telinga tekun mendengar penjelasan. Sekali lagi aku rindu pada suasana belajar di matrikulasi. Aku dan sahabatku Shahidah, selalu berlumba antara satu sama lain siapa yang paling pantas menyalin nota dari pensyarah (kau ingat tak ed?).

Doakan supaya aku dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan, aku ingin berjaya!

Oh ya, selain memulakan langkah pertama bagi lembaran baru diatas, aku juga telah melakukan satu lagi perkara yang optimis hari ini. Salah satu kelemahan aku adalah aku gayat. Iya, takut akan tempat tinggi. Jika aku berdiri dibalkoni tinggat empat, sudah cukup mampu untuk aku memainkan wayang-wayang ngeri dalam kepala otak aku jika apa-apa buruk berlaku.

1. Kalau aku tergelincir, aku akan terjatuh lalu terhempas kebawah. Kepala pecah!

2. Aku tengah bergayut di balkoni dan sedaya-upaya menaikkan diri semula ke balkoni. Sebab? Tercampak ke tebing balkoni akibat terlalu khayal menyidai kain di penyidai balkoni.

3. Balkoni senget, dah tak kuat. Sekali lagi kena bergayut dan cuba panjat!

Dan macam-macam lagi...

Aku sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke tingkat 42 menara berkembar Petronas. Aku tidak sekali-kali mendekatkan diri aku ke tebing tingkat itu. Manakan tidak, pada ketinggian itu...dengan bangunan yang berdindingkan kaca (walau sekukuh mana...walau diletakkan Afdlin Shauki pada kaca itu untuk menunjukkan kekukuhannya, kenapa dia? sebab dia berlakon dalam filem Cuci dan dia besar) sudah tentu aku tidak dapat meluruskan lutut aku! Bagai diserang Chikungunya (Eh, aku tak pernah alami...)..silap...bagaikan lemah lutut. Rakanku dengan teruja (dia kali pertama naik ke tingkat itu)...

"Wani, meh la sini (sambil berdiri betul-betul di tebing tingkat itu) kita ambil gambar!)"

"Hehehe...tak apa la..akak ambil je la...Wani tunggu sini je.."

"Ala jum la..!"

"Tak mahula..."

"Ye la..ye la..." Sambil menuju ke arah seorang amah warga Indonesia.

Rakanku yang memang ramah, terus menyapa wanita tersebut.

"Akak selalu ke naik naik jambatan tu?" Sambil memuncungkan mulutnya ke arah jambatan penyambung dua menara kembar itu.

"Ya hari-hari saya cuci itu jambatan..."

Aku yang mendengarkan pernyataan itu mengagumi beliau dan menjerit-jerit didalam hati..

"Akak,akak tak pernah ke terbayang (baca semula wayang-wayang ngeri di atas)? Kenapa saya je?"

Ah! Persetankan...

Kami terus menuju ke destinasi kami (Menuju ke destinasi howowoo...! - Lagu Dato' Siti) Tingkat 84! Nasib baik urusan kami cuma mendapatkan cek dari syarikat terbabit. Jadi cuma sekejap sahaja. Walaupun sekejap, aku rasa macam lama sangat! Semasa menunggu wanita anggun (selalu penyambut tetamu kan semestinya anggun dan manis belaka) mencari cek tersebut, aku sama sekali tidak berhenti untuk berdiri setempat. Ya, aku sentiasa kehulur-kehilir dengan gaya seolah-olah menikmati susun atur pejabat tersebut. Pada hakikatnya aku hendak mengelakkan diri aku dari merasai buaian bangunan itu!

Ya, jika di bangunan menara berkembar..anda akan dapat merasakan buaiannya kerana struktur binaannya memang begitu. Lebih-lebih lagi seseorang yang peka seperti aku. Pada halnya, gayat!

Eh, lupa. Sebenarnya aku nak maklumkan. Aku berjaya melawat perasaan gayat aku beberapa jam lalu. Aku mengecat sambil berdiri di atas tangga pada anak tangga yang teratas!

Eh, bukan sesuatu yang mengagumkan? Aku tak peduli....

Wednesday, March 4, 2009

Eksekutif Akaun Terlampau

Aku ditugaskan membuat kira-kira untuk bayaran zakat syarikat tempat aku bekerja. Dengan lincah dan pantas aku menaip di ruangan "carian" pusat zaka (arghhhh tak sempat T)

Aku dah tertekan "enter" !

Tu la, nak pantas sangat. Berkesan la tu kononnya!

Argh..kenapa tertinggal yang hujung?? Kenapa tak huruf paling depan ke? Tengah-tengah ke?

Sebab aku terfikir...jangan keluar gambar bukan-bukan sudah...!!

Dup-dap...dup-dap....

.

.

.

.

.

.

.

"http://zakat.com.my/"

ahh...lega....


Terpapar laman web pusat zakat...Alhamdulillah!

Aku bertuah dipinjamkan di syarikat subsidiari, syarikatnya kecil. Tiada kawalan dari bahagian Teknologi Maklumat (tak wujud satu staf pun) yang menyekat laman-laman web tertentu. Bayangkan kalau aku bertugas di ibu pejabat, dan kalau sasaran carian ke arah yang tidak diigini. Sudah pasti aku akan diambil tindakan dek kerana laporan pihak Teknologi Maklumat. Iyalah, buat carian benda tak senonoh. Pastinya menjadi kesalahan..!

Maka sudah pastinya cerita aku akan tersebar dalam blog-blog pekerja yang sebumbung dengan aku. Dan pastinya wujud entri bertajuk;

Kehidupan Eksekutif Akaun Terlampau

Jauh betul melayang....eh..dah nak pukul 5 , balik!

Spa Q dengan Biskut Kering

Lumrah aku, kalau lepas je daripada bebanan kerja perut aku akan secara automatik mengalunkan irama keroncong. Ini pasti!

Lantas aku ke pantri pejabat..mendapatkan ini..

Nikmatnya...

Tuesday, March 3, 2009

Amir Vs MM (Tak mahu tulis Melayu Minimalis nanti kata tumpang populariti)

Antara orang pertama yang diperkenalkan dengan blog aku adalah bekas rakan sepejabatku, Amir Firdaus Abdul Jamil a.k.a Ameng (aku je yang panggil dia dengan nama ni). Kami leka membincangkan isu berkenaan fenomena blog, beliau memperkenalkan aku kepada blog beliau. Beliau juga memperkenalkan aku kepada beberapa lagi blog lain yang terkenal, antaranya Hanis Zalika yang aku masih ikuti blognya sampai hari ini. Dek kerana termakan dengan artikel terkini Hanis Zalika, 14 Tips Menjadi Blogger Terkenal / Masyhur Seperti Saya (Adik, kena bayarkah kerana menggunakan nama kau?) aku pun mendaftarkan diri di laman web Nuffnang, sebuah syarikat yang memberikan khidmat pengiklanan blog. Selesai membuka akaun di laman web tersebut, aku terus cuba memasukkan HTML untuk memaparkan iklan berkaitan di blog aku. Namun, aku gagal dengan beberapa kali percubaan sepertimana gagalnya saya memaparkan Shoutmix dan Statcounter di blog aku (berjaya pun dengan bantuan adik aku). Lalu aku dengan penuh harapan menghantar mesej segera melalui Skype kepada rakanku Amir. Sebab aku perasan dekat blog dia ada iklan yang sama.

WaniGhani says: salam
WaniGhani says: amir..a favour pls..?

Amir Firdaus Abdul Jamil says: yup
Amir Firdaus Abdul Jamil says: wadap
Amir Firdaus Abdul Jamil says: kite nari goyang duyu dulu

WaniGhani says: hahaha
WaniGhani says: aku da skt pinggang br ko nak ajak aku menari
WaniGhani says: leh ajakan aku nak add ad nufnang kt blog aku

Amir Firdaus Abdul Jamil says: http://www.youtube.com/watch?v=sARz_4YRqG8
Amir Firdaus Abdul Jamil says: nko layan nih sure nko nari -.- walau sakit pinggang
Amir Firdaus Abdul Jamil says: er..
Amir Firdaus Abdul Jamil says: seyes aku x tau blogging dow
Amir Firdaus Abdul Jamil says: :D

WaniGhani says: budusss <-- (Aku masih menyangka yang beliau menggula-gulakan aku!)
WaniGhani says: weh
WaniGhani says: seyes neh...

Amir Firdaus Abdul Jamil says: betul la x pandai dier nih

WaniGhani says: haha...ko ni br dpt cowok ke layan lagu nih..
WaniGhani says: aler..blog ko ade ad tu...sebab tu aku tanya ko.. (Masih berbaki harapan)
WaniGhani says: :(

Amir Firdaus Abdul Jamil says: sejak bila plak aku de blog nihhhh?
Amir Firdaus Abdul Jamil says: sy x de blog la -.-

WaniGhani says: aikk
WaniGhani says: ko jgn la buat aku konfius
WaniGhani says: serius ke?

Amir Firdaus Abdul Jamil says: betul la..x de sejarah aku de blog
Amir Firdaus Abdul Jamil says: blog aku x peduli tuh bukan aku ar..
Amir Firdaus Abdul Jamil says: kalau aku ada awek hot gitu..dah tentu aku x chating masa nih..

WaniGhani says: (rofl) <-- (Ini bukan menggonggong seperti anjing ye, ini ikon untuk ketawa teruling-guling)

Amir Firdaus Abdul Jamil says: aku kunyah2 sepanjang masa
Amir Firdaus Abdul Jamil says: -.-

WaniGhani says: (rofl) <-- (Mentertawakan diri sendiri yang telah tertipu)
WaniGhani says: (rofl) (rofl) (rofl)
WaniGhani says: aduh
WaniGhani says: aku fikir itu engkau
WaniGhani says: aku sudah tertipu
WaniGhani says: aku maluuuuuuuuuuu

Amir Firdaus Abdul Jamil says: nko de bagitau org ke tuh blog aku?

WaniGhani says: (blush)
WaniGhani says: takde

Amir Firdaus Abdul Jamil says: blog tuh skitnye popular skrng tau.. <--(baru aku sedar yang blog itu adalah blog yang sangat popular dan aku tak tahu yang secara tak sengaja aku dah menumpang populariti sebab letak pautan blog beliau di blog aku! Mana aku tau kau bukan Amir!)

WaniGhani says: tp aku ade la tinggalkan msg kt chat box dia
WaniGhani says: tp aku tak sebut nama ko

Amir Firdaus Abdul Jamil says: aku ari2 -.-
Amir Firdaus Abdul Jamil says: nko nih..x kan la aku de anak darjah satu -.-

WaniGhani says: sebab kat as if ko merahsiakn identiti sebenar jd aku xnak la konon-konon pecah kan rahsia <-- (Gila baik hati konon-konon merahsiakan identiti Amir sebagai Melayu Minimalis! Padahal MEMANG bukan beliau pun!)
WaniGhani says: isk
WaniGhani says: xtau plak dia ade anak jah satu
WaniGhani says: huhuhuhuh
WaniGhani says: dah dlm tu plak dia ske ckp kamu
WaniGhani says: ko pon ske ckp kamu
WaniGhani says: dah tu aku xde la ragu2 tu bukan ko
WaniGhani says: waaaaa
WaniGhani says: cane aku leh terpikir itu nko?

Amir Firdaus Abdul Jamil says: aku suka baca sbb dier similar la ngn aku..
Amir Firdaus Abdul Jamil says: tp aku bukan duda n d anak darjah satu ok..
Amir Firdaus Abdul Jamil says: kalau de pon aku yg x tahu.

WaniGhani says: ahkakakakakakakakka
WaniGhani says: aku xperasan plak dia adlaah duda anak satu
WaniGhani says: br la konon nak timba ilmu kt sifu...skali slh org daa...
WaniGhani says: its ok la...aku gi cr sifu lain..

Amir Firdaus Abdul Jamil says: ok np

Kesimpulannya ,itulah bahananya apabila wujud kelemahan berkomunikasi (Aku tak salahkan kau Amir, aku yang berprasangka). Marilah kita bersama-sama berhati-hati dalam perbualan sehari-hari, ini nasib baik tiada sebarang malu besar berlaku. Saya sangat bertuah! Kalaulah tiba-tiba aku berniat menulis mesej begini di blog MM tu;

"Amir kau nih, takde keje lain ke asyik ambil gambar kaki orang. Dulu kat pejabat ko amik gamba belakang Jaja..!"

Padahal MM tak kenal pun siapa Jaja... isk..

Tak pun...

"Amir, cantiknya awek kau! Napa kau tak pernah bawak dia masa karaoke hari tu?"

Padahal MM tak pernah kua karaoke dengan aku! Dia tak tahu pun aku wujud!

NASIB BAIK...

Sunday, March 1, 2009

"Jangan paksa badan...!"

Seperti minggu yang lalu, aku bersama ahli keluarga yang lain sangat sibuk melakukan persiapan untuk majlis yang akan dilangsungkan dalam masa 3 minggu saja lagi. Minggu ini, kami menyusun atur kembali perabot-perabot yang sedia ada di dalam bilik milik tiga dara. Setakat ini, tidak ada lagi perancangan menambah yang baru. Sedang aku tekun mengerah keringatku menolak tilam yang agak berat, aku tersentak dengan teguran emakku yang mungil lagi gebu ;)

"Kau ni Angah suka sangat paksa badan tu kuat sangat...! Jangan paksa badan tu..! Tak elok tau..."

Lalu dengan bantuan adikku, kami sama-sama menolak tilam ke tempat yang diingini. Sambil aku membetulkan kedudukan tilam, otak aku terus menerawang..

Kalau aku paksa-paksa badan, agaknya baru umur 40 nanti lutut aku dah tak kuat.

Eh, tak boleh! Aku suka jalan-jalan. Nanti kalau ada duit pun tak boleh menikmati bumi Allah, tak guna juga!


Kalau aku paksa-paksa badan, agaknya umur 40 nanti pinggang aku dah tak kuat.

Macam mana aku nak jaga anak aku dalam pantang? Siapa nak timang cucu-cucu aku? Nanti cucu-cucu aku dagahakan kasih sayang seorang nenek! (Jauh betul fikiran aku? Eh! Kena fikir...!)



Kalau aku paksa-paksa badan, agaknya umur 40 nanti dah tak kuat nak masak.

Wah, tak boleh jadi. Nanti suami aku cari bini lain pula. "A man's life begins at 40's" Bahaya...!



Kalau aku paksa-paksa badan, agaknya umur 30 dah tak kuat badan!

Wah, tak boleh layan suami..macam mana nak ada anak? Tak payah tunggu 40, aku juga yang merana! Terus tak boleh ada anak, tak ada cucu, malah boleh hilang suami!



Baik emak, lepas ni saya akan jaga badan.