Wednesday, March 11, 2009

Produk Pelangsingan Badan

Bayangkan situasi ini....

Anda seorang yang (1) bertubuh gempal dan baru usai membeli-belah. (2)Troli hampir penuh dengan barang-barang keperluan terutama barangan dapur....

Jam menunjukkan waktu 8.40 malam, perut sudah mengalunkan irama etnik (sebab naluri bercampur baur hendakkan nasi atau roti). Lantas tangan leka meneroka beg plastik yang berisi kuih masalodeh (tak pasti ejaannya). Kuih dikuis separuh lalu (3)disuakan kemulut...lalu tiba-tiba...


"Akak, boleh dengar sekejap penerangan dari saya?" Sambil menunjukkan brochure produk pelangsingan badan!

Apakah yang anda rasakan ketika itu? Adakah anda merasakan begini...?

"Isk dah la 70 peratus isi troli aku adalah makanan, aku pula gemuk...tengah menyuap pulak tu!"

Rasa macam orang itu dan orang sekelilingya berkata....

"Anda ditangkap kerana memiliki berat badan berlebihan, dan ternyata ia adalah atas kesalahan anda disebabkan sikap anda sendiri yang kuat makan. Tengok, awak sedang makan walaupun sedang menolak troli. Troli awak pula dipenuhi makanan."

Ini kejadian di Carrefour Ampang beberapa jam yang lalu...


Tamat

4 comments:

Unknown said...

er..ini entry menarik..beta ingin menangis..

WaniGhani said...

saya menjangkakan anda berbadan gempal..betulkah? -_-

Unknown said...

tidak..beta kacak..tidak gempal dan tidak kurus tetapi sasa.. <--tanpa sdikit penipuan pun :)

WaniGhani said...

ahaks..baiklah, saya percaya tuanku..

Post a Comment