Monday, March 30, 2009

Ketupat Sotong

Rata-rata orang memperkatakan tentang kempen menyejukkan bumi...kita diseru (jangan salah seru, nanti tak boleh pandang belakang..! ehehe...) untuk menutup lampu. Ditekankan, menutup lampu sahaja. Bukan memadamkan semua peralatan elektrik.

Teringat tingkah laku seorang ipar makcikku,beliau mengalami tekanan mental akibat kematian suami beliau (jika aku tidak salah, inilah yang diceritakan kepadaku oleh saudara rapatnya) dan penyakit yang sememangya sudah diwarisi terus menyerang. Beliau sering menjadi bahan sendaan, bukanlah ditindas...sekadar penyeri suasana. Tidak lebih dari itu. Pernah suatu hari ketika makcikku kerumah beliau untuk menziarahinya, beliau membiarkan air mengalir dari sebuah paip (betul tak penjodoh bilangan aku?). Makcikku dengan ralat atas pembaziran itu bertanya...

"Kenapa Along biarkan air ni terbuka...?"

Beliau dengan spontan menjawab..."Bumi panas...."

Kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Lihat! Beliau yang kurang sempurna pemikiran juga lebih prihatin. Bagaimana dengan kita?

Oh ya! Pada malam itu aku sememangnya membiarkan semua lampu terpadam kerana aku dan adik-adikku tiada di rumah. Ibubapaku masing-masing ke Terengganu dan Seremban atas urusan kerja. Kami ke Midvalley main bowling. Dan pusat bowling itu sememangnya gelap kerana berkonsepkan "Bersinar Dalam Gelap" (Glow in the dark) Hahahaha...! Jadi secara tidak langsung kami sememangnya menyertai kempen itu. ;)

Kenapa ketupat sotong? Sebab aku tengah menikmatinya, menu baru yang emakku bawa pulang dari terengganu. Hehe...Seorang rakan pejabat beliau membekalkan ibuku dengan menu ini. Ia adalah sotong yang disumbatkan dengan pulut didalamnya, dan berkuahkan santan. Terdapat biji alba dalam kuah tersebut. Rasanya ala-ala nasi dagang. Menarik!

Ni dia..

5 comments:

dLa IS THE NAME said...

hoi.sebatang paip lah.mak semalam potong stim, cakap2 kat tepon pastu mak ckp, cepat2 nanti mak takot terkentut!!

WaniGhani said...

sebatang paip tu kalau batang paip..kalau kepala paip? heheheh...!

hahahah! apa masalahnya? kalau cakap tak boleh kentut ke? isk.. obscene sungguh...

dLa IS THE NAME said...

yela..nanti batal la air semayang diaaa..adeh

WaniGhani said...

oo..kau tak khabar yang dia hendak menunaikan solat... :p

Anonymous said...

bijik halba ye
ni bijik alba...
cam bijik2 itew jek plak

XEN

Post a Comment