Friday, February 27, 2009

Street Fighter

Ha? Salah blog? Eh...betul, blog wani la ni. Tajuk sahaja bahasa lain. Itu sebenarnya tajuk filem yang saya telah tonton hari ini. Niat asal nak tengok Kung Fu Chef, tapi terpaksa dibatalkan kerana di GSC Alamanda tidak ditayangkan. Lalu aku memilih filem yang ditajukkan di atas.

Tidak menjangkakan filem yang menarik, sebab aku sangka ceritanya berkenaan aksi-aksi pergaduhan seperti filem-filem barat yang lain, atau ala-ala gusti.

Jangkaanku meleset...filem ini padat dengan aksi kungfu yang sememangnya aku sangat gemari! ;) Jadi aku tengok dengan begitu khusyuk. Jalan ceritanya juga tidak mengecewakan. Aku berpuas hati dengan filem ini. Pada akhir cerita barulah aku perasan. Tajuknya;

Street Fighter : The Legend of Chun Li

Hehehe...patutla banyak kung fu kan? Malah penggambarannya kebanyakan dibuat di sekitar Bangkok. Ada juga terselit beberapa pengajaran hidup dalam jalan ceritanya. Kalau daripada 10 mata, aku boleh bagi filem ini 8 mata. Jadi kalau anda berpeluang, saksikanlah!

Thursday, February 26, 2009

Tag 2 by Nisa

Jadi, ini adalah tag kedua aku. Leka baca tag yang Nisa tulis, rupa-rupanya nama aku tersenarai sebagai salah seorang yang di'tag' oleh beliau. Berikut adalah kandungannya..

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE? Yup, Nadia Syazwani. She's staff of Selangor Specialist.

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED? Can't remember..

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING? Hurm..most of the time NO..comot!

4. WHAT IS YOUR FAVORITE LUNCH MEAT? Huhu...McD Quarter Pounder, but can't have for a long time. Boicot Israeli's products!!

5. DO YOU HAVE KIDS? Not even married yet

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU? Of course!

7. DO YOU USE SARCASM? Sometimes

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS? Yes! Even I'm having cough right now resulting from my tonsil infection..

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP? Can't tell yet..I am phobia to high places but sometimes I'll do something unexpected too..

10. WHAT IS YOUR FAVORITE CEREAL? Honey Star

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF? No, unless really have to.

12. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM? Chocolate or Vanilla with Raspberry stripes! Argh..feel like having it this lunch time!

13. WHAT IS THE 1ST THING YOU NOTICE ABT PEOPLE? Voice!

14. RED or PINK? Both

15. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABT YOURSELF? Belly

16. WHO DO YOU MISS THE MOST? (Read: WHO not WHAT) My late atok and my sweetheart.

17. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST? I wish i could...

18. WHAT COLOR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING? Gulp...no shoes...I'm in my bedroom..not wearing pants though..

19. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW? my mom's speaking through phone with her friend and sound of the fan..

20. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOR WOULD YOU BE? Dark green as my blog colour

21. FAVOURITE SMELLS? Smell of foods! Hehehe...!

22. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO THE PHONE? My sweetheart

23. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU? yes..! She's my roommate when i was in matrikulasi..really a great time!

24. FAVOURITE SPORTS TO WATCH? Is there any??

25. HAIR COLOR? Black

26. EYE COLOR? Dark brown....

27. DO YOU WEAR CONTACTS? No..worry if i always drop it somewhere.

28. FAVORITE FOOD? Fried rice

29. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS? Happy endings!!

30. LAST MOVIE YOU WATCHED? Geng : Pengembaraan Bermula!

31. WHAT COLOR SHIRT ARE YOU WEARING? Orange

32. SUMMER OR WINTER? Winter..never experience it..but don't want a terrible one..

33. HUGS OR KISSES? Both ;) oh ya! i've been interpreted as a gud hugger as per my name alphabet.


34. FAVOURITE DESERT? Moist chocolate cake,cheese tart, kole kacang

35. MOST LIKELY TO RESPOND? My sisters' i think

36. LEAST LIKELY TO RESPOND? My sweetheart

37. WHAT BOOK ARE YOU READING? Employee Handbook..haha...didn't manage to finish my induction though!

38. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD? Not using it.

39. WHAT DID YOU WATCH LAST NIGHT? Food Jammer

40. FAVOURITE SOUND(S)? Depends on the mood...happy=fast/heavy music like greenday, sad=slow one like anuar zain ;) wink..wink!

41. ROLLING STONES OR BEATLES? The Beatles

42. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME? Perlis. Hehe..

43. DO YOU HAVE SPECIAL TALENTS? Singing! Yeah in my bathroom of course.

44. WHERE WERE YOU BORN? University Hospital


I tag;

1) Dila
2) Along
3) Melayu Minimalis
4) Faiz

Wednesday, February 25, 2009

COKLAT

Sudah beberapa kali saya terbaca artikel tentang coklat. Semuanya menyatakan coklat tidak menggemukkan. Betul? Saya tidak ada bukti, kerana saya tidak dapat membuktikannya. Kenapa saya berkata begitu?

Ya, saya penggemar coklat. Sangat menggemarinya..ketika ini saya baru je selesai menelan cebisan terakhir coklat "daim" yang kedua...dua je pun ada....hikhik! Semasa perjalanan pulang dari kerja petang tadi, saya amat (kalau ikutkan nak tulis amat-amat sebab terlalu menggkehandakinya tetapi salah pulak tatabahasa) menginginkan coklat. Tak kisahlah jenis apa, tapi saya suka bersusu dan berkacang. Paling digemari adalah yang mengandungi badam panggang! Kalau yang ada bertih beras pun sudah mencukupi, apa lagi tentulah jenama Crispy. Ingat lagi masa zaman sekolah rendah dulu. Tak silap saya darjah 2 atau 3 semasa emak saya pergi berkerja diluar kawasan, saya memesan coklat Crispy. Walaupun mak belikan perisa oren, yang mana saya lebih suka tanpa perisa tersebut...ia tetap cukup menggembirakan.

Oh ya, mengapa saya menyatakan tidak dapat membuktikan ye. Sebab utama ialah saya sendiri tergolong dalam kategori berat badan berlebihan, bukan obesiti lagi ye! Jadi saya tidak berjaya membuktikan yang coklat tidak menggemukkan. Walaupun saya gemuk kerana nasi, bukan kerana coklat tetapi ia secara tidak langsung menggagalkan bukti kukuh bagi rencana-rencana yang saya pernah baca.

Ada banyak juga rencana menyatakan bahawa coklat mampu menenangkan jiwa yang sedang resah atau bermasaalah. Lagi sekali pernyataan ini tidak mampu dibuktikan oleh saya. Sudah tentu apabila kita bersama apa/siapa yang kita gemari, ia/dia mampu menenangkan kita bukan? Jadi dalam situasi saya, sudah tentu sebagai penggemar coklat ia mampu menenangkan saya jika saya menikmatinya. Mampukah coklat menenangkan seseorang yang alah kepada coklat sedangkan selepas menikmatinya seluruh tubuhnya ditumbuhi ruam!

Kesimpulannya muda saja. Kita lebih mengenali diri kita, maka kita lebih mengetahui apa yang mampu menggemukkan atau menenangkan jiwa kita..kan?

Tuesday, February 24, 2009

Induksi

Bunyi agak pelik? Mungkin tidak bagi penjawat (mungkin perkataan ini juga asing bagi anda?) jawatan di agensi kerajaan...iyalah mereka lebih terdedah kepada prosa kata Bahasa Malaysia. Kebanyakkan rakyat Malaysia termasuk saya sudah leka dengan bahasa rojak..

lebih kenal INDUCTION daripada INDUKSI..

lebih kenal FAMOUS daripada TERKENAL...

lebih kenal DINNER dari MAKAN MALAM..

lebih kenal LAPTOP daripada KOMPUTER RIBA...

Cuba kalau saya minta anda berikan beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang sangat sinonim dengan dan anda berikan secara tepat apakah terjemahannya dalam Bahasa Melayu;

1. Charger

2. Iron

Oh...maaf tak dapat nak selesaikan entri ini dengan sempurna...ada perkara yang amat penting untuk diselesaikan. Malah kemungkinan terpaksa mengabaikan kursus induksi ku dalam sehari...

Sunday, February 22, 2009

Hari Minggu

Hari minggu aku agak sibuk dengan membantu menyelesaikan tugas-tugas persediaan untuk majlis adik aku tak lama lagi. Ada beberapa perkara yang ingin aku kongsi disini...

Semasa dalam perjalanan ke sebuah gudang yang menjual barang-barang yang aku cari disekitar balakong, aku melepasi sebuah cawangan Bank RHB. Kelihatan beberapa orang warganegara Bangladesh bersidaian disekitar lot tersebut. Terus fikiran aku terlintas dengan berita baru disiarkan di akhbar baru-baru ini. Sebuah rumah teres dua tingkat dijadikan hunian untuk kira-kira 140 orang warganegara Bangladesh. Kepadatan yang melampau memaksa mereka menjadikan anak tangga sebagai tempat untuk melelapkan mata! Kasihan sungguh...Belum dikira nilai diri mereka yang dilelong hanya RM1,000 seorang !! Kejam sungguh manusia zaman sekarang...Masalah pendatang asing memang tidak mudah dibendung. Ia agak sukar dikawal memandangkan perkara ini melibatkan perikemanusiaan. Seperti bangsa Rohingya yang dibuang dari tanah sendiri. Majoriti dari mereka senang menjadikan negara kita sebagai penempatan tetap.

Tidak dinafikan salah satu faktor utama ialah kerana kesudian secara tidak langsung oleh masyarakat kita sendiri...bukan menyalahkan cuma mungkin dari hari ini kita perlu pertimbangkan segera...kalau aku nak huraikan panjang lebar hujahnya...aku dah pedih mata..tanda-tanda lambaian bantal empuk memanggil sangat jelas... ;) Kemudianlah kita berbicara panjang ya...!

Oh sebelum aku memakirkan kepala ke bantal empuk...ini adalah beberapa gambar yang sempat aku rakamkan semasa perjalanan pulang dari Balakong. Aku lalu lebuhraya Cheras -Kajang. Alangkah bahagia kalau aku mampu menjadi seperti mereka...tapi aku tiada lesennya!




Wohoo...nak teman lelaki yang mempunyai motor sekacak motornya boleh? Ngeee...

Friday, February 20, 2009

Surat Layang

Hari ni bos aku bagi pekeliling kat semua perkerja, isinya berkitar peringatan kepada pekerja supaya tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan majikan. Sekarang aku bukan nak tekankan peringatan tersebut tapi salah satu ayat yang terkandung dalam pekeliling tersebut membuat kan aku rasa hidung aku yang tengah tersumbat dek mukus berkuman ini terus bersih dan membenarkan oksigen masuk seluas-luasnya..(mungkin tidak sebesar terowong smart) dan kepala ku yang berat dek kekurangan oksigen terus rasa melayang-layang.....

Bacakan ayat tersebut....




Kalau nak harapkan saya (bos aku ye) dan Cik Wani je (tsk..tsk..!) yang....(ayat seterusnya sulit dan persendirian ya!)



Aku datang kerja hari ni macam tak ada roh dalam badan, separuh sedar akibat menelan 2 biji Copastin, 1 biji Aeriys dan 15ml Sedilix. Kini aku rasa sedikit bersemangat untuk bekerja walaupun waktu kerja hanya tinggal tidak kurang setengah jam. Hehehe...apakah??

Thursday, February 19, 2009

Recola.....!!!!

Ya...itu seruan yang aku rasa nak buat sangat-sangat kalau apa yang diiklankan boleh menjadi kenyataan. Tapi aku pendamkan hasrat kerana aku sedar itu khayalan semata-mata..!

Aku rasa nak keluarkan kejap anak tekak ni, amik berus gigi pastu gosok/garu puas-puas....

Aku rasa nak tanggalkan kejap hidung ni dan bersihkan segala lumut dan mukus yang ber'parasit' dalam rongga yang ada...

Sesungguhnya ia adalah fiksyen semata-mata...

Nak tido!

Tuesday, February 17, 2009

Panggilan Berhantu..

Lebih kurang 11.45 pagi

Sedang leka berbincang dengan HR...

Kring..!! Kringgg..!! (Sampai bergegar2 gagang telefon tu macam dalam kartun tu..isk isk..tipu je..)

"Hello Wani...Rosnani ni"

"Ye Puan?"

"Saya nak mintak tolong sikit ni.."

"Ada apa Puan?"

Mula menerangkan situasi........lalu menyambung "Saya tak nak masukkan impairment tu.."

"Awak ada projection P&L dengan Cash Flow untuk 5 years?"

"Tak ada la Puan"

"Saya nak mintak awak prepare boleh..? Hari ni ye?"

Yang mana maksud sebenar ayat adalah "Awak kena prepare hari jugak!" Tapi dalam nada yang lebih memujuk...

"Isk..hari ni Puan...? Okay...okay...!" Dalam kepala otak aku ni dah macam Jalan Tun Razak pukul 4.00petang!

"Haah..hari ni tau..kalau tak Financial Statement kitorang tak boleh keluar.."

"Okay Puan..." Konon tak ada masalah langsung...! Walhal aku bingung membayangkan aliran tunai yang perlu disediakan..

Tepat jam 2.30 aku siap buat P&L..tengah kelam kabut nak e-mail dekat bos, bos aku dah terpacul depan pintu bilik aku..

"Wani, saya nak keluar jumpa pegawai ABC (Aku tak dapat nak mengecam nama lantaran keserabutan fikiranku) ye..!"

"Eh.. eh...bos..saya baru je nak e-mail bos P&L ni..tengokkan kejap boleh?"

Aku pun 10 kali lebih pantas dari LRT menerangkan kira-kira aku..

"Ok..ok...Ok la ni...boleh proceed..."

Perghhh lega...

Eh macam mana nak buat aliran tunai kalau tak ada imbangan duga ni...?? Aku pun dail no Puan Rosnani...

"Puan Rosnani tengah mesyuarat..." Jawab eksekutif pejabatnya...

Aku buntu....sebab tu aku tulis entri ni...hehehe.... ;)

Sunday, February 15, 2009

14hb - Pink Panther 2 / 15hb - Geng

Ya...dua wayang bagi dua hari berturut-turut. Kos?? RM0 :D

Pada 14hb aku dah buat tempahan untuk 2 tiket jam 3.20ptg melalui laman web TGV. Aku tengok di Aeon Cheras Selatan. Pertama kali jejakkan kaki disana.

Kenapa lokasi ini dipilih?

Sebab baucer aku dapat dari Bonuslink tu adalah untuk TGV dan cawangannya yang terdekat dengan ofis aku dekat Aeon ni la. Sempat la aku Zuhur dan soru dulu sebab Sabtu aku kerja..YA..aku kerja hari Sabtu separuh hari..

Seperti yang aku jangka, filem ni memang lawak la. Cuma aku rasa tak tergeletek seteruk masa aku tengok Pink Panther. Yang pertama tu aku rasa sampai nak tergolek-golek. Terutama masa babak konon-konon detektif closue (apa ejaannya tah) periksa bilik rakaman suara. Sebenarnya dia nak buang angin. Dia pulak dah salam faham, fikirnya studio tu kalis bunyi dengan konsep orang luar tak boleh dengar apa yang dari dalam. Padahal sebaliknya..! Jadi dia dengan yakinnya berlakon seolah-olah tengah tekun cari bahan bukti sambil melepaskan anginnya sekuatnya! Satu studio tu dengar!! Termasuk Beyonce yang seksi gilerr...Aku rasa nak guling-guling kat tangga TGV tu..Bangangnyaaaaaaa...! Muka Steve Martin tu memang tak boleh blah..!

15hb plak aku tengok Geng (upin ipin). Korang memang patut tengok filem ni..sangat berbaloi.Cuma aku tak puas hati sebab duduk barisan kedua dari depan..! Aku kena ambil tayangan yang pertama sebab mak aku nak pergi outstation petangnya. Tayangan pertama pukul 12.00tgh hari. Mula-mula aku dah cuak nampak notis lebih kurang berbunyi begini:

NOTIS: GENG

Tiket bagi filem GENG untuk tayangan 12.00 tengah malam telah habis dijual.

Kalau tengah malam dah habis, yang pagi ni..??

Aku tunggu dalam barisan lebih kurang 15 minit. Sampai di kaunter beberapa minit sebelum pukul 11.00. Oh ya sebelum tu, minah yang beratur depan aku beli 10 tiket ye...ye..SEPULUH. Sampai giliran, aku pun minta...

"Dik, upin ipin pukul 12.00.."

"ok, a..yang tinggal dua baris depan je ye kak..."

Huhuh....mendongak la kami. MBO ni dah la jenis skrin dia memang tinggi. Kalau duduk barisan belakang sekali baru okay. Tapi jauh la pula. Kalau tengah-tengah tu masih nampak tinggi. Tak berapa syok..cuma memandangkan lokasi yang baik aku pilih jugak panggung MBO ni.

Apapun jalan cerita dia memang bagus. Pengisian padat dengan pengajaran dan teladan. Dan babak-babak sedih, suspen dan kelakar memang hidup! Aku bangga dengan hasil kerja anak Malaysia..

Marilah menyokong industri perfileman tanah air!

Friday, February 13, 2009

16 Facts About Me

Aku telah di tag...huhuhu..Ketika aku ditag,aku tengah sibuk menjadi setiausaha mak aku yang tengah tekun menelefon saudara mara. Mencatit segala yang patut..

Hurmm... 16 facts about me..? Let's go through...

1. Aku kidal, ikut abah. Masa aku kecik-kecik dulu aku makan pun pakai tangan kiri, tapi ketekunan mak aku mendidik (isk..isk..terharu) setiap kali aku nak suap tangan kiri mak aku tepuk tangan aku. Aku pun beralih tangan, jadi semasa proses tersebut..kalau aku makan, dua-dua tangan aku kotor..heheh..

2. Aku ni dyselexia ke ek? Dulu aku susah nak kenalpasti kiri atau kanan. Sampai la aku darjah enam, ada satu tahi lalat tumbuh kat tapak tangan kanan aku (masa mula-mula tumbuh besar gila! Lepas tu aku korek pakai jarum peniti dah kecik sikit). Sejak tu baru aku mahir kiri dan kanan.

3. Dulu aku kurus, siap boleh main biola kat perut ni.Langsing wa cakap lu...! Tapi sejak aku masuk sekolah rendah, aku mula berisi. Lepas tu, aku mula jadi "sihat" seperti kini sejak aku masuk asrama. Adakah nasi kawah yang harus dipersalahkan? Berat maksimum semasa di Kolej Matrikulasi Perlis. Makan murah,banyak dan kafe sebelah blok je!!

4. Aku pernah jadi 4 finalis untuk wakil lompat tinggi rumah Jebat (Rumah Hijau ;) ) Tak percaya kan??

5. Semasa tadika, mak aku selalu gosipkan aku dengan salah seorang kakikatangan tadika aku.. ABANG SIMON! Dek kerana abang ni baik, hari-hari aku cerita pasal dia.Tambahan pula kalau dekat pasar malam abang ni meniaga tembikai, aku malu-malu jumpa dia..hahahaha!!


6. Fobia aku adalah tidur tanpa selimut. Kenapa? Sebab masa kecil dulu aku mimpi dekat hujung katil ada banyak sangat tangan-tangan geletek tapak kaki aku, dan aku adalah sangat PENGGELI...! Aku menangis teresak-esak dalam tidur sampai aku terjaga.

7. Aku sangat penggeli. Tolong jangan geletek aku!

8. Zaman tadika dulu aku selalu main game komputer nama Dig Dug. Zaman skrin warna hitam dan hijau je...isk HIJAU? Ada siapa-siapa perah main tak??

9. Masa matrikulasi aku pernah kena denda diri luar kelas sebab tak siap latihan ekonomi. Lepas tu ada budak sapa aku... " Tunggu siapa?" Malu seh...dah besar kena denda macam tu..!

10. Aku suka masak, sangat suka.

11. Pernah mendapat johan semasa pertandingan mewarna,kawan yang ajar aku cara nak main tona warna tu dapat naib...iskk...

12. Pernah diet, berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3bulan. Tidak mengambil nasi dan senaman setiap kali sebelum dan selepas bangun tido. Sekarang...? Hehehehe...

13. Gayat! Pernah naik tingkat 84 kat KLCC aku tak duduk diam. Aku sentiasa berjalan. Naik menara KL pun macam tu. Naik kereta kabel dekat Genting, tapak tangan aku bengkak sebab pegang botol air kuat sangat.

14. Senang sunburn...mudah sangat, terutama kulit muka sebab kulit jenis berminyak.

15. Senang bergaul. Aku pernah pergi Tioman dengan satu kumpulan ni, yang asalnye aku cuma kenal sorang je. Ex-roommate cum senior aku masa UiTM. Tapi masa kat Tioman terus jagi GENG. ;). Cikgu aku pernah cakap kat mak aku, " Dia ni campak kat mana je boleh hidup..." InsyaAllah....

16. Tak pandai berenang. Jadi kalau cikgu tadi campak aku kat laut, alamat tak boeh hidup la...!



K800i

Akibat keretaku dipecah masuk semasa aku bersenam di Bandar Tasik Permaisuri, aku telah kehilangan telefon bimbitku (Nokia 6610i). Memang nilai buku dah tinggal RM10 je kot! hahaha...tapi nilai sentimental tinggi woo.....

Aku pakai dah lebih 4tahun...zaman skang orang tukar telefon bimbit macam tukar baju. Tapi aku???

Telefon tu aku beli hasil titik peluh aku meniaga kuih raya, ditokok dengan duit raya, kemudian sumbangan mak...uhuk..uhuk...sebab tu aku sayang sangat..!

Oleh kerana kehilangan itu aku telah menggantikan telefon ku dengan Sony Ericsson K800i. :) Unit yang telah digunapakai ye.. harga??

:) RM200.00

Ni la rupa dia...

Jarak dekat

Lengkap bersama charger dan handsfree..joystick menghala ke bawah dan kekiri agak bermasalah, housing memang hodoh giler...walaupun semasa menerima panggilan ada bunyi macam ariel televisyen lari sikit (ala yang macam bunyi televisyen tak de siaran tu) namun sangat minima dan suara pemangil cukup jelas...yang lain masih berfungsi dengan SUPERB!

Kesimpulannya aku sangat berpuas hati dengan perbelanjaan ini. Sangat berbaloi...terima kasih Nuar! Oh ya, rakan sepejabat aku janji nak bagi housing dia kat aku ;), sebab dia baru ganti yang baru. Harap-harap dapat la kelihatan lebih bergaya, sebab keypad dia dah tak nampak nombor! Hehe...


Tuesday, February 10, 2009

Rezeki hari ini..saya sangat gembira..!!

Ni aku beli masa balik dari kerja, rancangnya nak beli waktu makan tengah hari tadi. Tapi memandangkan saat-saat akhir terpaksa ke destinasi lain, jadi aku luangkan petang aku ke plaza metro. Hasrat untuk mencari hadiah untuk kawanku yang baru melahirkan seorang puteri...















Ni pula dua baucer untuk tiket wayang ;) ye aku buat tebusan mata untuk Bonuslink. Yeay...!! Nak tengok Pink Panther 2!


HANGIN

Apa itu HANGIN? HANGIN terjadi tatkala badan dipenuhi angin panas yang menyerbu akibat dari rasa kurang senang terhadap sesatu yang terjadi. Apabila panas, maka sebutan menjadi HANGIN (kanak-kanak dibawah 12 tahun,sila mendapatkan bimbingan ibu bapa untuk menggunakan perkataan ini). Contohnya situasi;

Rancangan asal adalah mengadakan mesyuarat di tempat A, oleh kerana keuzuran perkakasan di pejabat tersebut salah seorang staf yang bermurah hati telah menyumbang tenaga untuk membawa peralatan-peralatan untuk jamuan ringan. Beliau turut menyediakan bihun goreng dengan caj yang minima kerana hasrat murni beliau untuk memberikan jamuan yang lazat. Tepat jam 8.27 pagi beliau telah tiba dipejabat dan sebaik sahaja beliau membuka komputer riba, tet..tet..tet..(bukan macam ni pun bunyinya)satu khidmat mesej pesanan ringkas diterima, bunyinya begini; "Salam.Take note that todays meeting has been change to B at 11.30am" (the meeting suppose to be 10.30) eh, tertukar bahasa pulak. Apakah??

Lalu aku (dengan rasa terkilan dengan sesiapa yang menukar rancangan disaat akhir ni) membalas mesej tersebut "Ok. En.A terus pergi ke?". Soalan aku berbaur hasrat untuk menumpang sebab aku tak mahu memandu kesana. Aku terlalu kecewa sebab ahli mesyuarat tidak sudi ke teratak pejabat kami. Isk...isk...isk...Pastinya eksekutif sumber manusa aku kecewa kerana beliau sangat teruja dengan khabar bahawa En.B, Pengarah Urusan kami tidak jadi ke sini. Beliau berkehendak sangat untuk bertemu En.B. Nasib baik beliau tak mengandung..hehehe..

Dah la, melalut..akhirnya staf tersebut menjemput seluruh staf dipejabat menjamu makanan tersebut.

Sekian coretan untuk meluahkan keHANGINan hati...


Saturday, February 7, 2009

Tahniah Sha...

Rasa macam tak sempat nak menikmati Januari 2009. Tiba-tiba dapat SMS dari Mai;

" Sha da brank.Br je.." 10:40:23am

Aku pun cek kalendar, ohh...dah Februari ye..patutla...

Ish...rasa macam baru je beberapa bulan dapat khabar Sha mengandung lagi. Ni dah selamat bersalin. Huhu~~.Macam segar je dalam kepala otak ni saat-saat kegilaan insan bergelas "Sha" yang memandu 90km sejam di selekoh Bandar Tasik Selatan, saat aku menepuk2 dashboard Wajanya yang setahun jagung tu; "Sha..!! Sha...!! Breakkkkk...!! Break...!!"

Antara "gila-gila remaja" dia yang tak kan aku lupakan sampai bila-bila...sekarang dah ada dua anak dah..

Cepat betul masa berlalu...

Apapun tahniah buat Sha dan Suami atas rezeki cahayamata yang kedua. Lengkap sepasang.

P/s: Sha, ingat pesanan doktor, boleh sepuluh lagi! Hahaha...!!

Friday, February 6, 2009

Kegilaan Menjadi-jadi..

Ha...bukan gila otak atau gila talak ye. Ni nak habaq mai kegilaan manusia masa kini terhadap kek cawan (cup cakes) yang dihias comel sesangatnye..!!

Sempena majlis pertunangan orang terdekat dalam hidup saya, saya turut rambang mata memilih dekorasi-dekorasi yang tersedia di pasaran. Antara yang menjadi pilihan kami adalah



Comel tak? huhuhu...aku tak boleh bayang la macam mana mereka ni boleh buat kerja-kerja sekreatif ni. Ni belum masuk yang buat bentuk teddy bear la, basikal la..dah macam barang hiasan pulak rasanya. Nak makan pun jadi sayang kan??

Tapi bagi yang kreatif dan inovatif, ini adalah sumber pendapatan yang lumayan. Berbekalkan modal kewangan yang bagi saya berkemampuan bagi kebanyakan masyarakat kita, sesiapa sahaja boleh mengaut keuntungan. Tetapi (Cikgu Midza marah kalau tau perkataan "tapi" digunakan diawal ayat!) modal yang penting adalah bakat dan minat pada kerja-kerja seni macam ni. Oh ya..! satu lagi, kesabaran. Saya yakin kerja menghias agak renyah (kalau tengok dari mata kasar la...) jadi kalau tak sabar, rasanya boleh jadi kek hiasan dinding! Hehehehe...


Walau apa pun, saya berharap tempahan kami apabila disatukan dengan hasil kerja tangan kami (tak leh tunjuk lagi, pas majlis saya upload ye!) akan membuahkan sesuatu yang mengancam ketenteraman hati dan naluri sesiapa yang memandangnya..!

Jamulah mata anda dengan kek-kek cawan ini ;)

Wednesday, February 4, 2009

Sakit perut

Hari ni aku sakit perut selepas termakan lauk kari ayam yang dah basi....silap aku sendiri jugak..lauk panas2 terus tutup rapat...

Akhirnya aku tidak selesa...menyelesaikan tugas dalam keadaan yang AMAT menyeksakan...

Pernah tak anda merasakan perut memulas ya amat,tetapi tidak mampu menyalurkan apa-apa ke mana-mana (isk..paham ke ayat ni?)...sungguh terseksa!!

Lantas aku mendapatkan air SUPEEEERRRRR POWERRRR (suara garau jin hijau)...!! hahahahah...giler! mana ada...aku beli air teh o halia....

Dengan halia yang menjadi agen asli dan beberapa teknik baringan...aku semakin lega...apa yang terjadi tak perlu aku ceritakan..cukup la anda maklum yang aku telah kembali sihat dalam masa kurang dari 24 jam..Alhamdulillah...

Pedoman untuk anda...belajarlah teknik-teknik baringan tersebut..heheh..

P/s : Untuk kursus teknik baringan tersebut sila daftar di www.teknikbaringan.com.my. Tiada sebarang yuran dikenakan.

Tuesday, February 3, 2009

Kepuasan...

Perlukah kita berkira kerja dengan bayaran yang kita dapat?

Perlukah kita mengelak dari tugasan-tugasan yang bukan dibawah tanggungjawab kita?

Perlukah kita gah memilih kondisi pejabat yang canggih berbanding pejabat yang ala kadar?

Perlukah kita mengambilkira kenaikan gaji yang jika ditolak dengan kos pengangkutan dan sebagainya hanyalah sekadar tak mencecah RM200.00?

Perlukah kita membandingkan waktu keje yang balik tepat pada waktunya atau kerja yang sentiasa perlukan lebih masa (OT) walaupun tak dibayar (eksekutif tidak layak dibayar OT)?

Kalau inilah soalan-soalan yang ditujukan kepada aku buat ketika ini. Dengan yakin aku menjawab TIDAK..! Kerana jika perkerjaan tersebut dapat mendatangkan KEPUASAN (sangat subjektif berdasarkan personaliti seseorang), kebahagiaan dan keamanan pada hari-hari bekerja tanpa tekanan-tekanan yang tidak sepatutnya,diulangi TIDAK SEPATUTNYA. Lumrah pekerjaan sememangnya ada tekanan, tetapi tidak dengan kewujudan tekanan yang tidak relevan sehingga boleh membawa kepada keruduman moral dan motivasi pekerja.

Inilah yang menjadi salah satu panduan aku sekarang dalam memandu pasukanku kepada kejayaan bersama, diulangi kejayaan BERSAMA!

P/s: Relevankah rencana ini kepada anda? Takpela...sekali lagi ia berbalik kepada kepuasan...hehehe..

CARE FOR LIFE

Monday, February 2, 2009

Z.A.I.D.A.H

Saat bahagia Zaidah Noor Binti Ahmad. Rakan sebilikku tatkala muda-mudi di Kolej matrikulasi. Banyak sungguh memori-memori yang pelbagai rasa.Dalam masa setahun yang singkat, ikatan yang termeterai sangat erat antara kami berlapan. Kalau la mesin "back to the past" wujud, nak sangat pergi masa tu.Umm...tapi dalam keadaan fizikal sekarang boleh?? Dulu aku gelap dan gemuk gilerr..isk..macam la skang putih dan kurus sangat..hikhik!

Kenapa ye walaupun setahun je, tapi kami sangat rapat? Emm...mungkin...;

1. Lahir pada bulan sama. Masa matrik dulu, penempatan adalah mengikut no. kad pengenalan. Jadi kami semua tergolong dalam zodiak yang sama, maka perwatakan pun tak jauh beza la kan? Bila sama, kegilaan menjadi-jadi! Cuma sorang je bulan lain, dia adik bongsu la kiranya. Tapi dek kerana 7 lawan 1. Maka yang satu itu menyerupai 7 akhirnya...tak faham? takpe....yang penting Ina faham...hikhik!

2. Berjauhan dari keluarga, banyak sangat masa diluangkan bersama. Ye la, bila jauh jarang balik kan. Jadi, hujung minggu mereka la keluarga kita. Bila banyak masa bersama, maka kegilaan makin menjadi-jadi!

Aku rasa hidup masa tu sangat adventure. Antaranya yang tak dapat aku lupakan;

Sebaik menyedari sejumlah wang biasiswa telah kami terima... ZASSS...! Kami menyewa sebuah kancil dan sebuah iswara. Surau UiTM Arau kami tumpang untuk ke persalinan yang kedua (heheh...xmo kua pakai uniform PINK...orang ingat puteri UMNO seh..aku budak baru belajar laaa..).Pastu ZASSS kami ke Padang Besar. Ina drive...Ingat tak ina?.Dah agak-agak puas jamu mata, dan membeli sedikit buah tangan....Eh, aku ingat. Masa tu aku belikan Shikin (teman baikku tatkala keanakan di KUSESS) baju tidur untuk harijadinya...lalu aku pos lajukan hadiah ke kolej beliau. Shikin, ade lagi ke baju tu?? Hehehehe...

Selesai di Padang Besar...ZASSSS...kami ke Alor star, kali ni stereng bertukar ke tangan yang juga setahun jagung, tapi yakin hebat..hahaha! Ina kata "takutla nak bawa keta kat bandar". Padahal tu kali pertama aku bawak keta manual lepas dapat lesen! Sebaik tiba, kami pun membeli-belah, dan meluangkan masa di pusat bowling seketika.Setelah agak-agak bonet dah hampir penuh, kami pun pulang.

Semasa aku cuba sebaik mungkin menjadi pemandu berhemah, aku menerima beberapa kerdipan lampu dari kereta-kereta yang cuba memotong kereta sewa kami. Sebaik mereka mengiringi keretaku semasa memotong, pandangan penuh bermakna dapat aku lihat dari air muka mereka. Maklumla, baru belajar memandu kereta manual. Tambah pula dari tadi aku rasa kereta ni tak berapa pick up la..ceh..macam la mahir sangat nak komen-komen.

"Apasal diorang ni? Aku ni pakai baju terbalik ke? Macam la diorang leh nampak..."

"Napa wani?"

"Ntah, tadi ada keta bagi lampu kat aku..ni ada lagi satu, apasal ntah..!"

Aku dah mula rasa lenguh menekan pedal minyak..fikirku,aku belum biasa memandu jauh..lantas sebaik tiba ditali air, kira-kira lagi 30 minit nak sampai kolej aku berhentikan kereta di bahu jalan.

"Ina, kau bawak la...aku dah penat..." Tiba-tiba....semasa aku nak tarik handbreak..

"Eh..?? laaaa....!!! aku tak turunkan handbreak la...!!! Patut la aku penat tekan minyak..!"

Sebaik aku jejak kaki keluar, bau seakan getah yang dipanggang menerjah hidung! Huh...nasib la kereta sewa, apa ada pada tayar? iskk...Lantas baru aku faham apakah hajat tuan empunya kereta yang memberika kerdipan manja...untuk memaklumkan yang aku tak turunkan handbreak!

Selepas puas tertawa dengan kejadian yang baru menimpa, satu soalan menerjah kepala kami..

"Eh,macam mana kita nak bawak barang-barang ni..??"

"Aku tak nak la jalan kaki, penat la..barang dah la berat..bukan dekat nak menapak!"

"Tapi mana boleh bawak keta masuk kan?"

"Memang la, lagi-lagi kalau kolej tau kita menyewa keta..kantoi je.."

"Um..okey, macam ni..."

Kami pun berhenti di sebuah stesen minyak, dalam masa 10minit Nani muncul semula dari tandas dengan berpakaian pink. Kami bergerak pantas ke kolej, mengejar waktu sebelum jam 6.00 petang. Sebaik tiba di pondok pengawal, Nani keluar dengan wajah "aku takde wat salah pape..takde-takde..." lantas menegur pakcik pengawal...

"Pakcik saya nak ambilkan buku Outing"

"Anak blok mana?"

"Blok A3"

Pakcik menyerahkan beberapa ikatan buku Outing yang berlabel A3..Dengan cekap Nani mengecam buku ahli A3208 (kecuali buku Pah....kenapa sorang diabaikan? tunggu...) dan menyusupkan kedalam beg sandangnya meninggalkan hanya buku beliau ditangan.

"Terima kasih pakcik!"

ZASSS kami pantas ke blok kami dan memunggah barang-barang yang sebonet..sebaik selesai, Pah berbekalkan sepasang uniform pink berlalu keluar kolej seolah-olah pelawat yang baru usai dari menghantar sepupu/kawan dsb ke kolej.

Hampir jam 7.30 barulah kami lega melihat kelibat Pah tiba ke A3208 berpakaian seragam pink yang dibawa tadi.. ;) sekarang anda tahu kenapa buku beliau diabaikan ?

Seolah-olah bertih jagung, mulut Pah riuh menceritakan detik-detik beliau mendapat belas dari seorang pensyarah.

"Ko tau, aku sebenarnya da penat gila nak jalan balik. Tiba-tiba ade kereta berhenti tepi aku, rupa-rupanya pensyarah aku! Dia tanya napa aku lambat balik?"

Aku pun tak ingat apa dia goreng kat pensyarah tu, Pah memang kaki goreng.hehehe..kan Pah?? Terus pensyarah tu tumpangkan dia sampai depan kolej!

Sambil aku leka dengar cerita Pah, aku nak cuba stokin baru aku...masa tu aku suka beli kat Soxworld. Sebaik aku selak kain ,aku nampak ade lelehan darah...

"Isk...ada pacat la...! tolongg wei..tolong...!" Sambil aku acukan kaki aku pada rakan-rakan lain..

Sekali lagi aku tak ingat siapa yang tolong nyahkan pacat tu. Ni mesti lekat masa aku turun kat tepi tali air tadi...patut la ko kenyang...dah lama..isk..isk..

Hurm..salah satu pengembaraan kami yang tak kan kami lupakan...dan antara topik yang dikongsi sewaktu pertemuan di majlis Zaidah.

Oh ya...berbalik pada niat asal...


Dari kiri: Nani,Wani,Zaidah(Duduk),Wani Kung,Liza

Tahniah Zaidah, semoga jodoh kekal ke akhir hayat. Semoga tabah dan tenang melalui alam berumahtangga. Aku minta maaf tak dapat menyumbang tenaga untuk hari bahagia kau. Cuma dapat teman masa akad nikah je, terkilan tapi tak mampu berbuat apa-apa memandangkan tuntutan kerja membantutkan hasrat aku bercuti.

4 dah menamatkan zaman bujang...4 lagi? Tunggu....next will be in Kuantan InsyaAllah...kan Pah?

Sunday, February 1, 2009

GSC Vs JVC

Sedapnye plak fish and chip ni..rezeki btol aku tergerak hati nak gi ampang point hari ni...dapat join mak belanja kengkawannye...

kring..kring...

Isk...kacau le...tengah nak suap fries ni..kang sos menyerap hilang kerangupannye...eh..adik aku le..ni mesti pasal kain dia lagi ni...

Salam...ko kat ne?

Wslm...kat jln ampang...ngan mak..napa?

Aku nak citer ni...! (sambil tahan2 gelak)

AAaa....??

Kan kawan aku yang bisnes komputer tu nama EPUL ngan FARID...(tahan2 gelak)..smlm Gadafi (bukan nama sebenar) ckp ngan aku...(thn2 gelak)

Iskkk..!! cpt la...

Gadafi cakap ngan aku.."dah lama kita tak jumpa EPUL ngan APEK kan??"

Kah..!! Kah...!! kah,...!!... Terhambur gelak gagah aku depan kawan-kawan mak aku...sib baik anak teruna Pakcik Saddam (nama samaran juga..bahaya seh..) masih bersekolah..iskk..

Pastu ade lagi satu.................aku tanya Gadafi...nak tengok wayang kat mana?...Gadafi jawab.."Kat JVC...!"

KAh...kAH....kaH...KaH....!!!!!! makin terserlah kegagahan suara aku....

Ok la....(tergelak2 lagi) bye...

Aku sambung gelak...on the way blik aku lalu depan Plaza Ampang...kat situ mmg ade kedai aksesori kereta Brother's...so salah satu papan-papan tanda yang ade adalah... JVC !

Hahahahahhaha.....!!!!