Showing posts with label Pandangan. Show all posts
Showing posts with label Pandangan. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Laki orang Part 1

Hmmm sebenarnya tak suka sangat cerita kisah silam. Namun bila aku terbaca post Peeja...terdetik untuk aku kongsi perkara ni.. dengan satu niat..supaya boleh jadi panduan atau sekurang-kurangnya buat kaum sejantina ku yang terlibat berfikir sejenak...moga boleh menjurus kepada keputusan yang positif.

Dah banyak...banyak sangat kes rampas suami orang, tunang orang, boyfren orang...semua ni sama je...rampas pasangan orang...tak kisah la siapa mula, siapa salah...yang penting pengakhirannya bagaimana...setuju?

Apa yang jadi kat aku macam ni...aku berkenalan ngan sorang mamat ni...lepas beberapa kali ngedate tu masing-masing berkenan lah...pada tahap nak berkenalan dgn lebih maju semaju perut dia tu...aku ada rasa tak sedap hati...tapi masa tu tak tau apa...tambah pulak ada few times bila nak keluar je ada je halangan. Macam skali tu dia cakap tayar dia pancit...tu yg dia lambat...dah la pancit...hujan lagi, lepas tu lama tunggu bantuan...aku yang menunggu di sudut sini pon dah kering...haishh...ada skali tu...masa jumpa aku...bila nak balik helmet kena curi...walhal helmet buruk gila...huhu...ada lagi la beberapa kejadian...sampai aku pnah tanya dia...payah sangat nak jumpa aku...hubungan kita ni tak berkat kot?? heh..boleh pikir gitu...dating pon dah salah kan?? =_=


Ada skali tu dia nak balik kampung..aku tak tau napa laju je mulut aku, "Nak balik kampung ke nak jumpa anak bini?" boleh aku tanya macam tu??

Taaapiii bila aku call dia tak jawab...pastu dia kata kol lepas kol 8 kan aku macam....apehal??

Then the relationship went as usual for few weeks...tiba-tiba kan...mamat ni menyepi sesepinye mcm dah mati...sms xreply..aku kol 10 kali tak angkat...weiii kalau nak clash gtau je la...takde la aku risau benda-benda lain...kot ko sakit tapi aku tak tau tak ke ralat?? konon la masa tu...lepas seminggu dia ada sms aku cakap nak jumpa...nak bincang skit...

Masa jumpa tu kitorang gi KFC dulu...masa makan aku tanya la..apa yang dia nak cakap...dia suruh makan dulu...huh...macam la aku hadap sangat nak makan...lepas tu dalam kereta dia cakap ada benda nak bagi tahu...tapi tak cakap-cakap...payah benar...aku terus je cakap..

Aku: Nak bagi tau awak ada bini ngan anak kan?
Dia: *Ala-ala terperanjat* Mana awok tau?
Aku: *Senyum* Tu tak penting...kalau betul itu yang awak nak cakap saya dah dapat tahu cuma nak kepastian dan pengakuan dari awak je.
Dia: Awak tak marah ke? Boleh kita kawan macam biasa?

Kepala otakkkk kaaauuu tak marahh??? Kawan macam biasaa..?? No wayyyyyyyyyy....

Aku: *Senyum sinis* Takpe lah saya tak nak awak contact saya lagi..saya tak nak kita berhubung lagi.

Dia dah sedu sedan nangis...wehh ko apa hal?? sapa yang kena tipu ni?? sapa yang patut kecewa..?? Aku masa tu lebih pada sakit hati daripada keciwa..so air mata takdak..

Dia: *Saya nak kawan macam biasa...kita kawan macam biasa boleh ? *sedu-sedu*
Aku: Awak dah ada anak kan?
Dia: *Angguk*
Aku: Umur?
Dia: X (aku lupa) bulan...
Aku: *Mendengus* jaga la anak bini awak tu dulu...anak pun kecik lagi...
Dia: Saya pun tengah ada masalah dengan bini saya...sebab tu saya nak mintak kawan dengan awak...kami dah tak tinggal sama

Hapaaa...???? Owww suka-suki kau je kannn? Kau ingat sana masalah ko boleh cari lain dan lari dari masalah?? Na'uzubillah..apa ke la pendeknye akal kamu sampai pikir macam tu?? Memang la kau tak duduk sama...ko keje KL...anak bini kat Kelantan...!

Aku: Masalah awak dengan bini awak tu selesaikanlah dulu...jangan la tambah masalah awak lagi...saya tak boleh terus kawan dengan awak. Tak akan.
Dia: Tolong lah awak...saya merayu...

Okay aku tak tambah ayat ye..mmg dia ckp mcm tu..aku bukan super diva sampai laki nak merayu..tapi aku tak tau la napa mamat ni macam ni...dia ingat sebab aku lady yg biasa2 senang nak cair kott??senang nak rebah??? SORRY!!

Aku: Dah la awak...pergi la balik...saya nak balik.
Dia: Tolong la awak..kita kawan ye...tolong la..
Aku: Balik la..balik...*Dah keraskan suara*
Dia: *Makin laju sedu sedan* Tolong la...
Aku: Balik la...balik... *Marah dah*

Dia pun keluar kereta pastu tengok je keta aku pergi. Aku banjir sepanjang perjalanan balik...sedih la weh...dah mula sayang...tetibaaa...? Laki orang...dah ada anak lagi...! Aku tak sanggup...terfikir perasaan bini dia bila tau laki dia duk keluar ngan perempuan lain...lagi laju air mata aku mengalir...aku tak sanggup...sebab tu aku tak nak teruskan...

Okay citer ni tak habis sini...ada lagi drama-drama dia...nanti aku sambung la..dah panjang benor...

Wednesday, July 13, 2011

BERSIH kan lah hati.....BERSIH kan lah minda... :)

Macam-macam ragam kita dapat lihat apabila melibatkan isu BERSIH kan? Aku tak nak komen kat sini siapa salah, siapa betul....kita ada otak...jadi buat penilaian masing-masing...setiap kejadian Allah ada kelemahan masing-masing...jangan jadikan itu senjata untuk menjatuhkan mereka, jadikan peringatan untuk diri kita.

Yang aku nak tekan kan kat sini adalah yang penting setiap manusia ada pandangan masing-masing..setiap umat ada hak untuk bersuara mengikut saluran yang betul. Saluran yang betul itu juga luas maksudnya....maka jika seseorang tu melontarkan pendapat peribadi beliau, tak perlulah kita nak melenting. Lebih-lebih lagi kalau dia tak ada memaksa kita untuk menyetujui pendapat beliau atau memaksa kita menyokong beliau.

Yang dah terjadi kita ambil jadikan pengajaran.Yang boleh diperbaiki kita cuba baiki sebaik mungkin. Tak perlu menuding jari. Tak perlu bergaduh sesama sendiri, bertikam lidah atas kejadian yang berlaku diluar kawalan kita.



Extra Gravy: Yang penting....SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA

Wednesday, July 29, 2009

Dalam Kenangan

Aku tak ada nak tulis apa-apa sangat..tidak berada dalam 'mood' menulis...

Hmm..selain dari isu-isu politik yang tak henti-henti (tak ambil peduli sangat sebenarnya..ya aku sangat gagal menjiwai politik..huhu..teruk!), isu ragut yang semakin galak, isu wabak H1N1..aku sebenarnya lebih terganggu dengan pemergian Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Ya..aku sedih dengan kehilangan ikon filem yang galak mengulit isu perkauman dan agama. Beliau berfikiran jauh dan luas dan sememangnya aku kagum dengan kemampuan beliau menghasilkan filem-filem yang berkualiti tinggi. Aku sangat minat dan mengagumi bakat beliau...sangat. Dan sebenarnya (Eh, macam lagu Yuna..!) aku menantikan iklan beliau untuk musim perayaan...tak kesampaian..

Ya aku sedih dengan pemergian arwah, tetapi yang lebih menyedihkan adalah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap arwah...betul ke salah ke perkara yang lepas tu sudahlah. Berdosa besar kamu membuka keaiban orang jika ia perkara benar...lebih besar lagi dosa jika ia tidak benar kerana ia telah menjadi fitnah.

Tak takutkah menjatuhkan tuduhan "pencemar Islam" ????
Berani mengungut keluarga arwah "terimalah balasan Allah!" ???

Kamu siapa nak menjatuhkan hukum?? Jika benar menghayati Islam, kamu doakanlah arwah diampunkan dosa..bukan menuduh atau menggembar-gemburkan perlakuan arwah semasa hayat. Hentikanlah......aku merayu hentikanlah...

Al fatihah buat arwah...

P/S: sebelum menulis entri ini sebenarnya aku sedang membaca blog arwah...sememangnya aku mengikuti blog beliau, The Storyteller dan The Storyteller Part 2.

Wednesday, April 1, 2009

Pelayan/Penjaga Kaunter

Aku ingin berkongsi pengalaman aku berdepan dengan masalah jatidiri orang Melayu. Aku bukan nak mengutuk bangsa sendiri tetapi rata-rata yang berlaku (98% sepertimana pemerhatian aku-samada berlaku pada aku atau melalui cerita orang lain) adalah dikalangan bangsa sendiri.

1. Lokasi : Pusat Bowling, Plaza Alam Sentral.

Selesai aku membuat bayaran, aku ke bahagian kanan kaunter untuk mendapatkan kasut sewa (bukan kereta atau rumah sahaja yang boleh disewa ya..). Makcik yang memakai kot bertanya kepadaku..

"Saiz...?"

"7.." Ya, kalau aku kahwin esok rasanya kena buat alas dulang saiz XXL untuk hantaran kasut .

"7? 6 ke 7?" Eh, makcik ni..aku cakap 7 tak mahu percaya pulak. Baik hulur je kasut saiz 6 macam ni. Aku dah selalu datang sini la...

"7..saya biasa pakai..."

Makcik itu dengan muka yang kurang menyenangkan memberi aku saiz 6..."Cuba dulu...!"

APAKAH???

Haish...! Aku pun cuba (walaupun tahu akan gagal!) masukkan kaki aku, lantas dengan muka yang bengang meletakkan semula kasut itu..

"Tak muat..." Suara agak bergetar menahan kebengangan.

Barulah memberikan kasut saiz 7 tanpa rasa bersalah, buat muka menyampah lagi adalah. Eh, salahkah kaki aku saiz 7?? Lagipun rugikah kau bagi aku kasut saiz 7? Kalau kaki aku saiz 6 pun, aku nak pakai saiz yang lebih besar sedikit..ada masalahkah?

2. Lokasi : Kedai Gambar Fotozoom, Taman Putra, Ampang.

Aku sedang berdiri dikaunter menunggu giliran untuk dilayani. Minah (Gadis tak sesuai untuk orang yang kurang sopan seperti beliau) berskirt sangat pendek itu sedang sibuk melayani pelanggan lain. Dalam masa yang sama, seorang pakcik bertanyakan kepada minah itu..

"Adik@Anak(aku tak pasti) ambil gambar pasport berapa ringgit?"

"15!" tanpa memandang langsung ke arah pakcik itu...(dimaafkan..eh apa kes aku nak maafkan tiba-tiba?)

"Berapa dik@nak?"

"15..!!" dengan nada yang meninggi dan masih tidak memandang pakcik itu...

Eh, kau sedar tak pakcik itu pelanggan kau? Atau sekurang-kurangnya kau hormat dia sebagai orang yang lebih tua..! Pada umur itu sudah tentu pakcik itu mengalami masalah pendengaran...kau pula tak memandang kepada dia semasa menjawab...ceh..!! Kau ingat kau make up macam tepung gomak dan pakai skirt pendek yang kalau tunduk sikit nampak dalaman tu kau sangat tinggi martabat?? Heh..menjatuhkan lagi ada..!

Aku terus berlalu dari kedai itu tanpa meneruskan hajat aku. Cari kedai lain!

3. Lokasi : Pusat Bowling, Midvalley.

Selesai membayar, minah (Sekali lagi gadis tidak sesuai!) itu memberitahu nombor lane kami. Aku kurang dengar kerana kebisingan, aku bertanya kembali...

"73 atau 33?"

"33..!!"

"33 ye?" Aku meminta kepastian. Nak baca resit pun bukan boleh nampak, gelap!

"33..!!!" Muka dia kelihatan sedikit bengang..heh kalau susah-susah nak jerit lain kali jangan pasang lagu sekuat alam.

Aku berlalu untuk mengambil kasut pula, tetapi minah tu memanggil aku supaya mendapatkan resit dulu. Oh, aku terlupa...sebaik aku hendak berpusing semula ke kaunter kasut, aku terlihat minah itu menggeleng-gelengkan kepala sambil mencebik. Ya, seolah-olah aku ni perak gila la...tak hormat langsung pada pelanggan. Mungkin dia fikir aku tak lihat, tapi adik-adik aku masih dibelakangku. Maknanya masih didepan minah itu. Kalau nak kutuk pelanggan pun belakang la..jangan depan pelanggan!

................................

Banyak lagi kes-kes lain aku pernah jumpa, tetapi ini contoh-contoh yang aku masih ingat. Seperti yang aku nyatakan diperenggan pertama, melayulah yang selalunya terlibat.

Adakah kerana kau bukan pemilik perniagaan itu?

Oh...! Kau makan gaji sahaja ya..?! Apa kau peduli tentang jualan atau pelanggan ya? Eh, kalau pelanggan menyampah, jualan kurang, perniagaan tutup..Kau ingat gaji tetap jalan ke? Konsep ini yang kau tak faham dan tak pernah nak faham. Cuba kau pergi kedai-kedai cina, mulut sikit punya manis. Walaupun kadang-kadang ada unsur berlebih-lebih atau lakonan semata-mata atau hipokrit sebab nak duit kita, tetapi mereka memegang prinsip yag betul iaitu pelanggan adalah rezeki mereka, jadi ditatang sebaik-baiknya.

Aku selalu terkilan..bagaimanakah Melayu mahu maju kalau mentaliti masih ditahap lapuk? Aku tidak kata semua, tetapi golongan sebegini masih banyak. Aku gusar sikap ini akan memakan bangsa sendiri.....fikirkanlah wahai minah-minah atau mamat-mamat sekalian!

Sunday, March 29, 2009

Yasmin Ahmad - Dua Ibu Jari Untuknya!

Ini merupakan filem Yasmin Ahmad yang ke-3 aku tonton di pawagam. Sememangnya hasil karya beliau tidak pernah menghampakan. Dan hari ini filem beliau telah mampu membuai perasaan aku, membuatkan aku 'banjir'. Sehinggakan sudah keluar dari pawagam, aku masih rasa tak puas melepaskan kesedihan dek pukulan jalan cerita dan gaya persembahan yang begitu menyentuh perasaan.

Aku amat mengagumi bakat pelakon yang membawa watak Hafiz itu, tampak begitu neutral. Begitu juga watak Mahesh dan ibunya. Lakonan tiga watak ini amat memberi kesan dihati aku. Jacklyn juga tidak kurang hebatnya, beliau tidak nampak kekok dan berjaya menghayati watak dengan baik.

Isu-isu yang diutarakan dalam jalan cerita ini adalah isu yang berlaku dikalangan masyarakat kebanyakan...
....kisah dugaan anak menjaga seorang ibu yang sakit,sedang beliau sendiri bergelut dengan tanggungjawab untuk menuntut ilmu
....kisah tentangan perhubungan antara lelaki dan perempuan atas dasar agama dan kaum
....kisah rakan seperjuangan yang cemburu dengan kejayaan kita

Semua isu-isu yang biasa, tetapi cara penyampaian beliau yang unik membuatkan watak itu terlalu dekat dihati kita. Maka ia lebih terkesan. Contoh, beliau tidak perlukan penggambaran di sekolah yang canggih untuk menjadikan jalan cerita itu gah, mungkin hanya 5% daripada masyarakat Malaysia yang bersekolah dibangunan seperti itu.Disebaliknya beliau telah memilih sebuah sekolah bangunan lama sebagai lokasi. Dinding batu koridor yang telah tertanggal cat, dewan sekolah yang terhasil daripada pemisah setiap kelas yang dibuka (fahamkah apa yang aku cuba gambarkan?), dan Kebanyakan kita dan anak-anak kecil sekarang masih menggunakan bangunan seperti itu, maka dengan cara ini kita akan berasa lebih dekat dengan cerita itu...

Bagi saya, filem beginilah yang mampu menaikkan martabat filem Malaysia. Saya tidak sabar menunggu filem Yasmin seterusnya !!

Wednesday, March 25, 2009

TERIMA KASIH

Sementelah menunggu jam 6.45, menunggu waktu kepulangan si tembun. Aku mahu mengambil kesempatan atas keterluangan ini untuk mendedikasikan terima kasih kepada saudara-maraku yang banyak menyumbang tenaga,masa dan modal dalam bentuk material dalam menjayakan majlis pertunangan adikku (Sila klik sini dan sini untuk mengetahui serba sedikit tentang majlis. Aku malas bercerita lagi).

1. Auntie Jamal dan Kak Ina - Jaga hidangan di khemah
2. Mak Long - Bekalkan tapai (Sedap lah!)
3. Auntie Is - Bekalkan ulam Raja, kuih cucur badak,kuih karipap
4. Auntie Jah - Dua biji kek (1 untuk hantaran dan 1 untuk dilahap). Ya, beliau bawa dari JB menaiki bas dan satu tiket kanak-kanak telah dibeli khas untuk menempatkan kek-kek tersebut. Karipap sardin buatan beliau.


5. Uncle Rosli - Jurucakap pihak perempuan
6. Uncle Zul - Menyusun aturcara dan mengawal hidangan
7. Auntie-auntie yang lain - Menguruskan hidangan di dapur, mem"bontrot"(aku rasa kalau kau google pun tak dapat maksudnya!) untuk saudara-mara.
8. Zana & Ami - Merakamkan video dan gambar.
9. Faiz & Faiq - membantu pihak katering menyediakan hidangan.
10. Nurul - Membantu aunti-auntie di dapur.

Buat saudara-mara yang lain, terima kasih atas bantuan-bantuan yang dihulurkan atau sekurang-kurangnya hadir memeriahkan majlis. Majlis ini begitu hidup atas kesepaduan kalian, terima kasih. Begitu muafakat...bak kata pakcik aku selaku jurucakap pihak perempuan;

"Kalau ikutkan adik-beradik saya 12 orang, semua nak menyumbang (hantaran)....."

Aku bersyukur semua berjalan lancar, dari segi masa, makanan, aturcara...serba-serbi lancar. Alhamdulillah. Semoga kalian dilimpahi keberkatanNya.

Untuk menjamu mata sila klik di sini.

Tuesday, March 17, 2009

Tekanan Mental

Tatkala ini aku rasakan ingin menjerit sekuat hati untuk melepaskan kebukuan hati. Namun begitu, akal yang terhad dan iman yang sangat tipis ini masih mampu mengawal aku supaya bertindak waras. Jadi aku menulis...

Sukarkah menerima pendapat?

Sukarkah mendengar penjelasan sehingga habis?

Sukarkah menolak pendapat secara diplomatik, atau sekurang-kurangnya tidak marah?

Sukarkah sekali-sekala menepis egomu yang setinggi langit?

Sukarkah..??


Muhasabah buat diriku juga...

Wednesday, February 25, 2009

COKLAT

Sudah beberapa kali saya terbaca artikel tentang coklat. Semuanya menyatakan coklat tidak menggemukkan. Betul? Saya tidak ada bukti, kerana saya tidak dapat membuktikannya. Kenapa saya berkata begitu?

Ya, saya penggemar coklat. Sangat menggemarinya..ketika ini saya baru je selesai menelan cebisan terakhir coklat "daim" yang kedua...dua je pun ada....hikhik! Semasa perjalanan pulang dari kerja petang tadi, saya amat (kalau ikutkan nak tulis amat-amat sebab terlalu menggkehandakinya tetapi salah pulak tatabahasa) menginginkan coklat. Tak kisahlah jenis apa, tapi saya suka bersusu dan berkacang. Paling digemari adalah yang mengandungi badam panggang! Kalau yang ada bertih beras pun sudah mencukupi, apa lagi tentulah jenama Crispy. Ingat lagi masa zaman sekolah rendah dulu. Tak silap saya darjah 2 atau 3 semasa emak saya pergi berkerja diluar kawasan, saya memesan coklat Crispy. Walaupun mak belikan perisa oren, yang mana saya lebih suka tanpa perisa tersebut...ia tetap cukup menggembirakan.

Oh ya, mengapa saya menyatakan tidak dapat membuktikan ye. Sebab utama ialah saya sendiri tergolong dalam kategori berat badan berlebihan, bukan obesiti lagi ye! Jadi saya tidak berjaya membuktikan yang coklat tidak menggemukkan. Walaupun saya gemuk kerana nasi, bukan kerana coklat tetapi ia secara tidak langsung menggagalkan bukti kukuh bagi rencana-rencana yang saya pernah baca.

Ada banyak juga rencana menyatakan bahawa coklat mampu menenangkan jiwa yang sedang resah atau bermasaalah. Lagi sekali pernyataan ini tidak mampu dibuktikan oleh saya. Sudah tentu apabila kita bersama apa/siapa yang kita gemari, ia/dia mampu menenangkan kita bukan? Jadi dalam situasi saya, sudah tentu sebagai penggemar coklat ia mampu menenangkan saya jika saya menikmatinya. Mampukah coklat menenangkan seseorang yang alah kepada coklat sedangkan selepas menikmatinya seluruh tubuhnya ditumbuhi ruam!

Kesimpulannya muda saja. Kita lebih mengenali diri kita, maka kita lebih mengetahui apa yang mampu menggemukkan atau menenangkan jiwa kita..kan?

Tuesday, February 24, 2009

Induksi

Bunyi agak pelik? Mungkin tidak bagi penjawat (mungkin perkataan ini juga asing bagi anda?) jawatan di agensi kerajaan...iyalah mereka lebih terdedah kepada prosa kata Bahasa Malaysia. Kebanyakkan rakyat Malaysia termasuk saya sudah leka dengan bahasa rojak..

lebih kenal INDUCTION daripada INDUKSI..

lebih kenal FAMOUS daripada TERKENAL...

lebih kenal DINNER dari MAKAN MALAM..

lebih kenal LAPTOP daripada KOMPUTER RIBA...

Cuba kalau saya minta anda berikan beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang sangat sinonim dengan dan anda berikan secara tepat apakah terjemahannya dalam Bahasa Melayu;

1. Charger

2. Iron

Oh...maaf tak dapat nak selesaikan entri ini dengan sempurna...ada perkara yang amat penting untuk diselesaikan. Malah kemungkinan terpaksa mengabaikan kursus induksi ku dalam sehari...

Sunday, February 22, 2009

Hari Minggu

Hari minggu aku agak sibuk dengan membantu menyelesaikan tugas-tugas persediaan untuk majlis adik aku tak lama lagi. Ada beberapa perkara yang ingin aku kongsi disini...

Semasa dalam perjalanan ke sebuah gudang yang menjual barang-barang yang aku cari disekitar balakong, aku melepasi sebuah cawangan Bank RHB. Kelihatan beberapa orang warganegara Bangladesh bersidaian disekitar lot tersebut. Terus fikiran aku terlintas dengan berita baru disiarkan di akhbar baru-baru ini. Sebuah rumah teres dua tingkat dijadikan hunian untuk kira-kira 140 orang warganegara Bangladesh. Kepadatan yang melampau memaksa mereka menjadikan anak tangga sebagai tempat untuk melelapkan mata! Kasihan sungguh...Belum dikira nilai diri mereka yang dilelong hanya RM1,000 seorang !! Kejam sungguh manusia zaman sekarang...Masalah pendatang asing memang tidak mudah dibendung. Ia agak sukar dikawal memandangkan perkara ini melibatkan perikemanusiaan. Seperti bangsa Rohingya yang dibuang dari tanah sendiri. Majoriti dari mereka senang menjadikan negara kita sebagai penempatan tetap.

Tidak dinafikan salah satu faktor utama ialah kerana kesudian secara tidak langsung oleh masyarakat kita sendiri...bukan menyalahkan cuma mungkin dari hari ini kita perlu pertimbangkan segera...kalau aku nak huraikan panjang lebar hujahnya...aku dah pedih mata..tanda-tanda lambaian bantal empuk memanggil sangat jelas... ;) Kemudianlah kita berbicara panjang ya...!

Oh sebelum aku memakirkan kepala ke bantal empuk...ini adalah beberapa gambar yang sempat aku rakamkan semasa perjalanan pulang dari Balakong. Aku lalu lebuhraya Cheras -Kajang. Alangkah bahagia kalau aku mampu menjadi seperti mereka...tapi aku tiada lesennya!




Wohoo...nak teman lelaki yang mempunyai motor sekacak motornya boleh? Ngeee...

Sunday, February 15, 2009

14hb - Pink Panther 2 / 15hb - Geng

Ya...dua wayang bagi dua hari berturut-turut. Kos?? RM0 :D

Pada 14hb aku dah buat tempahan untuk 2 tiket jam 3.20ptg melalui laman web TGV. Aku tengok di Aeon Cheras Selatan. Pertama kali jejakkan kaki disana.

Kenapa lokasi ini dipilih?

Sebab baucer aku dapat dari Bonuslink tu adalah untuk TGV dan cawangannya yang terdekat dengan ofis aku dekat Aeon ni la. Sempat la aku Zuhur dan soru dulu sebab Sabtu aku kerja..YA..aku kerja hari Sabtu separuh hari..

Seperti yang aku jangka, filem ni memang lawak la. Cuma aku rasa tak tergeletek seteruk masa aku tengok Pink Panther. Yang pertama tu aku rasa sampai nak tergolek-golek. Terutama masa babak konon-konon detektif closue (apa ejaannya tah) periksa bilik rakaman suara. Sebenarnya dia nak buang angin. Dia pulak dah salam faham, fikirnya studio tu kalis bunyi dengan konsep orang luar tak boleh dengar apa yang dari dalam. Padahal sebaliknya..! Jadi dia dengan yakinnya berlakon seolah-olah tengah tekun cari bahan bukti sambil melepaskan anginnya sekuatnya! Satu studio tu dengar!! Termasuk Beyonce yang seksi gilerr...Aku rasa nak guling-guling kat tangga TGV tu..Bangangnyaaaaaaa...! Muka Steve Martin tu memang tak boleh blah..!

15hb plak aku tengok Geng (upin ipin). Korang memang patut tengok filem ni..sangat berbaloi.Cuma aku tak puas hati sebab duduk barisan kedua dari depan..! Aku kena ambil tayangan yang pertama sebab mak aku nak pergi outstation petangnya. Tayangan pertama pukul 12.00tgh hari. Mula-mula aku dah cuak nampak notis lebih kurang berbunyi begini:

NOTIS: GENG

Tiket bagi filem GENG untuk tayangan 12.00 tengah malam telah habis dijual.

Kalau tengah malam dah habis, yang pagi ni..??

Aku tunggu dalam barisan lebih kurang 15 minit. Sampai di kaunter beberapa minit sebelum pukul 11.00. Oh ya sebelum tu, minah yang beratur depan aku beli 10 tiket ye...ye..SEPULUH. Sampai giliran, aku pun minta...

"Dik, upin ipin pukul 12.00.."

"ok, a..yang tinggal dua baris depan je ye kak..."

Huhuh....mendongak la kami. MBO ni dah la jenis skrin dia memang tinggi. Kalau duduk barisan belakang sekali baru okay. Tapi jauh la pula. Kalau tengah-tengah tu masih nampak tinggi. Tak berapa syok..cuma memandangkan lokasi yang baik aku pilih jugak panggung MBO ni.

Apapun jalan cerita dia memang bagus. Pengisian padat dengan pengajaran dan teladan. Dan babak-babak sedih, suspen dan kelakar memang hidup! Aku bangga dengan hasil kerja anak Malaysia..

Marilah menyokong industri perfileman tanah air!

Friday, February 6, 2009

Kegilaan Menjadi-jadi..

Ha...bukan gila otak atau gila talak ye. Ni nak habaq mai kegilaan manusia masa kini terhadap kek cawan (cup cakes) yang dihias comel sesangatnye..!!

Sempena majlis pertunangan orang terdekat dalam hidup saya, saya turut rambang mata memilih dekorasi-dekorasi yang tersedia di pasaran. Antara yang menjadi pilihan kami adalah



Comel tak? huhuhu...aku tak boleh bayang la macam mana mereka ni boleh buat kerja-kerja sekreatif ni. Ni belum masuk yang buat bentuk teddy bear la, basikal la..dah macam barang hiasan pulak rasanya. Nak makan pun jadi sayang kan??

Tapi bagi yang kreatif dan inovatif, ini adalah sumber pendapatan yang lumayan. Berbekalkan modal kewangan yang bagi saya berkemampuan bagi kebanyakan masyarakat kita, sesiapa sahaja boleh mengaut keuntungan. Tetapi (Cikgu Midza marah kalau tau perkataan "tapi" digunakan diawal ayat!) modal yang penting adalah bakat dan minat pada kerja-kerja seni macam ni. Oh ya..! satu lagi, kesabaran. Saya yakin kerja menghias agak renyah (kalau tengok dari mata kasar la...) jadi kalau tak sabar, rasanya boleh jadi kek hiasan dinding! Hehehehe...


Walau apa pun, saya berharap tempahan kami apabila disatukan dengan hasil kerja tangan kami (tak leh tunjuk lagi, pas majlis saya upload ye!) akan membuahkan sesuatu yang mengancam ketenteraman hati dan naluri sesiapa yang memandangnya..!

Jamulah mata anda dengan kek-kek cawan ini ;)

Tuesday, February 3, 2009

Kepuasan...

Perlukah kita berkira kerja dengan bayaran yang kita dapat?

Perlukah kita mengelak dari tugasan-tugasan yang bukan dibawah tanggungjawab kita?

Perlukah kita gah memilih kondisi pejabat yang canggih berbanding pejabat yang ala kadar?

Perlukah kita mengambilkira kenaikan gaji yang jika ditolak dengan kos pengangkutan dan sebagainya hanyalah sekadar tak mencecah RM200.00?

Perlukah kita membandingkan waktu keje yang balik tepat pada waktunya atau kerja yang sentiasa perlukan lebih masa (OT) walaupun tak dibayar (eksekutif tidak layak dibayar OT)?

Kalau inilah soalan-soalan yang ditujukan kepada aku buat ketika ini. Dengan yakin aku menjawab TIDAK..! Kerana jika perkerjaan tersebut dapat mendatangkan KEPUASAN (sangat subjektif berdasarkan personaliti seseorang), kebahagiaan dan keamanan pada hari-hari bekerja tanpa tekanan-tekanan yang tidak sepatutnya,diulangi TIDAK SEPATUTNYA. Lumrah pekerjaan sememangnya ada tekanan, tetapi tidak dengan kewujudan tekanan yang tidak relevan sehingga boleh membawa kepada keruduman moral dan motivasi pekerja.

Inilah yang menjadi salah satu panduan aku sekarang dalam memandu pasukanku kepada kejayaan bersama, diulangi kejayaan BERSAMA!

P/s: Relevankah rencana ini kepada anda? Takpela...sekali lagi ia berbalik kepada kepuasan...hehehe..

CARE FOR LIFE