Wednesday, April 1, 2009

Pelayan/Penjaga Kaunter

Aku ingin berkongsi pengalaman aku berdepan dengan masalah jatidiri orang Melayu. Aku bukan nak mengutuk bangsa sendiri tetapi rata-rata yang berlaku (98% sepertimana pemerhatian aku-samada berlaku pada aku atau melalui cerita orang lain) adalah dikalangan bangsa sendiri.

1. Lokasi : Pusat Bowling, Plaza Alam Sentral.

Selesai aku membuat bayaran, aku ke bahagian kanan kaunter untuk mendapatkan kasut sewa (bukan kereta atau rumah sahaja yang boleh disewa ya..). Makcik yang memakai kot bertanya kepadaku..

"Saiz...?"

"7.." Ya, kalau aku kahwin esok rasanya kena buat alas dulang saiz XXL untuk hantaran kasut .

"7? 6 ke 7?" Eh, makcik ni..aku cakap 7 tak mahu percaya pulak. Baik hulur je kasut saiz 6 macam ni. Aku dah selalu datang sini la...

"7..saya biasa pakai..."

Makcik itu dengan muka yang kurang menyenangkan memberi aku saiz 6..."Cuba dulu...!"

APAKAH???

Haish...! Aku pun cuba (walaupun tahu akan gagal!) masukkan kaki aku, lantas dengan muka yang bengang meletakkan semula kasut itu..

"Tak muat..." Suara agak bergetar menahan kebengangan.

Barulah memberikan kasut saiz 7 tanpa rasa bersalah, buat muka menyampah lagi adalah. Eh, salahkah kaki aku saiz 7?? Lagipun rugikah kau bagi aku kasut saiz 7? Kalau kaki aku saiz 6 pun, aku nak pakai saiz yang lebih besar sedikit..ada masalahkah?

2. Lokasi : Kedai Gambar Fotozoom, Taman Putra, Ampang.

Aku sedang berdiri dikaunter menunggu giliran untuk dilayani. Minah (Gadis tak sesuai untuk orang yang kurang sopan seperti beliau) berskirt sangat pendek itu sedang sibuk melayani pelanggan lain. Dalam masa yang sama, seorang pakcik bertanyakan kepada minah itu..

"Adik@Anak(aku tak pasti) ambil gambar pasport berapa ringgit?"

"15!" tanpa memandang langsung ke arah pakcik itu...(dimaafkan..eh apa kes aku nak maafkan tiba-tiba?)

"Berapa dik@nak?"

"15..!!" dengan nada yang meninggi dan masih tidak memandang pakcik itu...

Eh, kau sedar tak pakcik itu pelanggan kau? Atau sekurang-kurangnya kau hormat dia sebagai orang yang lebih tua..! Pada umur itu sudah tentu pakcik itu mengalami masalah pendengaran...kau pula tak memandang kepada dia semasa menjawab...ceh..!! Kau ingat kau make up macam tepung gomak dan pakai skirt pendek yang kalau tunduk sikit nampak dalaman tu kau sangat tinggi martabat?? Heh..menjatuhkan lagi ada..!

Aku terus berlalu dari kedai itu tanpa meneruskan hajat aku. Cari kedai lain!

3. Lokasi : Pusat Bowling, Midvalley.

Selesai membayar, minah (Sekali lagi gadis tidak sesuai!) itu memberitahu nombor lane kami. Aku kurang dengar kerana kebisingan, aku bertanya kembali...

"73 atau 33?"

"33..!!"

"33 ye?" Aku meminta kepastian. Nak baca resit pun bukan boleh nampak, gelap!

"33..!!!" Muka dia kelihatan sedikit bengang..heh kalau susah-susah nak jerit lain kali jangan pasang lagu sekuat alam.

Aku berlalu untuk mengambil kasut pula, tetapi minah tu memanggil aku supaya mendapatkan resit dulu. Oh, aku terlupa...sebaik aku hendak berpusing semula ke kaunter kasut, aku terlihat minah itu menggeleng-gelengkan kepala sambil mencebik. Ya, seolah-olah aku ni perak gila la...tak hormat langsung pada pelanggan. Mungkin dia fikir aku tak lihat, tapi adik-adik aku masih dibelakangku. Maknanya masih didepan minah itu. Kalau nak kutuk pelanggan pun belakang la..jangan depan pelanggan!

................................

Banyak lagi kes-kes lain aku pernah jumpa, tetapi ini contoh-contoh yang aku masih ingat. Seperti yang aku nyatakan diperenggan pertama, melayulah yang selalunya terlibat.

Adakah kerana kau bukan pemilik perniagaan itu?

Oh...! Kau makan gaji sahaja ya..?! Apa kau peduli tentang jualan atau pelanggan ya? Eh, kalau pelanggan menyampah, jualan kurang, perniagaan tutup..Kau ingat gaji tetap jalan ke? Konsep ini yang kau tak faham dan tak pernah nak faham. Cuba kau pergi kedai-kedai cina, mulut sikit punya manis. Walaupun kadang-kadang ada unsur berlebih-lebih atau lakonan semata-mata atau hipokrit sebab nak duit kita, tetapi mereka memegang prinsip yag betul iaitu pelanggan adalah rezeki mereka, jadi ditatang sebaik-baiknya.

Aku selalu terkilan..bagaimanakah Melayu mahu maju kalau mentaliti masih ditahap lapuk? Aku tidak kata semua, tetapi golongan sebegini masih banyak. Aku gusar sikap ini akan memakan bangsa sendiri.....fikirkanlah wahai minah-minah atau mamat-mamat sekalian!

3 comments:

Anonymous said...

beser la tu..
dats y kalo melayu meniaga tak penah maju
takde skill customer service tu..
kalo i kena..mmg i ludah;;i kn artis
tak patut dilayan begitu rupe

ZEN

WaniGhani said...

Hihi..artis yang sangat terkenal kan??

Anonymous said...

jangan la cakap camtu u olssss
malu taw

ZEN

Post a Comment