Hurm...cuba ingat kembali..dah berapa lama agaknya kamu tidak menulis jawi? Aku rasa kali terakhir beberapa bulan lalu. Itu pun kerana membantu kenalanku menyalin doa. Dia rabun, kacamata tidak dibawa bersama. Itu la yang terakhir setakat ini...Kemudian berkubur sehinggalah pagi tadi aku berborak dengan kenalan jauhku melalui Skype. Sedang aku menerangkan tentang berbuat ibadah, dia menyokong sambil berkata (versi dialih bahasa ya..!) bahawa sekurang-kurangnya aku boleh dapat "AJR" (Pahala). Aku bertanyakan kepadanya bagaimana hendak menyebut perkataan tersebut. Dia menulis dengan tulisan jawi ....
Wah...kagum aku. Aku tak tahu pula boleh menulis jawi semasa berborak di Skype. Aku bertanya beliau bagaimana caranya agar aku dapat menulis jawi juga. Rupa-rupanya beliau ke laman web ini. Lalu aku pun mula la teruja menggunakan applikasi tersebut. Mari menulis...!! Hehehehe....
No comments:
Post a Comment