Sejak kebelakangan ni aku tidak mengeluarkan entri sekerap dulu. Aku memang sangat sibuk terutama urusan kerjaku...tak perlulah aku cerita dengan terperinci..yang pasti sampai tahap bos aku pening nak susun kerja kami supaya tak bercanggah dengan kepadatan jadual aku. Kesian bos aku yang baik hati tu...
Seperti entri aku sebelum ini, aku sudah maklumkan pemergianku ke Pulau Pinang. Selesai waktu kerja, kami dijadualkan dengan beberapa aktiviti...petang khamis ada sukaneka. Suka la sangat kan...hehehe...sukanekanya;
1. Kena pakaikan baju 'chef' pada salah seorang ahli kumpulan-tak adalah seronok sangat, biasa-biasa saja..
2. Kena pegang 'skeatle' pusing 5 kali arah lawan jam, lepas tu lari dan melangkah dicelah-celah tayar, akhir sekali merangkak (meniarap sebenarnya) bawa tali yang dipasang (ala..macam askar tu) - hehehe...yang ni seronok sebab masing-masing macam mabuk! lepas tu kena lari...hahahaha!! kau orang bayangkan la..dah la mabuk,kena lari,nak mencelah kat tayar, merangkak lagi...
.....tapi bab tak seronok aku orang terakhir!! peserta akhir dari kumpulan terakhir tak mahu teruskan, katanya dah pasti kalah..hampas tebu betul! Dah la semua tengok aku yang comel lagi menarik ni berlari terkedek-kedek! Haishh...
3. Cari harta karun-bukan karun pun...barang-barang sekitar je, contoh: tuala yang dah pakai, sunblock lotion, telur. Habis aku kebas (pinjam la) selipar mak arab...ekekeke...losyen aku pinjam minah saleh yang tengah berjemur...nasib laaa....tu je ada..
4. Tarik tali-kumpulan aku menang tempat ke-4 dari EMPAT kumpulan...hehehe...yang pasti SEMUA sakit-sakit badan esoknya...
Malam tu kami ada permainan catur bistari. Ala-ala permainan Monopoli..tapi ini dikeluarkan khas oleh Johor Corporation. Bagi aku permainan ni seronok juga..lain dari yang lain. Ia ada 3 peringkat; 1. Makan gaji 2.Tijarah & 3. Jihad Bisnes. Sila klik di setiap peringkat untuk penerangan lanjut.
Jadi pada peringkat 1, kami akan mendapat gaji sebanyak RM3,000 setiap kali melepasi petak 'ambil gaji'. Kemudian selepas beberapa pusingan, aku dikenakan 'fitrah' (perbelanjaan harian) iaitu untuk membuat bayaran bulanan kereta bapa mertuaku sebanyak RM3,000 (Merc lagi!) Wahhh...?!! Tak ada gajilah aku? Redha....permainan diteruskan..
Selepas beberapa pusingan aku berjaya mendapatkan 2 kali kenaikan gaji sebanyak 10% setiap kali. Jadi gaji aku telah menjadi RM 3,630. Alhamdulillah, dapatlah juga RM630 kan?? Tambahan pula aku telah berjaya mendapatkan petak '2 bulan bonus' sebanyak 2 kali...jadi bertambah juga la tunai aku.
Tapi panas kusangkakan sampai ke petang...rupanya hujan ditengah hari...aku dikenakan kad 'fitrah' lagi. Kali ini bayar bulanan kereta ibu mertua pula! RM 700!! Hahaha....gaji aku -RM70! Apa kes?? Bukan main lagi ahli kumpulan aku tergelak dengan nasib aku.
En. A sambil menahan gelak bertanya..."Dah kahwin belum?"
Aku menggeleng..
"Hahahah...tak lama la tu...." sambung beliau..
"Kahkahkahkah...!!" Serentak pecah tawa ahli-ahli kumpulanku..tak apalah...aku aminkan aja..haha!!
Masa permainan diberi selama sejam. Sebaik tamat masa, setiap tunai individu dan kumpulan direkodkan untuk kiraan mata. Ahli kumpulan kami semua tak lepas ke tahap 2! Sambil kami mengemas, kami terdengar kumpulan sebelah melaporkan kutipan tunai mereka...
Omakkkaiii...!! Semua main ratus-ratus ribu...semua dah peringkat 2! Paling tinggi yang menang mata individu dapat RM 440,000.00. Kumpulan aku?? Paling cemerlang RM 33,000!! Ekekekekek...!! Mana nak dapat duit! Semua takut melabur, lepas tu asyik kena penalti hilang 3 pusingan la..macam-macam penalti kena. Aku yang tak kena penalti kena bayar kereta mak dan ayah mertua pula...aku pun pakai keta comel...tang pak mertua Mercedes!! wah...macam mana nak kaya! Hahahaha...!
Apa pun aku bersyukur diberi peluang menyertai program ini,disamping aktiviti yang seronok..banyak ilmu dapat aku perolehi sepanjang 3 hari disana..dapat juga percutian tak rasmi di tempat yg cukup selesa...hehe...kalau duit sendiri tercekik la jugak nak bayar!
Oh ya..bas kami ditahan semasa dalam perjalanan pulang. Ada sekatan jalan raya besar-besaran di tol Jalan Duta. Polis,JPJ,JPN,JAS...semua J ada...Joe Jambul je aku tak nampak...hiks..! Seorang pegawai JPN naik memeriksa kad pengenalan setiap orang. Dia suluh kad kami dengan sebuah lampu suluh mini yang mengeluarkan cahaya biru. Ala-ala CSI tu..
Wahhhh!! Baru aku tau ada imej muka kita lagi satu yang kita tak boleh nampak dengan pandangan kasar. Dengan lampu tu kita boleh nampak imej kedua tu dan nombor kad kita yang terselindung juga. Sebaik pegawai tu turun...ada la seseorang bersuara..
"Eh...Jabatan Pelancongan pun ada ya..??"
Aku... "????????????????????????????????????"
Satu suara membalas..."Tu bukan pelancongan la...tu Jabatan Pendaftaran!"
Aduhhhhhhhhhhhhhh.....sakitnya urat-urat kepala aku tahan gelak....! Mungkin faktor masa yang membuatkan beliau agak bingung...jam menunjukkan jam 11.40 malam..
Nak jadi cerita..pemandu pula tak bawa lesen...nasib baik zaman canggih..boleh periksa pakai mesin pengimbas ibu jari. Sementara menuggu urusan selesai, beberapa orang turun ke tandas. Tak lama kemudian pemandu naik semula dan menggesa yang ke tandas segera naik bas. Rupanya permit bas sampai 12 malam saja..terkedek-kedek yang tak sempat tunaikan hajat berlari ke bas.
Alhamdulillah...lebih kurang jam 12.10 kami tiba di ibu pejabat. Bapaku dah menunggu untuk tukarkan bateri kereta aku yang kehabisan dek penggera yang berbunyi tidak henti sepanjang malam semalam. Lupa memesan rakanku yang tolong parkirkan keretaku bahawa penggera tu bermasalah. ..kesian kejiranan berhampiran...
Alhamdulillah tepat 1.15 kami tiba dirumah....ZzzZZzzZZzz...
No comments:
Post a Comment