Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Alhamdulillah!

Aku rasa sangat-sangat bersyukur dengan rezeki hari ini...dah dapat panggilan...untuk transfer...

Ya Allah...bersyukur sangat-sangat..!!

Yahoooo....!!

Wednesday, May 6, 2009

Bandar Hilir Melaka


Semakin tidak produktif aku ini...aku tidak dapat megeluarkan entri sekerap beberapa bulan lepas. Bukan tidak ada apa-apa yang hendak diceritakan, tetapi otak aku seperti beku untuk mengalirkan ayat-ayat yang boleh menyalurkan isu-isu dikepala ini. Banyak juga perkara yang ingin diutara atau diselatankan...hehe..

Dek kerana lama sangat, aku cuma masukkan mana yang aku masih ingat la ye...

........................................................................

Bulan April adalah bulan yang sangat sibuk, jadual kerja aku amat padat, daripada mesyuarat pengurusan, mensyuarat di P.Mutiara seperti yang diceritakan di entri ini, kemudian kursus induksi untuk staf-staf, dan akhir skali kursus induksi untuk aku sendiri di ibu pejabat.

Mesyuarat Pengurusan;

Pengerusi: Siapa yang buat minit?

Aku: Saya (Sambil mengangkat tangan paras bahu) Apa hal aku angkat tangan?? Ingat ni kelas darjah 1 ke?

Pengerusi: I know my english is not that good, but i think minutes ni ayat dia berterabur la...ya tak? (sambil memandang panel yang lain)

Huhuhu....panas terus telinga aku..malunya..tapi muka tetap cool.

Pengerusi: Saya rasa kalau susah sangat you buat dalam Bahasa sahajalah..ya? It's ok, buat dalam Bahasa sahaja..

Aku: (Mengangguk sambil tahan mata yang nak terbelalak) Hah... matilah aku, dah lama aku tak buat dokumen rasmi guna Bahasa, aku jamin aku akan pening kepala tahap Gaban (Makcik aku dulu suka puji Gaban ni kacak..dan aku berfikiran sempit melabel beliau gatal! haha...maaf makcik!!) huhu.!!

Dalam perjalanan pulang dari tempat mesyuarat ke pejabat, aku mengadu dekat bos aku...

"Bos, macam mana ni...peningla saya nak buat minit dalam BM!"

"Confirm pening punya! Tapi nak buat macam mana..."

Tolongggggggggggggggggggggggg.... jerit hatiku! Aku pernah nak terjemahkan satu frasa yang mengambil masa selama hampir setengah jam. Itu baru satu frasa, sebuah minit mesyuarat pula???

Mesyuarat kat Pulau Pinang aku dah cerita...cari sendiri..! Hehe

Kursus induksi pula Alhamdulillah..walaupun ini julung kali pengurusan baru buat, semua berjalan lancar dan memberi impak yang memberangsangkan..aku seronok dapat berkongsi pengalaman yang (sangat) cetek kepada peserta...sesi aku ditujukan soalan yang bertubi-tubi daripada peserta, maksudnya mereka beri perhatianlah kan? ;) 

Kursus induksi aku pula pada mulanya agak menjemukan dan mengantukkan..tapi bila masuk hari ke 3 dan 4 baru mula aktiviti seronok sebab ada perbincangan dan pembentangan. Aku salah seorang wakil kumpulan aku "Mambo No. 5" !! Hehe...sebab kumpulan kami kumpulan ke-5. Oh ya..! Hari ke-3 kami ada sesi belajar "Breast Feeding" sebab hospital aku telah dianugerahkan status BFHI (Breast  Feeding Hospital Insentive) yang mana semua ibu-ibu digalakkan menyusukan anak dengan susu ibu bukan lembu. Puting getah atau botol susu diharamkan di wad bersalin!. Seronok dan mengharukan sebab bila belajar, naluri keibuan terus membuak-buak. Yang lelaki pun bukan main banyak tanya, maklumlah masing-masing tengah dalam proses nak mengenal alam rumah tangga. Sesungguhnya ciptaanNya sungguh sempurna, terlalu banyak kebaikan secara langsung atau tidak kepada ibu dan bayi jika disusukan dengan susu ibu. Antara kelebihannya adalah; 

1.Dapat memindahkan antibodi ibu kepada bayi
2.Dapat menenangkan bayi kerana asal mereka adalah dari dalam tubuh ibu, jadi apabila berada dekat dengan tubuh ibu dia akan merasa tenang
4.Dapat memercepatkan proses pengeringan luka ibu yang bersalin
5.Dapat membantu proses menurunkan berat badan ibu kepada asal kerana lemak-lemak dan protein dipindahkan secara sempurna kepada bayi.

Eh..dah la...nak tau banyak lagi tanya aku ya..! Hehe...kalau berminat nak ke kelasnya beritahu aku, aku boleh uruskan.

Oh ya, aku ditimpa dugaan semasa hari pertama induksi, aku kemalangan. Kereta aku berlanggar dengan sebuah Gen 2. Pintu dia kemek, kena di tengah-tengah iaitu dua-dua pintu terlibat. Kereta comel aku? Ha...elok aku selesai belek-belek kereta orang yang dilanggar aku, aku pun berpatah semula ke keretaku...

"Ya Rabbi...kereta aku..!!!" Suara memang terkejut gila, siap tangan aku pegang kepala (macam cerita Hindustan)

Mamat tu pun dengan muka innocent+mamai menyahut.. "Tu laaa kak..!"

Heh..agaknya dari tadi aku leka (sebenarnya kusut fikir duit yang kena keluar! Hahaha!!) tengok kerosakan kereta beliau, aku lupa tengok kereta sendiri!! Haaa.............ambik!

Bumper depan senget sebelah, jatuh sebelah kiri dan lampu signal terjuntai! Bila aku keluar malamnya nak hantar ke bengkel...lampu sebelah kiri hidup pula, sebelah kanan yang kantoi! 

Terbang RM400.00 (Tak masuk kos tukar lampu RM65), tak adalah rezeki nak buat cermin mata hitam penghalang sinar UV dan cita-cita membeli-belah sakan semasa percutian tak lama lagi...

Apa-apa pun, aku , masih bersyukur..walaupun ditimpa dugaan..dalam masa yang sama aku ada kenalan atas kenalan yang ada bengkel berdekatan. Dapat harga istimewa, kalau tak lagi teruk aku kena tanggung kos..! Terima kasih anne gundu (Anne...hitam itu emas! Hahahaha!!)

********************************************************

Em, Hari Buruh aku ke Melaka bersama keluarga. Bapaku nak selesaikan beberapa urusan rumah sewa beliau disana. Jadi alang-alang dah sampai sana, kami pusing-pusing bandar hilir..


Air pancut di tengah-tengah Bandar Hilir, kali terakhir aku ke sini rasanya lawatan sekolah rendah!


Wanita ini sungguh berani...aku menghampiri beliau untuk ambil gambar, sekali kepala ular ni menoleh ke arahku...cabutttt..!!!


Ular sawa albino


Ni model, mereka ada penggambaran di sini...ni baju yang paling menarik perhatianku..

Apakah kata-kata hikmahnya?? Goooooooooooooooo Sapiiiiiiiiii.....!! Heheh...

St. Paul

Sungguh nostalgia..kenapa ada garisan dekat tulisan ni??

Sila abaikan objek paling hadapan, fokus adalah pada dua bangunan bersejarah dibelakang..


Tuesday, April 21, 2009

Per'Catur'an Hidup yang 'Bistari'

Sejak kebelakangan ni aku tidak mengeluarkan entri sekerap dulu. Aku memang sangat sibuk terutama urusan kerjaku...tak perlulah aku cerita dengan terperinci..yang pasti sampai tahap bos aku pening nak susun kerja kami supaya tak bercanggah dengan kepadatan jadual aku. Kesian bos aku yang baik hati tu...

Seperti entri aku sebelum ini, aku sudah maklumkan pemergianku ke Pulau Pinang. Selesai waktu kerja, kami dijadualkan dengan beberapa aktiviti...petang khamis ada sukaneka. Suka la sangat kan...hehehe...sukanekanya;

1. Kena pakaikan baju 'chef' pada salah seorang ahli kumpulan-tak adalah seronok sangat, biasa-biasa saja..

2. Kena pegang 'skeatle' pusing 5 kali arah lawan jam, lepas tu lari dan melangkah dicelah-celah tayar, akhir sekali merangkak (meniarap sebenarnya) bawa tali yang dipasang (ala..macam askar tu) - hehehe...yang ni seronok sebab masing-masing macam mabuk! lepas tu kena lari...hahahaha!! kau orang bayangkan la..dah la mabuk,kena lari,nak mencelah kat tayar, merangkak lagi...

.....tapi bab tak seronok aku orang terakhir!! peserta akhir dari kumpulan terakhir tak mahu teruskan, katanya dah pasti kalah..hampas tebu betul! Dah la semua tengok aku yang comel lagi menarik ni berlari terkedek-kedek! Haishh...

3. Cari harta karun-bukan karun pun...barang-barang sekitar je, contoh: tuala yang dah pakai, sunblock lotion, telur. Habis aku kebas (pinjam la) selipar mak arab...ekekeke...losyen aku pinjam minah saleh yang tengah berjemur...nasib laaa....tu je ada..

4. Tarik tali-kumpulan aku menang tempat ke-4 dari EMPAT kumpulan...hehehe...yang pasti SEMUA sakit-sakit badan esoknya...

Malam tu kami ada permainan catur bistari. Ala-ala permainan Monopoli..tapi ini dikeluarkan khas oleh Johor Corporation. Bagi aku permainan ni seronok juga..lain dari yang lain. Ia ada 3 peringkat; 1. Makan gaji 2.Tijarah & 3. Jihad Bisnes. Sila klik di setiap peringkat untuk penerangan lanjut.

Jadi pada peringkat 1, kami akan mendapat gaji sebanyak RM3,000 setiap kali melepasi petak 'ambil gaji'. Kemudian selepas beberapa pusingan, aku dikenakan 'fitrah' (perbelanjaan harian) iaitu untuk membuat bayaran bulanan kereta bapa mertuaku sebanyak RM3,000 (Merc lagi!) Wahhh...?!! Tak ada gajilah aku? Redha....permainan diteruskan..

Selepas beberapa pusingan aku berjaya mendapatkan 2 kali kenaikan gaji sebanyak 10% setiap kali. Jadi gaji aku telah menjadi RM 3,630. Alhamdulillah, dapatlah juga RM630 kan?? Tambahan pula aku telah berjaya mendapatkan petak '2 bulan bonus' sebanyak 2 kali...jadi bertambah juga la tunai aku.

Tapi panas kusangkakan sampai ke petang...rupanya hujan ditengah hari...aku dikenakan kad 'fitrah' lagi. Kali ini bayar bulanan kereta ibu mertua pula! RM 700!! Hahaha....gaji aku -RM70! Apa kes?? Bukan main lagi ahli kumpulan aku tergelak dengan nasib aku.

En. A sambil menahan gelak bertanya..."Dah kahwin belum?"

Aku menggeleng..

"Hahahah...tak lama la tu...." sambung beliau..

"Kahkahkahkah...!!" Serentak pecah tawa ahli-ahli kumpulanku..tak apalah...aku aminkan aja..haha!!

Masa permainan diberi selama sejam. Sebaik tamat masa, setiap tunai individu dan kumpulan direkodkan untuk kiraan mata. Ahli kumpulan kami semua tak lepas ke tahap 2! Sambil kami mengemas, kami terdengar kumpulan sebelah melaporkan kutipan tunai mereka...

Omakkkaiii...!! Semua main ratus-ratus ribu...semua dah peringkat 2! Paling tinggi yang menang mata individu dapat RM 440,000.00. Kumpulan aku?? Paling cemerlang RM 33,000!! Ekekekekek...!! Mana nak dapat duit! Semua takut melabur, lepas tu asyik kena penalti hilang 3 pusingan la..macam-macam penalti kena. Aku yang tak kena penalti kena bayar kereta mak dan ayah mertua pula...aku pun pakai keta comel...tang pak mertua Mercedes!! wah...macam mana nak kaya! Hahahaha...!

Apa pun aku bersyukur diberi peluang menyertai program ini,disamping aktiviti yang seronok..banyak ilmu dapat aku perolehi sepanjang 3 hari disana..dapat juga percutian tak rasmi di tempat yg cukup selesa...hehe...kalau duit sendiri tercekik la jugak nak bayar!

Gayat! Tak jejakkan kaki kat beranda pun..! Dari dalam saja...

Subhanallah....menyejukkan hati kan? Tapi tetap gayat...

Oh ya..bas kami ditahan semasa dalam perjalanan pulang. Ada sekatan jalan raya besar-besaran di tol Jalan Duta. Polis,JPJ,JPN,JAS...semua J ada...Joe Jambul je aku tak nampak...hiks..! Seorang pegawai JPN naik memeriksa kad pengenalan setiap orang. Dia suluh kad kami dengan sebuah lampu suluh mini yang mengeluarkan cahaya biru. Ala-ala CSI tu..

Wahhhh!! Baru aku tau ada imej muka kita lagi satu yang kita tak boleh nampak dengan pandangan kasar. Dengan lampu tu kita boleh nampak imej kedua tu dan nombor kad kita yang terselindung juga. Sebaik pegawai tu turun...ada la seseorang bersuara..

"Eh...Jabatan Pelancongan pun ada ya..??"

Aku... "????????????????????????????????????"

Satu suara membalas..."Tu bukan pelancongan la...tu Jabatan Pendaftaran!"

Aduhhhhhhhhhhhhhh.....sakitnya urat-urat kepala aku tahan gelak....! Mungkin faktor masa yang membuatkan beliau agak bingung...jam menunjukkan jam 11.40 malam..

Nak jadi cerita..pemandu pula tak bawa lesen...nasib baik zaman canggih..boleh periksa pakai mesin pengimbas ibu jari. Sementara menuggu urusan selesai, beberapa orang turun ke tandas. Tak lama kemudian pemandu naik semula dan menggesa yang ke tandas segera naik bas. Rupanya permit bas sampai 12 malam saja..terkedek-kedek yang tak sempat tunaikan hajat berlari ke bas.

Alhamdulillah...lebih kurang jam 12.10 kami tiba di ibu pejabat. Bapaku dah menunggu untuk tukarkan bateri kereta aku yang kehabisan dek penggera yang berbunyi tidak henti sepanjang malam semalam. Lupa memesan rakanku yang tolong parkirkan keretaku bahawa penggera tu bermasalah. ..kesian kejiranan berhampiran...

Alhamdulillah tepat 1.15 kami tiba dirumah....ZzzZZzzZZzz...

Saturday, April 4, 2009

Pembedahan Plastik

Hurm...tak lah...mana ada aku buat pembedahan plastik...aku dah cukup bersyukur dengan apa yang Dia berikan.Yang aku maksudkan pada tajuk adalah tema blog aku saja...hehehe...

Jadi macam mana..ok tak? Biasalah, mata aku tertarik kepada hijau juga...Tak mampu mengelak. Aku kurang berkesempatan untuk memuatkan banyak entri kerana kekurangan idea dan kesuntukan masa. Aku agak sibuk dengan kerja dan urusan perniagaanku (cewah...!), tinggi betul anganku. Tapi tidak mengapa, aku berikan angan-angan supaya ia akan menjadi kenyataan. InsyaAllah...!

Hari ini agak memenatkan...tapi aku seronok dan berpuas hati. Aku dapat memanfaatkan masa aku sepenuhnya. Aku amat mengharapkan agar usaha ini akan menjadi titik tolak untuk aku terus melangkah setapak kehadapan dan seterusnya ke puncak kejayaan. Hish..macam jualan langsung pula bunyinya...! Tidak...tidak...aku bukan masuk jualan langsung. InsyaAllah aku akan buka satu blog khas untuk perkara ini...

Nantikan...!

Wednesday, March 25, 2009

IKLAN : KERJA KOSONG

Sesiapa yang menganggur dan berumur 35 tahun kebawah, anda dialu-alukan menghubungi saya untuk menjadi wakil Etiqa takaful. Terhad untuk 10 orang terawal, anda akan menerima elaun sebanyak RM300 sebulan dari Kementerian Sumber Manusia selama 18 bulan. Hari terakhir mendaftar untuk skim ini adalah pada 27hb Mac 2009 (Jumaat).

Jika anda penganggur atau pelajar yang menyara diri sendiri, ini adalah peluang yang baik! InsyaAllah...

Thursday, March 19, 2009

Tekanan Mental Siri-2

Pagi tadi ketika aku kelegaan dapat tiba di pejabat sebelum 8.30, sambil menunggu lif..telefon bimbitku berbunyi...

Eh,siapa pula yang menelefon nombor Maxisku ini? Jarang sekali ada orang menelefon nombor ini.

"Hello, Wani dimana?" Terdengat suara Kak As di talian.

"Oh, akak. Saya tengah tunggu lif ni..." Jawabku.

"Ok..ok..."

Aku periksa telefon aku yang satu lagi. Oh, kehabisan bateri.

Setibanya di tingkat 2, kelihatan 4 orang sedang menungguku. Oh, Kak Ara tidak masuk ke pejabat hari ini, beliau ke Kuala Lumpur menghadiri kursus. Patutlah mencari aku yang sentiasa tiba sipi-sipi pukul 8.30. ;) Aku pun menguis-nguis isi beg tanganku, mencari segugus anak kunci.

"Eh..mana ni..?" Sambil menguis lagi..setiap celah aku mencari. Gagal.

"Aduh, tak kan tinggal di dalam bilik?" Aku sudah mula risau. Mencari lagi..

"Akak, memang tak ada ni...takkan kita nak pecahkan pintu, sayang. Rosak nanti."

"Tak apa, kita kopek yang ini aja..." Cadang Kak As.

"Aduh ralatnya (jadi macam ni)" Aku berkeluh..

Kak As pantas menelefon A (Nama dirahsiakan), "A tolong naik kejap, pintu tak boleh bukak.."

Dalam 15 minit juga menunggu A tiba. Rupa-rupanya beliau sedang menikmati sarapan pagi, ya waktu kerja sudah bermula. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kelihatan tubuh sasa keluar..A dah tiba. Aku lega, tetapi dalam masa yang sama hati aku sakit sebab A buat muka empat segi. Sambil menuju ke pintu yang dimaksudkan..belia megomel..

"Macam mana boleh tertinggal kunci ni...?"

Ya Rabbi...kau fikir aku mahu ke? Aku tidak sengaja la pandai! Tidak disengajakan. Tanpa niat. Aku pun tak mahu susah begini.

Sebaik kami masuk, dia terus berlalu. Tanpa sempat kami memohon lagi bantuan untuk memasuki lagi 2 pintu; pintu bahagian akaun dan pintu bilik aku.

"Tak mengapalah, kita cuba sendiri dulu..." bisik hatiku.

Salah seorang kerani (perempuan) bertindak pantas menggunakan kad prabayar telefonnya menguis selak pintu. Gagal. Kad terlalu lembik.

Aku keluarkan kad permulaan (Starter Pack) Maxisku. Berjaya dengan mudah (Jangan harap kau orang nak pecah masuk opis aku semudah itu). Aku ada rahsia.

Tiba pintu terakhir, pintu bilikku. Hampir 10 minit mencuba tidak berjaya juga. Mahu atau tidak terpaksa menghadap lagi muka yang bertanggungjawab tetapi tidak gemar menjalankannya, A. Beliau tiba sekali lagi. Beliau terus ke pintu bilikku sambil mencampakkan (ya, beliau campak. Kurang sopan bukan?) beg peralatan beliau. Aku meminta pendapat beliau tentang beberapa perkara sebab aku mahu kerosakan seminima mungkin. Tiada jawapan ku terima. Sekali lagi kurang sopan bukan?

Lalu aku membuat keputusan supaya A mengumpil pintu aku. Sekali sahaja beliau lakukan,telah berjaya. Mudah bukan? Daripada aku terkial-kial buat tadi, dia buat sekali sahaja. Tidak susah bukan? Ya, itulah gunanya pekerja bahagian penyelenggaraan. Dikala pihak pengurusan atau pekerja lain memerlukan khidmat beliau, atau sekurang-kurangnya pendapat beliau yang berpengalaman dalam mengendalikan perihal premis. Beliau sepatutnya membantu dan berusaha dengan seikhlasnya. Kerosakan bukan hari-hari berlaku. Tambahan pula premis kami beroperasi ini kecil sahaja. Tetapi setiap kali diperlukan, beliau tiada. Bila meminta sesuatu, sentiasa ada sahaja yang beliau ngomelkan. Kerapkali juga bila pihak penyelenggaraan kontrak dari luar ingin melakukan pemeriksaan berkala, beliau tiada. Aku yang terpaksa menguruskan.

Bukan aku mahu berkira kerja, tetapi kalau dah kerap kali. Tak perlulah diwujudkan jawatan tersebut bukan? Kalau dah mesin kredit kad bermasalah, aku yang selesaikan. Masalah talian telefon, Eksekutif HR atau aku yang selesaikan. Kerap kali sebutharga penyelenggaraan, aku yang bincang dengan bos. Gaji serah pada aku dan Eksekutif HR sahajalah. Oh, aku dah meleret.

Sudahlah semasa menunggu A tadi, datang seorang Doktor. Dari jarak kira-kira 4 langkah dari aku, beliau bertanya.

"Wani, cek saya ada? Kalau selepas 15hb tak ada orang (Dato') boleh sain. Cari la alternatif lain. Ni sudah berapa haribulan.." Sambil terus berlalu pergi tanpa memberi peluang aku menjelaskan. Staf-staf lain yang sama-sama mengunggu untuk memasuki pejabat terpinga-pinga mendengar pernyataan itu.

Dimanakah sifat professional semua orang???

Baiklah, untuk menenangkan hati aku yang bergelora dari tadi. Biar aku ceritakan keadaannya. Aku tau keraniku telah menyediakan cek tersebut awal-awal lagi. Malah cek-cek lain telah siap ditandatangani dan sudah mula diserahkan kepada penerima.

Disebabkan beberapa prosedur, cek beliau perlu ditandatangani oleh Pengarah di Shah Alam. namun begitu kelewatan telah berlaku kerana pengarah tersebut keluar negara. Sebaik mendapat tandatangan beliau, penandatangan kedua pula dimasukkan ke hospital. Oleh kerana cek tersebut sudah dihantar ke pejabat penandatangan kedua tersebut sebelum beliau dimasukkan hospital, kami cuba mendapatkan semula cek tersebut. Namun, nasib tidak menyebelahi kami, pemandu beliau telah membawa cek tersebut ke hospital! Sungguh dedikasi. Saya minta setiausaha beliau menghubungi pemandu tersebut untuk kami dapatkan semula. Tetapi hari ini setiausaha tersebut memberitahuku, cek sudah ditandatangani dan diletakkan di pejabat di Shah Alam.

Semuanya diluar kawalan bukan?

Sudahlah...manusia memang tidak akan berpuas hati. Membuat perubahan itu hampir mustahil kalau mereka sendiri tidak mahu membuka minda. Usaha yang gigih diperlukan. Aku perlu lakukan itu. Doakan supaya aku mampu bersabar.

Terima kasih.

Friday, February 20, 2009

Surat Layang

Hari ni bos aku bagi pekeliling kat semua perkerja, isinya berkitar peringatan kepada pekerja supaya tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan majikan. Sekarang aku bukan nak tekankan peringatan tersebut tapi salah satu ayat yang terkandung dalam pekeliling tersebut membuat kan aku rasa hidung aku yang tengah tersumbat dek mukus berkuman ini terus bersih dan membenarkan oksigen masuk seluas-luasnya..(mungkin tidak sebesar terowong smart) dan kepala ku yang berat dek kekurangan oksigen terus rasa melayang-layang.....

Bacakan ayat tersebut....




Kalau nak harapkan saya (bos aku ye) dan Cik Wani je (tsk..tsk..!) yang....(ayat seterusnya sulit dan persendirian ya!)



Aku datang kerja hari ni macam tak ada roh dalam badan, separuh sedar akibat menelan 2 biji Copastin, 1 biji Aeriys dan 15ml Sedilix. Kini aku rasa sedikit bersemangat untuk bekerja walaupun waktu kerja hanya tinggal tidak kurang setengah jam. Hehehe...apakah??

Tuesday, February 17, 2009

Panggilan Berhantu..

Lebih kurang 11.45 pagi

Sedang leka berbincang dengan HR...

Kring..!! Kringgg..!! (Sampai bergegar2 gagang telefon tu macam dalam kartun tu..isk isk..tipu je..)

"Hello Wani...Rosnani ni"

"Ye Puan?"

"Saya nak mintak tolong sikit ni.."

"Ada apa Puan?"

Mula menerangkan situasi........lalu menyambung "Saya tak nak masukkan impairment tu.."

"Awak ada projection P&L dengan Cash Flow untuk 5 years?"

"Tak ada la Puan"

"Saya nak mintak awak prepare boleh..? Hari ni ye?"

Yang mana maksud sebenar ayat adalah "Awak kena prepare hari jugak!" Tapi dalam nada yang lebih memujuk...

"Isk..hari ni Puan...? Okay...okay...!" Dalam kepala otak aku ni dah macam Jalan Tun Razak pukul 4.00petang!

"Haah..hari ni tau..kalau tak Financial Statement kitorang tak boleh keluar.."

"Okay Puan..." Konon tak ada masalah langsung...! Walhal aku bingung membayangkan aliran tunai yang perlu disediakan..

Tepat jam 2.30 aku siap buat P&L..tengah kelam kabut nak e-mail dekat bos, bos aku dah terpacul depan pintu bilik aku..

"Wani, saya nak keluar jumpa pegawai ABC (Aku tak dapat nak mengecam nama lantaran keserabutan fikiranku) ye..!"

"Eh.. eh...bos..saya baru je nak e-mail bos P&L ni..tengokkan kejap boleh?"

Aku pun 10 kali lebih pantas dari LRT menerangkan kira-kira aku..

"Ok..ok...Ok la ni...boleh proceed..."

Perghhh lega...

Eh macam mana nak buat aliran tunai kalau tak ada imbangan duga ni...?? Aku pun dail no Puan Rosnani...

"Puan Rosnani tengah mesyuarat..." Jawab eksekutif pejabatnya...

Aku buntu....sebab tu aku tulis entri ni...hehehe.... ;)

Tuesday, February 10, 2009

HANGIN

Apa itu HANGIN? HANGIN terjadi tatkala badan dipenuhi angin panas yang menyerbu akibat dari rasa kurang senang terhadap sesatu yang terjadi. Apabila panas, maka sebutan menjadi HANGIN (kanak-kanak dibawah 12 tahun,sila mendapatkan bimbingan ibu bapa untuk menggunakan perkataan ini). Contohnya situasi;

Rancangan asal adalah mengadakan mesyuarat di tempat A, oleh kerana keuzuran perkakasan di pejabat tersebut salah seorang staf yang bermurah hati telah menyumbang tenaga untuk membawa peralatan-peralatan untuk jamuan ringan. Beliau turut menyediakan bihun goreng dengan caj yang minima kerana hasrat murni beliau untuk memberikan jamuan yang lazat. Tepat jam 8.27 pagi beliau telah tiba dipejabat dan sebaik sahaja beliau membuka komputer riba, tet..tet..tet..(bukan macam ni pun bunyinya)satu khidmat mesej pesanan ringkas diterima, bunyinya begini; "Salam.Take note that todays meeting has been change to B at 11.30am" (the meeting suppose to be 10.30) eh, tertukar bahasa pulak. Apakah??

Lalu aku (dengan rasa terkilan dengan sesiapa yang menukar rancangan disaat akhir ni) membalas mesej tersebut "Ok. En.A terus pergi ke?". Soalan aku berbaur hasrat untuk menumpang sebab aku tak mahu memandu kesana. Aku terlalu kecewa sebab ahli mesyuarat tidak sudi ke teratak pejabat kami. Isk...isk...isk...Pastinya eksekutif sumber manusa aku kecewa kerana beliau sangat teruja dengan khabar bahawa En.B, Pengarah Urusan kami tidak jadi ke sini. Beliau berkehendak sangat untuk bertemu En.B. Nasib baik beliau tak mengandung..hehehe..

Dah la, melalut..akhirnya staf tersebut menjemput seluruh staf dipejabat menjamu makanan tersebut.

Sekian coretan untuk meluahkan keHANGINan hati...


Tuesday, February 3, 2009

Kepuasan...

Perlukah kita berkira kerja dengan bayaran yang kita dapat?

Perlukah kita mengelak dari tugasan-tugasan yang bukan dibawah tanggungjawab kita?

Perlukah kita gah memilih kondisi pejabat yang canggih berbanding pejabat yang ala kadar?

Perlukah kita mengambilkira kenaikan gaji yang jika ditolak dengan kos pengangkutan dan sebagainya hanyalah sekadar tak mencecah RM200.00?

Perlukah kita membandingkan waktu keje yang balik tepat pada waktunya atau kerja yang sentiasa perlukan lebih masa (OT) walaupun tak dibayar (eksekutif tidak layak dibayar OT)?

Kalau inilah soalan-soalan yang ditujukan kepada aku buat ketika ini. Dengan yakin aku menjawab TIDAK..! Kerana jika perkerjaan tersebut dapat mendatangkan KEPUASAN (sangat subjektif berdasarkan personaliti seseorang), kebahagiaan dan keamanan pada hari-hari bekerja tanpa tekanan-tekanan yang tidak sepatutnya,diulangi TIDAK SEPATUTNYA. Lumrah pekerjaan sememangnya ada tekanan, tetapi tidak dengan kewujudan tekanan yang tidak relevan sehingga boleh membawa kepada keruduman moral dan motivasi pekerja.

Inilah yang menjadi salah satu panduan aku sekarang dalam memandu pasukanku kepada kejayaan bersama, diulangi kejayaan BERSAMA!

P/s: Relevankah rencana ini kepada anda? Takpela...sekali lagi ia berbalik kepada kepuasan...hehehe..

CARE FOR LIFE