Wednesday, August 24, 2011

Tolong saya..pleasee...!!

Aku tau aku tak banyak reader...tapi aku cuba jugak lah jalan ni...manaaaa lah tahu...rezeki anak-anak ni siapa jangka kan?

Kawan-kawan atau sesiapa saja yang baca entri ni...kalau ada rezeki yang boleh dikongsi marilah menyumbang untuk majlis pancing amal Rumah Kasih Harmoni. Aktiviti ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk membeli pengangkutan bagi anak-anak rumah tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang Rumah Kasih Harmoni, sila klini SINI.


Tiket ni berharga RM50/tiket. Nanti saya update lagi detail nye..nak gi bli biskut anak jap..hehe


** Sambung...kalau nak join memancing lagi bagus...kalau tak, nak beli tiket je pon boleh..sekadar menyumbang..kalau tak dapat jugak..kita sumbang seikhlasnya pon bagus...lebih berkat bila kita ihklas kan? :) 

Meh kita lihat keadaan pengangkutan yang mereka gunakan untuk bergerak dari rumah asrama ke tadika dan untuk kemana-mana. Breakdown adalah kebiasaan...terlalu uzur....















Setahu saya rumah ini tiada pendapatan tetap dari mana-mana badan..mungkin sedang diusahakan. Penggiat rumah ini juga merupakan sukarelawan tanpa memperolehi apa-apa upah atau gaji. 


Sama-sama kita usahakan apa yang mampu... :)


Untuk pembelian tiket sila bank in ke 


Maybank 162245658039 
Syazwani Binti Abdul Ghani


Selepas bayaran dibuat sila sms ke 019-2226099 nama,alamat dan no phone untuk saya poskan tiket. 

Untuk sumbangan seikhlasnya boleh direct ke akaun

Maybank 512183134032
Rumah Kasih Harmoni

3 comments:

zahari keramat said...

Tahniah dan terima kasih.
Semoga ada saham kita bersama dalam usaha amal ini. Amin...

WaniGhani said...

Terima kasih ustaz. Amiin

Feizal said...

dulu ingat wani pengasas rumah pengasih nih..insyallah sama2 kita membantu..

Post a Comment