Sunday, August 16, 2009

Hari Minggu 3

Aku sangat gilakan sambal goreng. Oh ya..bukan sambal cili tu tau! Em..dia ada tempe,tahu,kentang yang digoreng kemudian ditumis dengan bawang,cili potong,halia,lengkuas,ikan bilis,kicap manis dan kicap masin..kemudian dicampur pula soh oon (betul ke eja??) dan tahu kering..peghhh!! ratah pun SODAPP! kalau masa kenduri aku kena gaulkan lauk ni dalam kuali besar, konpem aku sambil telan air liur! hahaha....

Hari sabtu jam 6 petang baru aku sampai Muar..eh...Muor..huhu..dah naik dua kemah pakcik aku untuk kenduri malam tu. Semua tengah sibuk-sibuk susun itu-ini. Biasala adat orang jawa..tamu sampai je mesti hidang minum dulu, jadi aku,adik dan abah dihidangkan dengan mee rebus, kuih cara berlauk, kuih tako,pisang goreng, dadih dan air kopi..semestinya kopi!

Lepas solat magrib, kami makan dulu kerana undangan akan tiba lepas Isya'. Aku tengok lauk...waaahh...!

SamBal GoReNg...AsaM PeDas..DaGiNg KiCap..TeMpE gOreNg..bEnDi rEbUs..KuIh CaRa..KuIh TakO..kUiH KoCi..DaDiH..

Aku layan sambal goreng dan tempe goreng je lebih...lain-lain aku rasa sikit-sikit je. Perut tengah tak berapa sedap. Kembung je dua-tiga hari ni. Malam tu aku tak tungu lama..lepas selesai tolong buat bontrot, aku mandi dan tidur.

Ahad pagi, nak sarapan pula...waahhhh!!

SoTo..MeE gOrEnG..rOtI cAnAi..kOpi...

Aku nak makan soto...tapi kuah dia nampak tak menarik..lalu tanganku mencapai roti canai...

Lepas makan keluargaku berborak gengan pakcik aku. Dari tempat sarapan berindah ke ruang menghadap beranda...dengan angin sepoi-sepoi..makin rancak kami berborak. Rasa seronok sangat kalau dapat selalu begini....tenang! Liat untuk kami bersiap pulang..rancangan asal bertolak jam 10 , tetapi jam 11 baru kami bertolak.

Oleh sebab kami singgah ke beberapa tempat, jam 2 petang baru kami tiba di rumah. Semasa dalam perjalanan pulang kami merancang untuk ke Port Dickson. Alang-alang nak hantar Along ke Seremban, kami berniat ke PD terus! Adikku dah mengidam sangat nak mandi laut. Aku pun terus hubungi rakanku ajak dia turut serta. Adikku pula terus telefon tunangnya suruh bersiap. Rancangan ad hoc lah kiranya. Selesai solat zuhur, terus kami bertolak ke PD. Jam 5 sampai terus jamu selera, masing-masing kebulur tak makan tengah hari lagi. Selesai makan, terus mandi. Dapat la setengah jam Dila, Azhar dan Safwan mandi. Aku, Along dan rakanku tak mandi...cuma berehat di tepi pantai.

Mungkin yang tengah-tengah tu kebulur sangat..jadi abaikan wajahnye begitu..hiksss!


Kami yang cool...!


Kami tak mahu mandi!!



Selepas sesi mandi laut yang pendek...setengah jam je!

Lebih kurang jam 7 petang kami bertolak pulang. Jam 8.30 aku sampai rumah dan bermulalah sesi aku transform ke bibik!

Makcik Ani...! Pulanglah......

Hikhikhik!!!




Friday, August 14, 2009

Cedera parah....

Hari ni hati cedera parah...adalah menyakitkan pabila orang menuduh kita...apatah lagi tanpa sebarang niat untuk menyusahkan mereka..lebih menyakitkan apabila orang itu adalah orang yang terdekat... :(

mari menangis...

Dah..dah...sikit-sikit sudah. Nanti cepat tua. Yang penting aku dah gelak besar tadi bila ada orang ceritera kat aku;

SEMALAM

Jeneweng: weh Mat Top cakap minah-minah opis dia beli handbag tak ada bawah RM1.5k...

Aku: Mak aii...!!

Jeneweng : tapi dia kata brand dia Gushh...! Aku tak pernah dengar pun!

Aku: Haah la...aku pun tak pernah dengar..!

Jeneweng : Tu la..Mat Top cakap dia dengar akak-akak tu cakap Gushh...Gushh...

Jeneweng : Sekali Mat Top kata jenama beg tu sebenarnya Guess!!!!!

Aku: Hahahahahahahahahaha!!!

HARI INI

Jeneweng : weh semalam tu aku salah la...Mat Top silap...dia kata bukan Guess...tapi Coach!!

Aku: Ahahahahahahahahhaha!! Bangang!


Aku tak tau la kalau pada kamu ini lawak membosankan atau tidak lawak langsung...tapi aku amat pecah perut di kala menerima lawak ini sebab aku tak boleh gelak depan laptop dalam pejabat!!

Friday, August 7, 2009

Musim bercinta dengan Doktor!

Yeahh! Mari ramai-ramai bercinta dengan doktor..bila bercinta kita sanggup tunggu lama-lama kan? walaupun sebenarnya penantian itu satu penyiksaan..! huhuhu...

Aku sampai di klinik jam 9.00 malam, bawa Makcik Ani yang demam. Nurse cakap jam 10.30 baru doktor ada. Kami pulang semula...jam 10.15 datang semula...lebih kurang jam 10.40 baru doktor sampai. Jam 12.00tgh malam baru dapat jumpa doktor.Nasib baik ada bayi comel yang mengurat aku, terubat juga kebosanan.

Align Center
Tangan dia dok kuis-kuis tangan aku...eeiii...geget kang..geram!

Malu-malu tapi mahu!

Pesakit memang ramai yang menunggu. Tidak kurang juga yang datang tetapi pulang semula atau ke klinik lain kerana tak sanggup lagi aku...mengenang kisah lalu..eh silap-silap...lagu Awie pula..hehehe..! Mereka dan keluarga mereka tak sanggup menunggu. Musim panas dan musim buah mungkin adalah faktor pemangkin kepada fenomena demam yang meluas. Ditambah dengan wabak H1N1 ni, ramai yang mengambil langkah berhati-hati. Jadi semua bergegas ke klinik walaupun biasanya kalau demam pun buat dek je. Telan Panadil@Paracethamol sudah..!

Huh..! Suhu Makcik Ani 40 (macam mana nak taruk lambang celcius tu??). Doktor bagi suntikan di *****. Hehehe...Esok pun aku nak jumpa doktor la!

Wednesday, July 29, 2009

Dalam Kenangan

Aku tak ada nak tulis apa-apa sangat..tidak berada dalam 'mood' menulis...

Hmm..selain dari isu-isu politik yang tak henti-henti (tak ambil peduli sangat sebenarnya..ya aku sangat gagal menjiwai politik..huhu..teruk!), isu ragut yang semakin galak, isu wabak H1N1..aku sebenarnya lebih terganggu dengan pemergian Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Ya..aku sedih dengan kehilangan ikon filem yang galak mengulit isu perkauman dan agama. Beliau berfikiran jauh dan luas dan sememangnya aku kagum dengan kemampuan beliau menghasilkan filem-filem yang berkualiti tinggi. Aku sangat minat dan mengagumi bakat beliau...sangat. Dan sebenarnya (Eh, macam lagu Yuna..!) aku menantikan iklan beliau untuk musim perayaan...tak kesampaian..

Ya aku sedih dengan pemergian arwah, tetapi yang lebih menyedihkan adalah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap arwah...betul ke salah ke perkara yang lepas tu sudahlah. Berdosa besar kamu membuka keaiban orang jika ia perkara benar...lebih besar lagi dosa jika ia tidak benar kerana ia telah menjadi fitnah.

Tak takutkah menjatuhkan tuduhan "pencemar Islam" ????
Berani mengungut keluarga arwah "terimalah balasan Allah!" ???

Kamu siapa nak menjatuhkan hukum?? Jika benar menghayati Islam, kamu doakanlah arwah diampunkan dosa..bukan menuduh atau menggembar-gemburkan perlakuan arwah semasa hayat. Hentikanlah......aku merayu hentikanlah...

Al fatihah buat arwah...

P/S: sebelum menulis entri ini sebenarnya aku sedang membaca blog arwah...sememangnya aku mengikuti blog beliau, The Storyteller dan The Storyteller Part 2.

Friday, July 24, 2009

Larangan Menyiarkan Watak Pondan atau Mat Rempit

Bagus! Aku sokong..aku tengok kebelakangan ni menjadi-jadi pula drama-drama atau filem mewujudkan watak ini untuk menghidupkan cerita mereka. Bukan hendak menolak realiti kehidupan yang mana mereka ini sememangnya wujud. Tapi kalau kita terlalu mendedahkan mereka, seolah-olah kita menyokong tindak-tanduk tersebut dan ia juga membuatkan anak-anak kecil lebih terbuka menerima kehadiran mereka ini kerana 'kebiasaan' menonton di kaca televisyen.

Sebenarnya isu ini terlintas di kepala otak aku ni sebab semalam aku buat panggilan YM dengan rakanku. Dek kerana beliau tidak memakai earphone/headphone jadi suara aku yang merdu ini boleh didengari oleh rakan serumahnya yang lain. Dan aku terdengar satu komen dari rakan beliau..

"uih...suara dia macam bapuk la..!"

Ceh....

Thursday, July 16, 2009

Kuching - Festival Musik Hutan Hujan Sedunia (RWMF)

11 Julai 2009

Tarikh yang telah lama aku tunggu...tepat jam 3.30 pagi aku bangun dan bersiap untuk ke KL Sentral. Tiba di sana aku berjumpa dengan Kak Hid dan kemudian kami menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT). Dalam bas aku diperkenalkan dengan Aley..rakan Kak Hid yang turut serta dalam percutian kami ini...eh silap aku yang turut serta dalam percutian mereka..hehehe... Kami bertegur sapa dan kemudian dalam perjalanan kami bertukar-tukar cerita tentang persiapan percutian kami ini.

Dalam penerbangan, aku dapat melelapkan mata seketika sahaja kerana terganggu dek tangisan lantang seorang bayi.Aku pasti penumpang lain juga tidak selesa dan bingit tapi terpaksa bersabar sahaja...lebih kurang jam 9.oo pagi kami tiba di Lapangan Terbang Kuching. Dari sana kami mendapatkan teksi untuk ke hotel kami. Tambang dikenakan untuk 1 teksi, tidak mengikut kepala..jadi lebih jimat bagi untuk kami berbanding jika kami menggunakan pengangkutan bas. Sepanjang perjalanan aku perhatikan bandar Kuching merupakan sebuah bandar yang tersusun dan jarak antara satu lot bangunan agak besar. Sejuk mata memandang. Dari jauh kelihatan gunung...dan tatkala aku leka memerhati sekeliling, terdengar Aley bertanyakan sesuatu kepada pemandu teksi berbangsa Cina itu, aku anggarkan pakcik itu berumur dalam 65tahun....

"Uncle, itu Gunung Santubong ke?" .....sepi....tiada jawapan mahupun sebarang tindak balas dari pakcik tersebut. Aku menahan tawa melihat riak muka Aley...muka Aley agak keliru...nak kata tak dengar, memang suara beliau dah kuat. Beliau mengulangi soalan, tetapi keadaan masih sama...lalu kami mengabaikan pakcik itu yang memandu begitu rapat ke sisi kanan jalan.

Sesampai di hotel, kami menumpangkan beg kami di bilik rakan Aley, Malim dan Zul. Mereka telah tiba sehari awal dari kami. Sejurus beg selamat disimpan, kami terus menuju ke Kuching Waterfront (KW) dengan berjalan kaki. Jaraknya cuma lebih kurang 100 meter dari hotel kami. Kami berjalan kira-kira dalam 300 meter sepanjang KW. Tak lama kemudian rakan Aley, Malim mengajak kami untuk makan tengah hari...Kami ke McDonalds. Masih berjalan kaki, jarak memang dekat dari KW. Sambil makan kami berborak pelbagai topik, dan aku mudah selesa bergaul dengan Aley dan Malim walaupun baru sahaja kenal beberapa jam. Alhamdulillah aku tidak mempunyai masalah bergaul dengan orang baru.Selesai makan Malim ke bilik beliau semula untuk memberikan makanan kepada Zul yang masih di bilik.

Kami bertiga ke Hotel Hilton untuk mendapatkan tiket bas yang disediakan untuk ke Kampung Budaya Sarawak. Kami bertolak jam 12.30 dan lebih kurang sejam kemudian kami tiba di tapak festival. Di sana kami terus menuju ke Dewan Teater dimana bengkel alatan musik diadakan. Kami diperkenalkan dengan alatan muzik tradisional sabah yang berasal dari Cina iaitu sompotan dan juga inovasi alat tersebut sehingga terciptanya accordian. Persembahan diwakili oleh tiga kumpulan; pertama ialah Asika dari Malaysia yang merupakan bekas pelajar Aswara. Mereka terdiri daripada dua orang, seorang memainkan accordian dan seorang lagi pemain biola. Kumpulan kedua terdiri dari 3 orang dari Sabah, dua lelaki memainkan sompotan dan seorang wanita memainkan seruling. Mengikut adat tempatan, seruling sememangnya dimainkan oleh wanita manakala sompotan dimainkan oleh lelaki. Yang ketiga hanya seorang jejaka yang memainkan accordian tradisional dari Perancis. Pada mulanya mereka memainkan alatan masing-masing berasingan secara bergilir-gilir dan kemudian mereka bergabung memainkan beberapa buah lagu yang kebanyakannya lagu-lagu tradisional tempatan.

Sompotan; dibuat daripada labu air yang dikeringkan dan ditebuk lalu dimasukkan lapan batang buluh kecil yang berlainan panjangnya.


Asika


Kinabalu Merdu Sound


LIONEL ELIAN - Poum Tchack

Selesai sesi pertama, kami menuju ke rumah panjang dimana bengkel untuk percussion diadakan. Semasa tiba, bengkel telah bermula dan rumah panjang sememangnya padat yang mana rata-rata penonton teridiri daripada pelancing asing. Boleh dikatakan dalam lingkungan 70% ke 80%. Bengkel dimulakan dengan pengenalan percussion tempatan iaitu rebana dan gendang serta demo lagu dikir barat, wakil juga adalah ahli kumpulan Asika. Kemudian gilirian diambil oleh pemain percussion dari negara Afrika. Kami tidak menunggu lama kerana tidak selesa, kami terpaksa berdiri di luar rumah panjang dan mengintai dari tingkap serta bersesak dengan pengunjung lain.

Keadaan di dalam rumah panjang, diambil dari luar tingkap rumah. (Kepala paling kanan tu kepala pemain accordian kumpulan Asika tadi...hehehe..mamat ni pergi sebab kena perli dengan K. Hid...hehehe...)

Kami terus bergerak ke tapak gerai jualan makanan dan minuman. Rakan kami Malim membeli air mineral dengan harga RM4 bagi botol 400ml. Aku, Kak Hid dan Aley masing-masing membeli air mineral 1L dengan harga RM5. Malim kecewa hendaknya...huhuhu...Walaubagaimanapun harga melampau ini telah kujangka kerana tiada sebarang makanan dan minuman dibenarkan masuk. Waima kurma sekotak kecil yang mengandungi 2@3 biji pun dilarang.

Depan kami air RM4, yang sebelah kiri tu RM5..

Setelah berehat seketika, kami menuju ke rumah panjang Orang Ulu. Rumah ini dibina amat tinggi dari tanah. Sememangnya rumah dahulu kala dibina begitu untuk mengelakkan binatang buas dan banjir. Cuma yang ini ekstrem tinggi. Pada mulanya aku gayat, itu memang kelemahan utamaku. Fobia pada tempat tinggi. Namu aku berjaya juga memanjat tangga yang diperbuat daripada batang pokok seakan-akan balak yang ditakik-takik menjadi tangga, itupun pada cubaan yang 3 atau 4 aku kurang pasti. Setelah meneroka rumah tersebut baru aku sedar yang sebenarnya ada laluan belakang yang menggunakan tangga biasa...huhuhu....tak apalah..sekurang-kurangnya aku dapat melawan rasa gayat tadi. Kemudian kami ke beberapa buah rumah adat lagi dan melawat gerai-gerai yang menjual kraftangan tempatan termasuk tatu sementara. Khidmat melukis tatu ini amat digemari oleh pelancong warga asing, mungkin kerana keunikan corak tempatan yang boleh didapati dengan harga yang murah. Setelah menjelajah hampir keseluruh tapak Perkampungan Budaya Sarawak, kami ke tapak gerai makanan semula untuk makan malam. Jam baru menunjukkan pukul 5 petang, tetapi kami perlu segera kerana perlu ada di tapak konsert lebih awal supaya dapat tempat yang selesa untuk duduk dan lepak. Aku memilih menu laksa sarawak sebagai makan malam. Oleh kerana kuahnya agak berlemak dan aku tidak begitu lapar, aku berasa muak dan tidak mampu menghabiskan makanan tersebut.. :( . Selesai makan, aku ke surau sebentar menunaikan solat. Sesudah itu kami terus bergerak ke tapak konsert dan mendapatkan tempat yang sesuai untuk duduk menyaksikan konsert yang akan bermula sejam dua lagi.

Ini dia tempat kami duduk, baru pukul 6.00 orang dah mula penuh. Konsert mula jam 7.30.

Tepat jam 7.30 konsert dimulakan. Persembahan pembukaan diberikan oleh kumpulan Asika. Persembahan mereka bertenaga dan menarik. Walaupun aku tidak berapa minat dengan lagu-lagu tradisional yang kebiasaanya berentak perlahan, tetapi keunikan muzik yang mereka olah menjadikan aku tidak lari tumpuan. Terdapat 7 kumpulan yang akan membuat persembahan iaitu; Asika - Malaysia, LAN-È TUYANG – Sarawak, Oudaden - Morocco, Jouhiorkesteri - Finland, Moana and the Tribe – New Zealand, Jeff and Vida- USA, dan Dazkarieh – Portugal. Yang paling mendapat perhatianku adalah persembahan dari Morocco, Oudaden. Kenapa? hehehe...sebab aku kagum dengan kemampuan beliau menari dengan busana ala-ala jubah itu. Sebelum konsert bermula, kami dah terpandang kumpulan berjubah ini berdiri sayup di hujung tepi pentas. Aku agak pelik dengan penampilan mereka, masa tu tak tau yang mereka ni salah sebuah kumpulan yang akan membuat persembahan. Kemudian aku bersuara..

"Mana pula datang orang berjubah ni?"

Salah seorang dari kami, tak silap aku Kak Hid yang menjawab "Ala..dia orang nak insafkan kita la..maghrib ada dekat sini..."

Perbualan tersebut lenyap begitu sahaja...

Tetapi sebaik mereka muncul di atas pentas aku berteriak kecil.."Eh, ni orang berjubah tadi..!"

Kerana keunikan pakaian mereka...aku memerhatikan mereka seorang demi seorang, walaupun dari jarak yang agak jauh. Sebaik persembahan bermula aku mengkritik salah seorang dari mereka yang berpakaian agak istimewa dari yang lain...

"Eleh, baju saja cantik..tapi main benda tu je..." merujuk kepada alat muzik ala-ala castanets tetapi diperbuat daripada besi.

Castanets

Tetapi apabila lagu semakin rancak jejaka tersebut (yang aku perlekehkan tadi) mula menari. Pada mulanya sekadar menginjakkan kaki, tetapi lama-kelamaan semakina agresif. Siap melompat macam penari rap. Aku mula teruja dengan persembahan beliau, aku dan K. Hid siap ke depan sedikit untuk melihat dengan lebih jelas sehingga habis persembahan kumpulan beliau.

Dek kerana tidak mahu berebut bas, kami membuat keputusan untuk beredar awal dari konsert. Jam 10.30, semasa kumpulan Moana and the Tribe dari New Zealand berada dipuncak persembahan kami beredar. Setelah lebih kurang 45 minit perjalanan, kami pun tiba di bandar Kuching. Kami tidak terus pulang ke hotel sebaliknnya ke Waterfront untuk melepaskan lelah dan dahaga. Daripada 5 orang, kumpulan kami menjadi besar dengan kehadiran beberapa lagi rakan Aley menjadikan jumlah kami seramai 9 orang. Dari waterfront kami berpindah ke kedai makan lain pula yang terletak kira-kira 300 meter dari Waterfront. Selepas lebih kurang 2 jam berbual panjang tentang pelbagai topik, kami pun pulang ke hotel.

Kami bertiga baru nak 'check in'. Aku yang menempah double bed dah tak sabar nak masuk bilik (Sila jangan pelik kenapa aku gatal-gatal ambil 'double bed', ini semua kerana harganya RM10 lagi murah dari 'single bed'). Sebaik aku tiba dibilik, aku mandi dan solat. Lepas tu terus tidak sedarkan diri...namun begitu aku hanya gunakan sebahagian katil saja. Maklumlah...katil besar..hehehe..! Takut juga nak tidur seorang diri, dekat rumah biasalah. Di hotel ini baru kali ke dua.

Tamat hari pertama yang diluangkan hampir sepenuhnya untuk RWMF 2009.

Tuesday, June 23, 2009

Kesesakan Jalanraya akibat DURIAN

Kesesakan yg aku lalui kalau balik antara pukul 5.30- 7.30 ptg...kalau malam tak sangat...

Puncanya? Ni haaaa.....



Gerai-gerai durian yang mendapat sambutan hangat..aku tak pasti kenapa tahun ini begitu meriah..walhal bertahun-tahun lepas lagi gerai-gerai ni memang wujud pada musim durian...cuma sambutan kali ini amat memberangsangkan..sampai sesak jalan...macam pesta tau..!

Wednesday, June 17, 2009

MC Hammer

Sedang pengerusi mensyuarat tekun memberi penerangan tentang kes mahkamah yang melibatkan syarikat kami, dan tatkala aku tekun mendengar sambil mengambil minit...

"Sepatutnya mereka perlu melantik mmm...MC...emm..apa dia panggil tu ya...(sambil berfikir sejenak)...apa ya..." pengerusi berbicara.

Terdengar celahan dari Pengurus Besar, "MC Hammer...?"

Hahahahahahahahahahahahahahahaha....!!!

Wah..!! Lawak tahap apakah ini? Ikutkan hati aku nak gelak guling-guling dari hujung meja sampai hujung meja mesyuarat yang boleh memuatkan 12 orang itu.

Tapi yang aku mampu hanya tersenyum manis sehingga panas cuping telingaku kerana menahan tawa...

******************************************************************************

Um..syarikat aku bekerja dimiliki oleh dua pemegang saham korporat, salah satunya MAIS....ini sebagai intro. Sedang Pengurus Besar membelek-belek Imbangan Duga, beliau bersuara..

"Alhamdulillah ni apa ya?"

Aku dengan terpinga-pinga membelek laporan tersebut...

Wah...! Ni mesti masa aku buat report aku tengah 'chatting' lalu tertaip diatas laporan!

Lalu beliau menyambung komen, ya lah kita kan dengan MAIS...Alhamdulillah...!

Hahahahahahahahahah...!!! Sekali lagi pecah tawa dalam bilik mesyuarat...

************************************************************************************

Yang kiri : WMN 240 Yang kanan : WMN 2140

17.06.2009, 07:50 ; Kebetulan? Dua buah Proton Waja berwarna sama dan nombor plat juga hampir sama...

Saturday, June 13, 2009

Hari Minggu 2

Setelah sekian lama aku mengabaikan blog kesayanganku ni..mungkin kerana kepadatan aktiviti aku. Aku dah mencoret sebahagian daripada percutian ke Bandung...belum pun mampu melangsaikan akibat tertangguh beberapa kali...

Bagaimanapun aku teruskan dulu dengan entri lain-lain ya...aktiviti aku pada hari sabtu seperti biasa bekerja sehingga jam 12.30...kemudian berkejar pulang untuk menyertai keluargaku ke kenduri kahwin jiran hadapan rumah. Mereka mengadakan jamuan di Kem Batu Kentonmen (sekali dengar macam nama jawa kan?), tak silap aku di Jalan Ipoh.

Dari kanan : Adik, Pakcik Daud dan Makcik Mah (jiran)

Cedok nasi sendiri ye cikgu...

Makku yang tengah berkira-kira nak makan lauk apa...maklumla banyak pantang..

Dewan yang padat dengan hadirin

Hiasan di meja tetamu...

Bersama Farah Adibah....

Sebaik keluar dari dewan, kami ke khemah luar untuk hidangan ringan seperti aiskrim tapai, kuih-muih, teh tarik, jus oren, maruku dan kekacang.

Starbuck Teh Tarik Corner ;)

Tempat kami lepak menikmati teh tarik dan jamuan ringan..

Sebelum berangkat....

Oh ya...kerana aku sedang mengamalkan disiplin makanan yang ketat, aku mengambil kuantiti makanan yang sedikit. Pakcik Daud berkali-kali menyuruh aku tambah. Kata beliau "Segan pakcik nak tambah macam ni. Sikit sungguh Angah makan..tambah lah lagi...". Semasa menikmati juadah ringan di luar dewan pun beliau sibuk mengajak aku merasa semua kuih-muih yang ada....hehehe.Sehingga dalam perjalanan pulang pun berkali-kali beliau mengungkit tentang kuantiti makanan yang aku ambil sehingga membuatkan aku dan adikku tertawa kecil melihat gelagat beliau.

*****************************************************

Pada malam hari, aku dan adikku ke pasar malam untuk membeli juadah. Apa yang ingin aku kongsikan adalah penemuan makanan ringan yang menjadi kegemaran semasa jaman (perkataan yang gemar kudengar dari mulut Pak Sukiman) sekolah rendahku. Semasa aku masih langsing ;) dan ayu, ketika melangkah keluar dari pintu pagar sekolah. Mata aku pasti akan tertumpu pada seorang pakcik dengan motosikalnya. Dibahagian belakang motosikal beliau terletak sebuah peti dan alat pembakar yang bercantum dengan peti tersebut....ini dia...

Sate Ikan..!! Harga sekitar tahun 1993-1995 adalah RM0.10 secucuk..sekarang RM0.20.

Behinilah cara sate dibakar..atas motor! ;)

Sememangnya penemuan makanan ini semula amat mengembalikan nostalgia zaman persekolahan dan zaman kanak-kanak. Aku beli RM 2.00! Hehehe...

Monday, May 18, 2009

Hari Minggu 1

Hari minggu baru-baru ini aku memang tak lekat di rumah. Sabtu pagi macam biasalah, aku bekerja sehingga jam 12.30. Kemudian aku menghadiri sambutan hari jururawat seperti yang aku ceritakan di sini. Aku tiba hampir senja kerana menjemput adikku sekali...

Hari ahad...pagi-pagi aku dah keluar rumah untuk ke Klang. Aku nak baiki kerosakan alat penghawa dingin kereta kesayanganku. Jauh? Nak buat macam mana, di sana ada yang sudi membantu. Yang penting aku dapat pastikan duit yang aku belanjakan berbaloi dan kerja-kerja yang dilakukan ke atas keretaku adalah dari orang yang jujur. Nanti kalau aku pegi kedai yang aku tak kenal, tanpa sesiapa yang boleh bimbing aku....

bukan aku tahu dia isi gas penghawa dingin tu penuh ke separuh ke...
cooling coil tu bocor betul-betul ke tidak ke...
compressor tu memang kantoi ke sebenarnya elok lagi...
dan komponen-komponen kecil yang berkaitan benar-benar perlu diganti atau masih boleh digunakan...

Faktor inilah yang selalu aku risaukan kalau aku ke bengkel kereta..

Apa pun aku sudah mengeluarkan belanja yang (sangat) besar untuk keretaku...dan aku berpuas hati...

Baiki penghawa dingin..
Tambah penggelap cermin..
Tukar sistem penggera..

Seharian aku kat bengkel tu...dr jam 10pg sampai 7ptg...abang aku setia tunggu dari pagi sampai ke petang. Tapi aku keliru jugak la...sebab aku yang beriya nak baiki kereta. Dia pun sama naik, kos dia tu lari sikit saje dari aku! Kereta aku dah siap, dia punya tak siap-siap lagi. Dan kos aku untuk 3 perkara...dia punya semata-mata untuk sistem bunyi! Haishh..!!

Malam pula aku sangat letih..tidur awal..!

Saturday, May 16, 2009

Hari Jururawat

Selamat Hari Jururawat...!

Hari ini hospital di mana aku bekerja telah mengadakan sambutan hari jururawat sempena hari jururawat sedunia yang lalu. Majlis cukup meriah walaupun bilangan kami tidak begitu ramai..

Walaupun agak terkilan kerana bos besar tak dapat turut serta,namun sambutan meriah yang diberikan oleh setiap staf amat mengharukan. Antara aktiviti yang diadakan adalah ucapan oleh SN Norhanim (Pemangku Jururawat),Dr. Mashitah (Pakar perbidanan dan sakit puan); kemudian majlis bacaan ikrar, penyampaian hadiah untuk jururawat contoh di Kajang dan cawangan Petaling Jaya, upacara potong kek, makan, pertandingan puzzle, karaoke dan majlis penyampaian hadiah. Oh ya, kumpulan aku dapat juara untuk pertandingan puzzle! ;)

Bacaan ikrar oleh para jururawat

Jururawat contoh - Cawangan PJ

Jururawat contoh - Kajang

Upacara potong kek

Kumpulan 1 (kumpulan aku juga! Johan tau..!) Puzzle competition..

Yang sempat diselesaikan dalam sejam

Kumpulan kami johan!

Blockquote
Acara terakhir, karaoke!

Friday, May 8, 2009

Kek Tiramisu Vs Kek Keremel

Setiap bulan, syarikatku akan adakan sambutan hari lahir untuk pekerjanya. Bulan ini istimewa sedikit sebab hari lahir bosku...kami makan nasi dagang..majlis yang kecil tapi sangat bermakna bagi kami. Aku sangat bersyukur dapat peluang berkhidmat dengan syarikat aku yang kini..bahagia! Mari kongsi gambar!


Kek keremel..mula-mula ingat tiramisu..sedap!! Kali pertama rasa..


Nasi dagang..


Menanti bos yang diraikan


Yeay..!! Beliau cakap umur beliau baru mencecah 21! Aku pula pegi cakap 27..habis la bonus aku!


Kaum adam membincangkan isu serius! Kenapa pakcik tak datang jamuan..selalu beliau tak pernah lepas!! Hehehe


Serangan terhadap nasi dagang bermula!


Lepas dapat sengeh dekat kamera, dia buat-buat khusyuk makan. Doktor nak menangis tengok lakonan beliau..hehe..


Sedap! RM3.00 satu set!


Laku..dan Alhamdulillah cukup untuk semua..

Pencuci mulut...


Misi berjaya. Beliau menghadapi beberapa dugaan untuk menghabiskan hidangan itu. Pusingan 1, Kuah dan ayam dah habis, nasi ada lagi. 2. Kuah dan nasi habis, ayam ada lagi, 3. Baru habis sempurna...heheheh..beliau sangat kelakar