Saturday, April 4, 2009

KFC - Sehingga makan hati



Hehe...aku tukar slogan KFC...

Untuk makan malam tadi, kakak mudaku belanja aku sekeluarga makan KFC. Oleh kerana aku sedang dalam proses menurunkan berat badan. Aku perlu meminimakan pengambilan gula,kabohidrat dan lemak. Jadi aku hanya makan seketul (selalu dua tau..dengan kulit! ) dengan mencampakkan kulitnya sejauh mungkin, 2 sudu coleslow dan beberapa sudu kentang putar. Air Pepsi berjaya tidak disentuh..eh tipu! Aku pegang air tu tadi untuk diberikan kepada kakakku..heheh. Aku minum air mineral sahaja. Sebab itu aku makan hati! Ahakss...

Sepanjang minggu ini aku telah berjaya menjaga pemakanan aku seperti yang dirancang. InsyaAllah dalam masa terdekat aku akan mulakan jadual senaman teratur pula. Semuanya perlu dimulakan berperingkat-peringkat agar tubuhku dapat berkerjasama dengan baik. Aku berharap sangat agar aku cekal bertahan..jangan hangat-hangat tapi sejuk balik (tak mahulah tahi ayam je..! buat baja lagi bagus!)

Biarlah kau semua tahu, bukan aku nak bangga diri atau kata orang telur sebiji riuh sekampung. Jika dilihat secara positifnya, ia sebagai pendorong aku untuk kekal dalam jadual. Ialah, kalau kau semua dah tahu perkara ini, malu kalau sekerat jalan sahaja..!

Dah alang-alang, baik aku catit satu matlamat jangka pendek kan? Umm..tidak boleh terlalu tinggi...Baiklah, mengikut pencapaian diet yang dahulu aku mampu menghilangkan 2 kilo dalam masa seminggu. Jadi aku sasarkan;

Turun 1 kilo pada 12 April 2009




2 comments:

DilaGhani said...

pehal kakak mudaa?????

WaniGhani said...

cuba terjemahkan -->> younger sister AHAKSS!!

Post a Comment