Monday, April 27, 2009

Tempe Vs Penyapu

Hehehe...kalau kau seorang yang sangat tangkas otaknya...pasti kau dah dapat meneka..

Semalam aku membuat carian berkenaan lokasi kem wataniah di Seksyen 16, Shah Alam..sebaik hasil carian dipaparkan. Aku dapat lihat semuanya berkaitan dengan satu nama! Dan ia telah membawa aku ke blog ini. Aku sangat tertarik dengan iklan yang diubahsuai dari sebuah produk kecantikan ternama. L'oreal..



Lo'koktempe!!

Lagi Majlis Perkahwinan Bekas Rakan Seperjuangan

Hari sabtu lalu aku mengambil cuti untuk meraikan hari besar bagi bekas rakan seperjuanganku dan masih bersahabat semestinya. Ya, banyak sangat perjuangan yang berbekas bersama..sebab tu aku tulis tajuk begitu. "Bekas-bekas"nya adalah...

1.Sekolah rendah sama..tak sekelas tapi ada la juga pergi sekolah sama-sama, berjalan beriringan tak sesaiz! Hahahaha...
2.Sekolah menengah sama...9bulan saja...
3. Pusat matrikulasi pun sama..aku pergi nun jauh kat hujung negara..sekali jumpa dia juga!!
4. IPTA yang sama!
5. 2 Persatuan yang sama!!! Dua-dua kami aktif..
6.Masih lagi berjiran...tak kira bekas lagi la...

Alah...aku tulis pun apa kau semua peduli...aku bukan Dato Siti ke, Datuk Sri Rafidah ke...tapi sebab ni blog aku...hehe..peduli!

Em..berbalik kepada majlis beliau..memanglah amat meriah, dari majlis nikah malam sebelum pun memang dah cukup meriah. Perkara biasa yang terjadi di sesebuah majlis perkahwinan adalah seolah-seolah sebuah tempat pertemuan semula rakan-rakan lama. Sama ada sekolah, pusat pengajian tinggi atau rakan pejabat. Jadi dek kerana kami banyak menuntut di tempat sama..seronok sangatlah aku dapat jumpa ramai kawan. Kerja aku layan mereka ni sahajalah...ala-ala penyambut tetamu la....

Alhamdulillah semua berjalan lancar..semoga beliau berbahagia menempuh alam rumah tangga dan dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Masih belum dapat menerima hakikat yang beliau telah menjadi isteri seseorang...!

Kali ini baru aku puas dapat main dengan si comel ini..walaupun sekejap..


Si tembam ini tidur dengan nyenyaknya...empuk sangat!!


Baju pengantin dari dekat..aku sangat suka..!!


Pasangan yang diraikan..


Sejurus selepas nikah...

Friday, April 24, 2009

PROCEED!

Dulu aku cukup paranoid bila dengar perkataan ni...kenapa? Biarlah rahsia..hehe...tapi kebanyakan pembaca yang semangnya terdiri daripada rakan-rakanku..mereka akan faham...dan tahu kenapa perkataan ini cukup 'berhantu'...

Tadi aku dapat panggilan telefon..

Aku mengangkat gagang dan bersuara.." Hello.." Helo...helo..ehehe..acah saja..tu kan lagu Farah Asyikin...Sekali saja aku helo...Ihiks..!

"Cik Syazwani ya?" kedengaran suara seorang wanita.

"Ya.." Jawabku ringkas.

"Saya Michealle Yeoh dari Syarikat Tunggang Terbalik...macam mana dengan proposal semalam?" Tanya beliau..

"Oh ya..Michealle..Proceed!" Balasku yakin.

"Okay, proceed ya..! Terima kasih"

Sebaik aku meletakkan gagang...terus hatiku berbisik..."Hah??? Aku sebut PROCEED??? oh tidak aku tidak seperti dia...aku telah membuat pertimbangan dan perbincangan yang sewajarnya dengan bos aku...oh tidak...aku bukan seperti dia.."

Lantas terus aku menghantar mesej kepada bekas rakan sekerjaku melalui Skype...hehehe...mengimbau kenangan lalu...ceh...terus nyanyi lagu

Lela - Bidadari

Kenangan silam aku dan dirimu
Berdua sesama bermadu
Saling berjanji sehidup semati
Hakikat di dunia ini

Segala yang dikata
Harus di kota
Ibarat adam dan juga hawa
Alangkah indah
Sewaktu bercinta
Tiada senjata
Yang dapat menghalang kita

Kau umpama bidadari
Suci bagai embun pagi
Tapi aku belum pasti
Apakah cintamu itu suci

Kau hadir membawa erti
Penawar di kala sepi
Sehangat dian yang menyinari
Bersama cintamu abadi

Tak..tak...aku tiada hubungan sulit dengan dia...salah sama sekali....

Cuma lagu top tu....

Tuesday, April 21, 2009

Per'Catur'an Hidup yang 'Bistari'

Sejak kebelakangan ni aku tidak mengeluarkan entri sekerap dulu. Aku memang sangat sibuk terutama urusan kerjaku...tak perlulah aku cerita dengan terperinci..yang pasti sampai tahap bos aku pening nak susun kerja kami supaya tak bercanggah dengan kepadatan jadual aku. Kesian bos aku yang baik hati tu...

Seperti entri aku sebelum ini, aku sudah maklumkan pemergianku ke Pulau Pinang. Selesai waktu kerja, kami dijadualkan dengan beberapa aktiviti...petang khamis ada sukaneka. Suka la sangat kan...hehehe...sukanekanya;

1. Kena pakaikan baju 'chef' pada salah seorang ahli kumpulan-tak adalah seronok sangat, biasa-biasa saja..

2. Kena pegang 'skeatle' pusing 5 kali arah lawan jam, lepas tu lari dan melangkah dicelah-celah tayar, akhir sekali merangkak (meniarap sebenarnya) bawa tali yang dipasang (ala..macam askar tu) - hehehe...yang ni seronok sebab masing-masing macam mabuk! lepas tu kena lari...hahahaha!! kau orang bayangkan la..dah la mabuk,kena lari,nak mencelah kat tayar, merangkak lagi...

.....tapi bab tak seronok aku orang terakhir!! peserta akhir dari kumpulan terakhir tak mahu teruskan, katanya dah pasti kalah..hampas tebu betul! Dah la semua tengok aku yang comel lagi menarik ni berlari terkedek-kedek! Haishh...

3. Cari harta karun-bukan karun pun...barang-barang sekitar je, contoh: tuala yang dah pakai, sunblock lotion, telur. Habis aku kebas (pinjam la) selipar mak arab...ekekeke...losyen aku pinjam minah saleh yang tengah berjemur...nasib laaa....tu je ada..

4. Tarik tali-kumpulan aku menang tempat ke-4 dari EMPAT kumpulan...hehehe...yang pasti SEMUA sakit-sakit badan esoknya...

Malam tu kami ada permainan catur bistari. Ala-ala permainan Monopoli..tapi ini dikeluarkan khas oleh Johor Corporation. Bagi aku permainan ni seronok juga..lain dari yang lain. Ia ada 3 peringkat; 1. Makan gaji 2.Tijarah & 3. Jihad Bisnes. Sila klik di setiap peringkat untuk penerangan lanjut.

Jadi pada peringkat 1, kami akan mendapat gaji sebanyak RM3,000 setiap kali melepasi petak 'ambil gaji'. Kemudian selepas beberapa pusingan, aku dikenakan 'fitrah' (perbelanjaan harian) iaitu untuk membuat bayaran bulanan kereta bapa mertuaku sebanyak RM3,000 (Merc lagi!) Wahhh...?!! Tak ada gajilah aku? Redha....permainan diteruskan..

Selepas beberapa pusingan aku berjaya mendapatkan 2 kali kenaikan gaji sebanyak 10% setiap kali. Jadi gaji aku telah menjadi RM 3,630. Alhamdulillah, dapatlah juga RM630 kan?? Tambahan pula aku telah berjaya mendapatkan petak '2 bulan bonus' sebanyak 2 kali...jadi bertambah juga la tunai aku.

Tapi panas kusangkakan sampai ke petang...rupanya hujan ditengah hari...aku dikenakan kad 'fitrah' lagi. Kali ini bayar bulanan kereta ibu mertua pula! RM 700!! Hahaha....gaji aku -RM70! Apa kes?? Bukan main lagi ahli kumpulan aku tergelak dengan nasib aku.

En. A sambil menahan gelak bertanya..."Dah kahwin belum?"

Aku menggeleng..

"Hahahah...tak lama la tu...." sambung beliau..

"Kahkahkahkah...!!" Serentak pecah tawa ahli-ahli kumpulanku..tak apalah...aku aminkan aja..haha!!

Masa permainan diberi selama sejam. Sebaik tamat masa, setiap tunai individu dan kumpulan direkodkan untuk kiraan mata. Ahli kumpulan kami semua tak lepas ke tahap 2! Sambil kami mengemas, kami terdengar kumpulan sebelah melaporkan kutipan tunai mereka...

Omakkkaiii...!! Semua main ratus-ratus ribu...semua dah peringkat 2! Paling tinggi yang menang mata individu dapat RM 440,000.00. Kumpulan aku?? Paling cemerlang RM 33,000!! Ekekekekek...!! Mana nak dapat duit! Semua takut melabur, lepas tu asyik kena penalti hilang 3 pusingan la..macam-macam penalti kena. Aku yang tak kena penalti kena bayar kereta mak dan ayah mertua pula...aku pun pakai keta comel...tang pak mertua Mercedes!! wah...macam mana nak kaya! Hahahaha...!

Apa pun aku bersyukur diberi peluang menyertai program ini,disamping aktiviti yang seronok..banyak ilmu dapat aku perolehi sepanjang 3 hari disana..dapat juga percutian tak rasmi di tempat yg cukup selesa...hehe...kalau duit sendiri tercekik la jugak nak bayar!

Gayat! Tak jejakkan kaki kat beranda pun..! Dari dalam saja...

Subhanallah....menyejukkan hati kan? Tapi tetap gayat...

Oh ya..bas kami ditahan semasa dalam perjalanan pulang. Ada sekatan jalan raya besar-besaran di tol Jalan Duta. Polis,JPJ,JPN,JAS...semua J ada...Joe Jambul je aku tak nampak...hiks..! Seorang pegawai JPN naik memeriksa kad pengenalan setiap orang. Dia suluh kad kami dengan sebuah lampu suluh mini yang mengeluarkan cahaya biru. Ala-ala CSI tu..

Wahhhh!! Baru aku tau ada imej muka kita lagi satu yang kita tak boleh nampak dengan pandangan kasar. Dengan lampu tu kita boleh nampak imej kedua tu dan nombor kad kita yang terselindung juga. Sebaik pegawai tu turun...ada la seseorang bersuara..

"Eh...Jabatan Pelancongan pun ada ya..??"

Aku... "????????????????????????????????????"

Satu suara membalas..."Tu bukan pelancongan la...tu Jabatan Pendaftaran!"

Aduhhhhhhhhhhhhhh.....sakitnya urat-urat kepala aku tahan gelak....! Mungkin faktor masa yang membuatkan beliau agak bingung...jam menunjukkan jam 11.40 malam..

Nak jadi cerita..pemandu pula tak bawa lesen...nasib baik zaman canggih..boleh periksa pakai mesin pengimbas ibu jari. Sementara menuggu urusan selesai, beberapa orang turun ke tandas. Tak lama kemudian pemandu naik semula dan menggesa yang ke tandas segera naik bas. Rupanya permit bas sampai 12 malam saja..terkedek-kedek yang tak sempat tunaikan hajat berlari ke bas.

Alhamdulillah...lebih kurang jam 12.10 kami tiba di ibu pejabat. Bapaku dah menunggu untuk tukarkan bateri kereta aku yang kehabisan dek penggera yang berbunyi tidak henti sepanjang malam semalam. Lupa memesan rakanku yang tolong parkirkan keretaku bahawa penggera tu bermasalah. ..kesian kejiranan berhampiran...

Alhamdulillah tepat 1.15 kami tiba dirumah....ZzzZZzzZZzz...

Tuesday, April 14, 2009

Bagai Pinang di Belah Dua

Kalau belah empat macam mana pula? adakah bermadu 3?? uhuhuhu..merapu je lah...

Aku nak pergi Pulau Pinang esok...itu saja isunya..hehehe...teruja sikit sebab...

Kali pertama aku menghadiri mesyuarat yang ada team building dan kerja kumpulan...hehe... Teruja nak kenal dengan orang-orang yang selalu dihubungi atau dengar nama saja..ada la jumpa sebelum ni tapi tak ada peluang nak bersosial sikit...

Lepas tu aku nak guna kesempatan ni jumpa sepupu aku yang comel lagi bijaksana...japlus! nganganga.....rindu...

Nanti kau japlus!!

Saturday, April 11, 2009

Langit ke 7

Bukan fasal lagu Azharina la...ni nak buat tag...aku letih sangat la minggu ni..


7fakta yang membosankan tentang owner blog ini

1.Suka Anuar Zain dari dulu
2.Suka hijau dari dulu
3.Skema..kenyataan yang kadang-kadang tak percaya..
4.Gelabah bila lambat..nak pergi peperiksaan tadi pun gelabah..bosan je kawan aku
5.Pelupa tahap Satria Baja Hitam (Gaban dah selalu sangatlah..nanti aku lebih membosankan)
6.Pengetahuan rendah tentang politik...
7.Rajin dalam kelas..macam faham sangat!


7perkara yang menakutkan

1.Kemalangan kereta..cukuplah sekali..
2.Tempat tinggi
3.Berpisah kekal dengan orang tersayang..belum pernah, jadi tidak tahu kekuatan diri.. 4.Gagal periksa
5.Dibuang kerja
6.Andartu..Na'uzubillah..!
7.Pegang orang histeria

7lagu buat masa sekarang

1.David Archuleta-Crush
2.Jason Mraz feat Colbie Caillat-Lucky
3.Anggun-Crazy

4.Ore piya (Talentime soundtrack)

5.Afgan-Terima Kasih Cinta
6.Samson-Tak Bisa Memiliki
7.Taylor Swift-Love Story


7perkara yg selalu disebut
Hari-hari aku sebut semua ni..
1.Dik, keluarkan (dari tas tangan) T
ouch n' Go.. - Setiap pagi
2.Mana spek angah? (kan aku pelupa...)
3.Ye la tu - kalau kena puji lepas tu tak ada modal nak jawab..haha!!

4.Saya Wani dari (nama tempat kerja aku)..
5.Abah, sapa nak ambil adik?
6.Kak, nak makan kat mana?

7.Saya rindu awak *_*



7perkara yang bernilai


Aku tak pasti perkara itu merujuk kepada apa, jadi aku hanya ambil kira kebendaan sahaja
1.Masakan Emak
2.Kaca mata
3.Kereta
4.Komputer riba
5.Putik kapas - kau lupa ni ya Dila??
6.Odorono
7.Kasut saiz 8@9 - bekalan yang sangat terhad

Misi Berjaya!

Alhamdulillah misi yang aku sasarkan pada minggu lalu seperti yang dicatatkan di sini telah berjaya tercapai.....akan diteruskan untuk minggu hadapan.. :)

Hari ini aku akan menduduki peperiksaan. Sesiapa yang membaca ini saya pohon untuk mendoakan kejayaan saya dan dipermudahkan segala urusan. Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan orang sekeliling. Amiin.

Friday, April 10, 2009

Lelucon!!

Aku memang tergolek-golek gelak...aduh ...!!!


Tuesday, April 7, 2009

Ahli Nujum

Malam tadi aku ke kelas, walaupun dimaklumkan dalam masa yang singkat aku tetap bergegas ke sana. Rasa sayang pula kalau ketinggalan.Ini pertama kali aku hadir untuk kelas sebegini. Semangat dia lain macam sikit la..hehehe....

Sebaik sampai aku berdebar nak bukak pintu...malunya sampai lambat. Bismillah....

Jeng...!!


Ada seorang sedang menanti di podium, pengajarnya aku agak.

Dua orang dibelakang kelas, sibuk menguruskan dokumen-dokumen.

Itu sahaja?!

5 minit kemudian ada seorang lelaki tiba. Kelas bermula beberapa minit selepas itu. Rupa-rupanya yang dua orang dibelakang kelas itu bukan datang untuk menghadiri kelas, tetapi untuk menyelesaikan tugas mereka. Cuma lelaki yang datang selepas aku sahaja datang untuk kelas. Tidak berapa lama selepas kelas bermula, seorang lagi lelaki menyertai. Itulah bilangan yang hadir malam tadi.....3!

Sesampai dirumah, aku ke bilik emakku. Beliau baru selesai solat Isya', sebaik mak aku habis berdoa aku bertanya..

"Mak...mak..cuba mak teka berapa orang kat kelas tadi...??"

Laju gila mak aku jawab....."TIGA?!"

Pecah berderai tawa aku sambil menjawab... "Betul..!!"

Terus kami gelak terguling-guling...(Eh..tipu je...)

"Mak boleh jadi ahli nujum la macam ni...!!"

Kah...kah...kah....Kami gelak lagi....sampai sakit-sakit perut aku. Dah la jawab laju, tepat pula tu !

Monday, April 6, 2009

Sudah-sudahlah....



Aku berseru....


Baliklah kamu wahai suami-suami kepada isteri-isteri kamu..

Jangan kamu anggap mencari yang lain dapat menyelesaikan masalah yang ada...

Malah ia merumitkan lagi keadaan...

Kau juga telah menambah bilangan wanita yang lara...

Sunday, April 5, 2009

Aktiviti Pagi Minggu

Tepat 7.30 aku dah keluar rumah. Nak bersarapan di luar bersama rakan baikku sambil menyerahkan keropok lekor yang dipesannya... ;) Tatkala ini dia sudah selamat di kampung..Alhamdulillah...

Sebaik selesai sarapan aku terus pulang. Aku dah rancang nak mandikan buah hati aku...Kesian dia, aku mandi hari-hari. Tapi dia, seminggu sekali belum tentu. Hari ini aku pakaikan toner pada mukanya. Banyak sangat jeragat hitam menjadikan mukanya berminyak. Aku tahu kecantikan dalaman dan luaran sama penting. Sebab itu aku tak lupa bersihkan bahagian dalamannya..aku pastikan semua daki yang tercapai dibersihkan. Aku tidaklah pakar sangat bab pembersihan dalaman, tetapi memadai bagi mengelakkan daki tepu..! Kini buah hatiku dah bersih....!!

Tadaaaaaaaaaaaaaa.....!!!




Saturday, April 4, 2009

KFC - Sehingga makan hati



Hehe...aku tukar slogan KFC...

Untuk makan malam tadi, kakak mudaku belanja aku sekeluarga makan KFC. Oleh kerana aku sedang dalam proses menurunkan berat badan. Aku perlu meminimakan pengambilan gula,kabohidrat dan lemak. Jadi aku hanya makan seketul (selalu dua tau..dengan kulit! ) dengan mencampakkan kulitnya sejauh mungkin, 2 sudu coleslow dan beberapa sudu kentang putar. Air Pepsi berjaya tidak disentuh..eh tipu! Aku pegang air tu tadi untuk diberikan kepada kakakku..heheh. Aku minum air mineral sahaja. Sebab itu aku makan hati! Ahakss...

Sepanjang minggu ini aku telah berjaya menjaga pemakanan aku seperti yang dirancang. InsyaAllah dalam masa terdekat aku akan mulakan jadual senaman teratur pula. Semuanya perlu dimulakan berperingkat-peringkat agar tubuhku dapat berkerjasama dengan baik. Aku berharap sangat agar aku cekal bertahan..jangan hangat-hangat tapi sejuk balik (tak mahulah tahi ayam je..! buat baja lagi bagus!)

Biarlah kau semua tahu, bukan aku nak bangga diri atau kata orang telur sebiji riuh sekampung. Jika dilihat secara positifnya, ia sebagai pendorong aku untuk kekal dalam jadual. Ialah, kalau kau semua dah tahu perkara ini, malu kalau sekerat jalan sahaja..!

Dah alang-alang, baik aku catit satu matlamat jangka pendek kan? Umm..tidak boleh terlalu tinggi...Baiklah, mengikut pencapaian diet yang dahulu aku mampu menghilangkan 2 kilo dalam masa seminggu. Jadi aku sasarkan;

Turun 1 kilo pada 12 April 2009




Mari Menulis Jawi

Hurm...cuba ingat kembali..dah berapa lama agaknya kamu tidak menulis jawi? Aku rasa kali terakhir beberapa bulan lalu. Itu pun kerana membantu kenalanku menyalin doa. Dia rabun, kacamata tidak dibawa bersama. Itu la yang terakhir setakat ini...Kemudian berkubur sehinggalah pagi tadi aku berborak dengan kenalan jauhku melalui Skype. Sedang aku menerangkan tentang berbuat ibadah, dia menyokong sambil berkata (versi dialih bahasa ya..!) bahawa sekurang-kurangnya aku boleh dapat "AJR" (Pahala). Aku bertanyakan kepadanya bagaimana hendak menyebut perkataan tersebut. Dia menulis dengan tulisan jawi....

Wah...kagum aku. Aku tak tahu pula boleh menulis jawi semasa berborak di Skype. Aku bertanya beliau bagaimana caranya agar aku dapat menulis jawi juga. Rupa-rupanya beliau ke laman web ini. Lalu aku pun mula la teruja menggunakan applikasi tersebut. Mari menulis...!! Hehehehe....


Pembedahan Plastik

Hurm...tak lah...mana ada aku buat pembedahan plastik...aku dah cukup bersyukur dengan apa yang Dia berikan.Yang aku maksudkan pada tajuk adalah tema blog aku saja...hehehe...

Jadi macam mana..ok tak? Biasalah, mata aku tertarik kepada hijau juga...Tak mampu mengelak. Aku kurang berkesempatan untuk memuatkan banyak entri kerana kekurangan idea dan kesuntukan masa. Aku agak sibuk dengan kerja dan urusan perniagaanku (cewah...!), tinggi betul anganku. Tapi tidak mengapa, aku berikan angan-angan supaya ia akan menjadi kenyataan. InsyaAllah...!

Hari ini agak memenatkan...tapi aku seronok dan berpuas hati. Aku dapat memanfaatkan masa aku sepenuhnya. Aku amat mengharapkan agar usaha ini akan menjadi titik tolak untuk aku terus melangkah setapak kehadapan dan seterusnya ke puncak kejayaan. Hish..macam jualan langsung pula bunyinya...! Tidak...tidak...aku bukan masuk jualan langsung. InsyaAllah aku akan buka satu blog khas untuk perkara ini...

Nantikan...!

Wednesday, April 1, 2009

Pelayan/Penjaga Kaunter

Aku ingin berkongsi pengalaman aku berdepan dengan masalah jatidiri orang Melayu. Aku bukan nak mengutuk bangsa sendiri tetapi rata-rata yang berlaku (98% sepertimana pemerhatian aku-samada berlaku pada aku atau melalui cerita orang lain) adalah dikalangan bangsa sendiri.

1. Lokasi : Pusat Bowling, Plaza Alam Sentral.

Selesai aku membuat bayaran, aku ke bahagian kanan kaunter untuk mendapatkan kasut sewa (bukan kereta atau rumah sahaja yang boleh disewa ya..). Makcik yang memakai kot bertanya kepadaku..

"Saiz...?"

"7.." Ya, kalau aku kahwin esok rasanya kena buat alas dulang saiz XXL untuk hantaran kasut .

"7? 6 ke 7?" Eh, makcik ni..aku cakap 7 tak mahu percaya pulak. Baik hulur je kasut saiz 6 macam ni. Aku dah selalu datang sini la...

"7..saya biasa pakai..."

Makcik itu dengan muka yang kurang menyenangkan memberi aku saiz 6..."Cuba dulu...!"

APAKAH???

Haish...! Aku pun cuba (walaupun tahu akan gagal!) masukkan kaki aku, lantas dengan muka yang bengang meletakkan semula kasut itu..

"Tak muat..." Suara agak bergetar menahan kebengangan.

Barulah memberikan kasut saiz 7 tanpa rasa bersalah, buat muka menyampah lagi adalah. Eh, salahkah kaki aku saiz 7?? Lagipun rugikah kau bagi aku kasut saiz 7? Kalau kaki aku saiz 6 pun, aku nak pakai saiz yang lebih besar sedikit..ada masalahkah?

2. Lokasi : Kedai Gambar Fotozoom, Taman Putra, Ampang.

Aku sedang berdiri dikaunter menunggu giliran untuk dilayani. Minah (Gadis tak sesuai untuk orang yang kurang sopan seperti beliau) berskirt sangat pendek itu sedang sibuk melayani pelanggan lain. Dalam masa yang sama, seorang pakcik bertanyakan kepada minah itu..

"Adik@Anak(aku tak pasti) ambil gambar pasport berapa ringgit?"

"15!" tanpa memandang langsung ke arah pakcik itu...(dimaafkan..eh apa kes aku nak maafkan tiba-tiba?)

"Berapa dik@nak?"

"15..!!" dengan nada yang meninggi dan masih tidak memandang pakcik itu...

Eh, kau sedar tak pakcik itu pelanggan kau? Atau sekurang-kurangnya kau hormat dia sebagai orang yang lebih tua..! Pada umur itu sudah tentu pakcik itu mengalami masalah pendengaran...kau pula tak memandang kepada dia semasa menjawab...ceh..!! Kau ingat kau make up macam tepung gomak dan pakai skirt pendek yang kalau tunduk sikit nampak dalaman tu kau sangat tinggi martabat?? Heh..menjatuhkan lagi ada..!

Aku terus berlalu dari kedai itu tanpa meneruskan hajat aku. Cari kedai lain!

3. Lokasi : Pusat Bowling, Midvalley.

Selesai membayar, minah (Sekali lagi gadis tidak sesuai!) itu memberitahu nombor lane kami. Aku kurang dengar kerana kebisingan, aku bertanya kembali...

"73 atau 33?"

"33..!!"

"33 ye?" Aku meminta kepastian. Nak baca resit pun bukan boleh nampak, gelap!

"33..!!!" Muka dia kelihatan sedikit bengang..heh kalau susah-susah nak jerit lain kali jangan pasang lagu sekuat alam.

Aku berlalu untuk mengambil kasut pula, tetapi minah tu memanggil aku supaya mendapatkan resit dulu. Oh, aku terlupa...sebaik aku hendak berpusing semula ke kaunter kasut, aku terlihat minah itu menggeleng-gelengkan kepala sambil mencebik. Ya, seolah-olah aku ni perak gila la...tak hormat langsung pada pelanggan. Mungkin dia fikir aku tak lihat, tapi adik-adik aku masih dibelakangku. Maknanya masih didepan minah itu. Kalau nak kutuk pelanggan pun belakang la..jangan depan pelanggan!

................................

Banyak lagi kes-kes lain aku pernah jumpa, tetapi ini contoh-contoh yang aku masih ingat. Seperti yang aku nyatakan diperenggan pertama, melayulah yang selalunya terlibat.

Adakah kerana kau bukan pemilik perniagaan itu?

Oh...! Kau makan gaji sahaja ya..?! Apa kau peduli tentang jualan atau pelanggan ya? Eh, kalau pelanggan menyampah, jualan kurang, perniagaan tutup..Kau ingat gaji tetap jalan ke? Konsep ini yang kau tak faham dan tak pernah nak faham. Cuba kau pergi kedai-kedai cina, mulut sikit punya manis. Walaupun kadang-kadang ada unsur berlebih-lebih atau lakonan semata-mata atau hipokrit sebab nak duit kita, tetapi mereka memegang prinsip yag betul iaitu pelanggan adalah rezeki mereka, jadi ditatang sebaik-baiknya.

Aku selalu terkilan..bagaimanakah Melayu mahu maju kalau mentaliti masih ditahap lapuk? Aku tidak kata semua, tetapi golongan sebegini masih banyak. Aku gusar sikap ini akan memakan bangsa sendiri.....fikirkanlah wahai minah-minah atau mamat-mamat sekalian!