Sempena majlis pertunangan orang terdekat dalam hidup saya, saya turut rambang mata memilih dekorasi-dekorasi yang tersedia di pasaran. Antara yang menjadi pilihan kami adalah
Comel tak? huhuhu...aku tak boleh bayang la macam mana mereka ni boleh buat kerja-kerja sekreatif ni. Ni belum masuk yang buat bentuk teddy bear la, basikal la..dah macam barang hiasan pulak rasanya. Nak makan pun jadi sayang kan??
Tapi bagi yang kreatif dan inovatif, ini adalah sumber pendapatan yang lumayan. Berbekalkan modal kewangan yang bagi saya berkemampuan bagi kebanyakan masyarakat kita, sesiapa sahaja boleh mengaut keuntungan. Tetapi (Cikgu Midza marah kalau tau perkataan "tapi" digunakan diawal ayat!) modal yang penting adalah bakat dan minat pada kerja-kerja seni macam ni. Oh ya..! satu lagi, kesabaran. Saya yakin kerja menghias agak renyah (kalau tengok dari mata kasar la...) jadi kalau tak sabar, rasanya boleh jadi kek hiasan dinding! Hehehehe...
Walau apa pun, saya berharap tempahan kami apabila disatukan dengan hasil kerja tangan kami (tak leh tunjuk lagi, pas majlis saya upload ye!) akan membuahkan sesuatu yang mengancam ketenteraman hati dan naluri sesiapa yang memandangnya..!
Jamulah mata anda dengan kek-kek cawan ini ;)
4 comments:
eh tetibe yg cupcakes paling bawah kanan ni sangat chumel..aih..payah
hah cepat plh. pastu aku bleh p paroi orderkan. aku pun nak nangis tgk kechomelan cup cakes nie
huhu
SEDAPnye cupcakes!!!!
ko buat kek plak ke?
ZEN
Post a Comment