Wednesday, March 25, 2009

TERIMA KASIH

Sementelah menunggu jam 6.45, menunggu waktu kepulangan si tembun. Aku mahu mengambil kesempatan atas keterluangan ini untuk mendedikasikan terima kasih kepada saudara-maraku yang banyak menyumbang tenaga,masa dan modal dalam bentuk material dalam menjayakan majlis pertunangan adikku (Sila klik sini dan sini untuk mengetahui serba sedikit tentang majlis. Aku malas bercerita lagi).

1. Auntie Jamal dan Kak Ina - Jaga hidangan di khemah
2. Mak Long - Bekalkan tapai (Sedap lah!)
3. Auntie Is - Bekalkan ulam Raja, kuih cucur badak,kuih karipap
4. Auntie Jah - Dua biji kek (1 untuk hantaran dan 1 untuk dilahap). Ya, beliau bawa dari JB menaiki bas dan satu tiket kanak-kanak telah dibeli khas untuk menempatkan kek-kek tersebut. Karipap sardin buatan beliau.


5. Uncle Rosli - Jurucakap pihak perempuan
6. Uncle Zul - Menyusun aturcara dan mengawal hidangan
7. Auntie-auntie yang lain - Menguruskan hidangan di dapur, mem"bontrot"(aku rasa kalau kau google pun tak dapat maksudnya!) untuk saudara-mara.
8. Zana & Ami - Merakamkan video dan gambar.
9. Faiz & Faiq - membantu pihak katering menyediakan hidangan.
10. Nurul - Membantu aunti-auntie di dapur.

Buat saudara-mara yang lain, terima kasih atas bantuan-bantuan yang dihulurkan atau sekurang-kurangnya hadir memeriahkan majlis. Majlis ini begitu hidup atas kesepaduan kalian, terima kasih. Begitu muafakat...bak kata pakcik aku selaku jurucakap pihak perempuan;

"Kalau ikutkan adik-beradik saya 12 orang, semua nak menyumbang (hantaran)....."

Aku bersyukur semua berjalan lancar, dari segi masa, makanan, aturcara...serba-serbi lancar. Alhamdulillah. Semoga kalian dilimpahi keberkatanNya.

Untuk menjamu mata sila klik di sini.

2 comments:

Unknown said...

Hurm..keindahan hari itu kamu malas hendak paparkan di coretan kamu tapi bila fakta tentang menu anda gah berbicara..hurm..apakah?

WaniGhani said...

haha..sudah tentu..makanan merupakan kegemaranku..hehe..

sebenarnya aku ingin menceritakan C2B, tetapi tidak masa itu. masa belum membenarkan aku..insyaAllah aku akan ceritakan malam ini.

Post a Comment